Bab 8

Romance Completed 21567

Seperti yang dijanjikan, harini Alia akan berjumpa dengan Nazim. Banyak benda yang perlu mereka selesaikan. Alia taknak hubungan rapat mereka dulu tiba2 sahaja berubah. Mereka berjanji ingin berjumpa di taman yang selalu mereka lepak. Alia datang lebih awal. Waktu2 macamni, taman permainan penuh dengan budak2 yang sibuk bermain sesama mereka.

Alia tunggu. Sudah setengah jam, kelibat Nazim masih tak muncul. Berkali2 dia cuba call, tapi henset Nazim dimatikan.

"Sorry! Aku lambat!". Tegur Nazim dari belakang. Alia toleh. Lama dia tak berjumpa sepupunya. Rindu!

"Takpe. Nazim sihat ke? Alia lama tak jumpa Nazim". Ujarnya. Dia duduk menghadap sepupunya. Tapi, Nazim tak bereaksi.

"Nak cakap apa?".

Alia terkedu. Lain benar Nazim sekarang. Kenapa?

"Erm, Alia cuma nak cakap, kenapa dengan kita sekarang ni? Nazim, kenapa dah tak macam dulu masa kat kampung?". Alia membuka bicara. Dia pandang sayu wajah sepupunya.

"Aku ke? Bukan kau?". Ringkas dia menjawab. Alia mengeluh.

"Ok, kenapa dengan Alia? Apa yang Alia dah buat?". Soalnya polos. Panas terik langsung tak dihiraukan.

"Sendiri boleh fikir, kan?". Jawab Nazim. Dia mendecit.

"Alia tak boleh nak fikir sebab tu Alia tanya Nazim. Kita dah tak macam dulu. Nazim buat hal sendiri. Langsung tak jumpa dengan Alia. Ajak lepak pun taknak. Kenapa?".

"Kau kan dah ada diorang. Buat apa cari aku pulak!". Ada nada sinis dalam ayatnya. Alia bertambah bingung.

"Apa benda ni? Nazim cuba nak cakap Alia dah ada keluarga Puan Hawa, so Alia boleh tinggalkan Nazim, macamtu?". Soalnya tak puas hati.

"Kau dah ada yang jaga. Baguslah macamtu! Kira aku kau tolak tepi. Sampaikan balik kampung pun ada yang berhantar!". Perli Nazim lantang. Alia menggeleng kepala.

"Itu kan kes lama. Kenapa Nazim nak ulang cerita lagi? Bukan ke kita dah settle haritu?".

Nazim mendengus. "Aku memang tak puas hati. Sejak kau duduk situ, kau lupa aku! Langsung tak ingat aku kat sini. Balik kampung sendiri. Buat semua sendiri. Keluar pun dengan diorang. Kau lupa ke aku yang datang dengan kau?". Marah Nazim. Dia hentak meja kuat.

"Ya Allah! Alia takde niat pun nak membelakangkan Nazim. Semua tu sebab Puan Hawa yang suruh. Bukan Alia keluar saja2. Alia tak pernah langsung lupakan Nazim. Tapi, Nazim yang menjauhkan diri dari Alia".

"Alah! Cakap senang lah! Aku yang rasa".

"Nazim, Alia betul2 takde niat pun nak buat macamtu. Alia cuba cari masa untuk lepak dengan Nazim. Alia pun rindu kita dulu2. Tapi, setiap kali ajak, Nazim yang taknak. Semalam bila Alia ajak lepak, Nazim layan acuh tak acuh je. Salah Alia ke?".

Nazim mendecit.

"Bukan Alia saja taknak layan Nazim. Tapi, Alia banyak kerja kena buat. Itupun, Alia masih lagi cuba curi2 masa nak borak dengan Nazim. Cuba lah faham kerja Alia". Pintanya sayu.

"Aku cuba faham kerja kau? Aku pun busy jugak! Tapi, takdelah macam kau tu. Pergi jalan2 dengan Ikmal! Bukan main lagi aku tengok!". Perlinya lagi. Kali ini, Alia sudah bengang.

"Nazim nak cakap apa ni?". Dia cuba bertahan.

"Aku nak cakap apa? Kau pun dah faham kan?". Ujarnya bengis.

"Nazim cemburu Alia keluar dengan Ikmal?". Perlahan dia bertanya.

Nazim toleh memandang Alia. Tajam.

"Ya! Aku jealous! Dulu, kau langsung tak berenggang dengan aku. Sekarang bila dah ada orang baru, kau layan tak ingat dunia! Suka la ada yang sayang?!".

Alia menggeleng laju. Dia menangis. "Bukan macamtu, Nazim".

"Habis, apa dia? Kau ingat aku ni tunggul je ke? Aku pun tak bodoh lah! Ikmal suka kau kan? Cakap jelah!". Tengking Nazim lagi. Turun naik nafasnya. Biarlah kali ini dia berterus terang.

"Ya Allah, Nazim. Kenapa macamni?". Ujarnya sendu. Alia tak sangka Nazim akan berubah seperti ini.

"Aku macamni? Semua sebab kau!".

Alia mengerutkan dahi. Sebab aku?

"Kenapa Alia?".

"Kau bodoh! Selama ni kau tak nampak ke aku sayang kau? Aku layan kau baik sebab aku cintakan kau Alia!".

Terdiam Alia seketika. Air mata yang mengalir dibiarkan tak berhenti. Alia kelu. Nazim menyimpan perasaan pada dia?

"N..nazim". Alia hanya mampu memanggil nama lelaki itu.

Nazim mengeluh. Dia tergelak kecil.

"Aku pun bodoh jugak! Cintakan kau yang langsung takde perasaan kat aku. Selama ni, aku yang terlebih feeling kat kau. Setiap kali kau datang kat aku menangis, aku rasa akulah lelaki yang kau percaya. Aku janji yang satu hari nanti, aku akan jadi bahu untuk kau menangis. Aku berangan kau akan jadi isteri aku. Tapi, aku salah! Semua tu cuma angan2 bodoh aku je". Luah Nazim pilu. Dia berdiri membelakangkan Alia.

Berkali2 Nazim menggeleng kepala.

"Alia minta maaf. Alia tak sangka Nazim suka kat Alia". Alia bersalah. Selama ini, Nazim menyimpan perasaan pada dia. Aku tak mimpi kan?

"Memang Alia tak sangka, sebab Alia cuma anggap Nazim macam sepupu je. Takpe, Nazim sedar yang cinta Nazim ni takkan berbalas. Aku tau kau dah ada yang sayang. Aku percaya dia akan bahagiakan kau!". Nazim tersenyum. Pahit dirasakan mengucapkan ayat itu.

"Nazim. Jangan cakap macamtu. Alia bukan milik siapa2". Perlahan nada suaranya. Dia terlupa tentang Ikmal.

"Jangan cakap macamtu. Ikmal lama tunggu jawapan kau. Terima dia. Dia kawan aku yang paling baik! Aku percaya kau akan bahagia dan dia akan sayang kau lebih dari aku sayang kau! Maafkan aku sebab buat macamni kat kau. Tapi, aku sendiri tak boleh tengok kau dengan dia. Takpelah, aku doakan kau bahagia. Kau anggap jelah aku ni tak pernah cakap apa2. Alia, terima kasih sebab kau layan aku baik". Akhirinya lalu pergi meninggalkan Alia.

Nazim langsung tak menoleh. Berkali2 Alia memanggil namanya. Nazim tetap tinggalkan Alia. Entah kenapa dia merasa bersalah dan terkilan. Selama ini, dia cuma layan Nazim sebagai sepupu dan kawan baik. Tapi, layanan Alia dah dianggap lebih. Alia tak pernah nak sayangkan Nazim sebagai kekasih. Ya Allah, bantu aku!

Ikmal memerhatikan dari jauh. Dari awal mereka bertemu hingga akhir, Ikmal dah menyaksikan satu persatu. Bukan sengaja dia ingin mengintip, tetapi dia tak sengaja turut ke padang petang itu.

Melihatkan Alia yang menangis, hati dia jadi sakit. Tapi, dia tak mampu berbuat apa2. Bukan salah Alia, bukan jugak salah Nazim. Masing2 tak mengerti hati masing2. Ikmal takut dirinya dipersalahkan dan dianggap sebagai penghalang.

Baru sahaja semalam dia meluahkan cinta, cukup sudah Alia merasa terbeban. Harini Alia dibebani lagi dengan luahan cinta oleh Nazim. Kau beruntung disayangi ramai orang, Alia!

Ikmal melihat Alia yang bangun dan berjalan pulang. Senyap2, Ikmal mengekori. Dapat didengari sendu tangis Alia. Ikmal hanya mampu berdoa agar dia diberi kekuatan. Masuk sahaja ke dalam rumah, Alia terus menuju ke bilik tidur. Dia ingin rehat. Kepalanya terasa berat. Manakan hal Ikmal semalam. Harini Nazim pula.

Ikmal yang masih tercegat diluar pintu mula melangkah menuju ke rumah sewa Nazim. Dia ingin berbincang empat mata dengan lelaki itu.

Pintu diketuk. Salam diberi. Ikmal menunggu sebentar sebelum Nazim keluar membuka pintu pagar.

"Ada apa?". Keras bunyi nya. Ikmal tersenyum.

"Taknak bagi aku masuk?". Soalnya ramah walaupun dia tahu Nazim tak suka kehadirannya.

"Ada hal penting ke?". Soalnya lagi, langsung tak menghiraukan soalan Ikmal.

"Aku nak cakap pasal Alia". Dia memulakan bicara. Tangan disilang kedada.

"Nak cakap apa?". Suaranya dingin sekali.

"Alia tak jumpa kau bukan sebab dia dah ada kami, tapi sebab kerja yang banyak kat rumah tu. Kau jangan salah faham". Terangnya.

"Kalau aku nak salah faham jugak?".

"Itu terpulang kau. Aku dah terangkan apa yang betul. Alia tak pernah nak lupakan kau. Selalu aku dengar dia sebut nama kau".
Nazim mendecit.

"Sebut nama tak sama dengan jumpa!". Perli nya. Ikmal tersenyum.

"Kau cemburu?".

"Kau sibuk hal aku kenapa?". Tajam suara Nazim kedengaran.

"Aku tak sibuk. Takde masa pun nak sibuk. Kau kawan aku. Aku rasa kau tak patut buat Alia macamtu. Kesian dia. Alia tak bersalah pun".

"Itu hal aku!". Pintasnya. Ikmal mengangguk. "Betul, hal kau. Tapi, aku yang nampak ni jadi sakit hati". Balas Ikmal.

"Sekarang kau nak apa dari aku?". Soalnya lagi.

"Aku nak kau layan Alia elok2". Ringkas permintaannya. Dia lap peluh yang mengalir di dahi.

"Dia dah ada layanan baik kat rumah tu".

Ikmal mengeluh. Dia tepuk bahu Nazim kuat.

"Bro, tak gentleman kau buat macamni. Kau sayang dia, tapi sebab dia tak balas cinta kau, kau buat dia macamni. Tak gentleman, bro!". Berkali2 dia tepuk bahu Nazim.

"Aku tak gentleman, tu hal aku! Kau ingat aku bodoh ke? Kau sayang dia kan? So, kau datang sini nak berlagak dengan aku lah?". Dia tepis kuat tangan Ikmal di bahunya.

"Berlagak tu, takde lah! Cuma, aku nak bagitau lah, kalau Alia tak balas cinta aku sekalipun, aku tetap akan layan dia baik macamana dulu aku layan dia. Bukan macam kau, dulu baik sekarang buang macam tu je!". Perli Ikmal lalu pergi meninggalkan Nazim. Geram pula dengan kawannya itu.

Dalam perjalanan, dia terdengar Nazim menyumpah. Dia tergelak. Kalau benda kecil macamni pun boleh bergaduh, Ikmal tak boleh nak cakap apa lah. Tapi, dia tetap takkan mengalah dengan Alia.

Best men win, bro!

________________

"Alia, dah siap ke makanan nye?". Soal Puan Hawa lembut. Dia yang sedang mengusap2 kakinya memandang melilau mencari kelibat Alia.

"Er, maaf Puan Hawa. Alia lambat. Kejap lagi Alia hidangkan ye". Ujarnya perlahan. Belum sempat Alia melangkah, Puan Hawa menahannya.

"Ok ke? Mata tu, bengkak. Alia menangis ke?". Soalnya lembut. Dia tarik tangan Alia agar duduk disebelahnya. Alia menurut.

"Takde apa2. Alia ok je". Dia cuba berselindung. Alia tertunduk.

"Jangan tipu saya. Saya ni memang la dah tua, tapi belum bodoh lagi nak bezakan menangis dengan bukan". Ujar Puan Hawa serius. Dia selak rambut Alia yang menutupi dahi. "Cerita dengan saya, kenapa?". Sambungnya.

Alia mula sedih. Baru sahaja tadi dia habis menangis. Kali ini, dia cair. Renungan Puan Hawa dan suaranya bisa mencairkan hati Alia. Dia teringat mak.

"Alia takde apa2. Betul!". Suara sudah serak tapi masih lagi cuma mengelak.

"Tu nangis macamtu kata ok?". Puan Hawa mengelap air matanya. Dia terus memeluk erat tubuh wanita itu. Segala beban dilepaskan dibahu Puan Hawa. Sebolehnya Alia tak mahu ada apa2 masalah yang bersarang dihatinya.

"Nangis lah kalau itu buat kamu tenang". Puan Hawa mengusap belakang badan Alia. Dia membalas pelukannya. Bagi Puan Hawa, Alia sudah seperti anak perempuannya. Tak mungkin dia akan membiarkan Alia dilanda masalah. Dia merasa dirinya adalah pengganti kepada keluarga Alia di kampung.

"Alia tak tahu nak buat apa. Nazim dah taknak kawan Alia lagi". Terus dia menceritakan apa yang terjadi. Alia menangis tersedu.

"Ok, sebab apa Nazim taknak kawan Alia?". Soalnya lembut.

"Dia marah Alia lama tak jenguk dia. Dia kata Alia dah ada yang jaga, sebab tu lupa dia". Alia meleraikan pelukan. Air mata dilap dari mengalir.

"Oh, itu ceritanya. Alia tak cakap ke pasal apa Alia lama tak jumpa dia?". Soal Puan Hawa.

"Alia dah cakap, tapi dia tak terima. Dia marah sangat2. Dia kata Alia dah tak macam dulu. Kalau kat kampung dulu, selalu dengan dia. Sekarang ni, nak jumpa pun tak dah. Dia cakap Alia dah ada Ikmal. Sebab Alia sayang Ikmal lah kitorang dah jarang jumpa. Nazim kata, Ikmal akan sayang Alia jauh lebih banyak dari dia!".

Teng!

Eh, kejap!! Apa aku cakap tadi? Eh?! Aku salah cakap ke?! Oh tidaaakkkk!!

Alia pandang wajah Puan Hawa. Dia tersenyum.

"Kenapa dengan Ikmal?". Dia tersengih.

M.A.L.U!!

Alia! Apa kau buat ni??!

"Er, maaf Puan Hawa, Alia salah cakap!". Kalut Alia. Dia melarikan pandangan. Dahinya diketuk berkali2. Apa kau buat ni??

"Salah cakap apa pulak?". Sengaja Puan Hawa mengusiknya lagi.

Dia senyum dalam hati. Ikmal suka Alia? Anak aku suka Alia? Memang pandai budak ni simpan rahsia.

"Er, tak..de.. maaf Puan Hawa. Er, Alia pergi masak dulu. Maaf!". Cepat2 Alia bangun lalu menuju ke dapur.

Habis merah mukanya menahan malu! Oh mak! Tolong Alia!

"Apa nak buat ni? Mati lah aku!". Mundar mandir Alia di dapur. Tak cukup senduk, habis kuali diketuk di kepala.

"Tulah! Sengal lagi pergi cakap! Kan dah tersasul! Padan la muka kau, Alia!". Bebel Alia sendiri. Dia ketap bibir. Jantungnya berdegup laju.

Oh tidak! Katakan ini semua mimpi! Tidaaak! Kenapa boleh tersasul dekat Puan Hawa ni? Malu nya! Dia ketuk lagi kepalanya dengan kuali. Sakit!

"Alia! Kenapa duk ketuk2 kepala tu?". Suara Lili mengejutkan Alia. Dia tersengih macam kerang busuk. Perlahan2 dia meletakkan kembali periuk diatas dapur gas.

"Er, takde apa2. Alia.. erm..Alia cuma pening! Ha, pening!". Jawapan bodoh abad ini. Belum pernah orang pening ketuk dengan periuk!

Lili tergelak besar. "Seriously? Pening? Ok, Alia ni menakutkan jugak, eh?". Jawab Lili sambil mendekati Alia. "Are you okay?".

Aku tak ok! Kau takkan faham! Aku tak ok!

"Er, ok. Alia sangat ok. Lili jangan risau. Er, Alia nak masak dulu. Er, Lili tunggu depan ye". Ujarnya lalu menolak tubuh Lili ke ruang tamu. Sempat dia memandang Puan Hawa yang sedang berborak dengan Ikmal.

Hambik kau! Masak lah kau Alia!

"Oh tidak! Jangan lah dia tanya yang bukan2!". Doa nya. Alia menarik nafas. Dia cuba bertenang. Kalau jadi apa2, Alia cabut je malam ni! Selamat tinggal semua!

Lili masih tercegat memandang Alia. Kenapa Alia tu? Pelik nya!

"Oi cik kak, buat apa tercegat tu?". Panggil Ikmal melihatkan adiknya yang berdiri macam patung lilin.

"Lili risau!". Dia mendekati Ikmal dan Puan Hawa. Kejap2 dia menggeleng.

"Risau kenapa?". Soal Puan Hawa pula.

"Alia". Sebaris nama yang membuatkan Ikmal berubah wajah.

"Kenapa dengan Alia?". Puan Hawa tak sabar. Sempat dia mengerling anak lelaki nya. Malu la tu! Baru sahaja tadi buat sesi soal jawab.

"Dia pening..".

Ikmal mengerutkan dahi. "Jadi?".

"Dia ketuk kepala dengan periuk! Make sense ke?".

Meledak ketawa Puan Hawa. Lili pula makin bingung. Benda macamni kelakar ke? Ikmal pula tertahan2 gelak.

"Kenapa mama gelak? Benda tak kelakar la. Serius ni!". Rungut Lili. Dia tepuk lengan alongnya.

"Apa? Kenapa pukul along? Along tak tahu apa2". Marah Ikmal. Dia menjeling adiknya. Jangan lah mama buka cerita. Kesian Alia!

"Sayang, ada orang yang pening, macamtu tau!". Ujarnya dengan ketawa yang masih bersisa. Senak perut Puan Hawa tak henti gelak.

"Mama, tak kelakar la. Cakap la betul2. Kenapa ni?". Paksa Alia lagi. Dia tarik lengan Puan Hawa.

"Sayang, sekarang ni kan, ada orang dah malu sebab terkantoi dengan mama!". Puan Hawa mula bercerita apa yang jadi sebentar tadi. Lili pula ketawa geli hati.

"Oh! Patutlah macamtu. Ok, Lili faham dah!". Ujarnya seraya tersengih. Dia pandang Ikmal yang sedang merah menahan malu.

"Kan dah kantoi! Malu tak?". Usik Lili. Ikmal menjeling. "Tak pun!". Jawabnya.

"Apa nak malu. Along dah suka, mama lagi suka. Dulu kan, along tak pernah macamni, kan Lili?".

"Mana pernah, mama. Ini first time jatuh cinta gila!". Usik Lili lagi. Suka melihat alongnya malu.

"Kalau Alia tak tersalah cakap, sampai bila2 mama tak tahu. Pandai along simpan ye?". Dia usap rambut anak lelakinya. Ikmal malu.

"Mama terima Alia?". Soalnya perlahan.

"Siapa pun pilihan along, mama setuju. Asalkan budaknya baik and boleh terima along and keluarga kita. Alia pun dah sebahagian dari keluarga kita. Mama suka dia. And, along sesuai dengan Alia. Cuma, mama nak tanya along satu perkara".

"Apa dia?". Ikmal tertanya2.

"Along dah sedia mental dan fizikal?". Soal Puan Hawa serius.

"Apa maksud mama?". Ikmal tak mengerti.

"Alia dikelilingi orang yang sentiasa mencemuh dia. So, kalau along kata along terima dia, along sanggup ke berhadapan dengan semua tu? Along sanggup ke jaga Alia sampai bila2?". Soal mama terang. Ikmal tersenyum.

"Dah ready. Dari mula lagi along sayang dia". Jawapannya membuat Lili ketawa berdekah2.

Boleh tahan jiwang along nya!

"Good! Macamnilah anak lelaki yang mama didik. I'm happy for you". Dia memeluk anak lelakinya erat. Tiba masa untuk dia melihat Ikmal bahagia.

"Wah! Kira ni tak lama lagi lah? Lili jealous la macamni! Nak pergi usik Alia lah!". Ujar Lili seraya berlari ke dapur semula.

Alia dilihat sedang leka memasak.

"Oh! Patutlah pening! Rupanya tersalah cakap dekat bakal mak mertua!". Sergah Lili. Alia yang tak mengerti apa2, hanya mampu memandang pelik.

"Apa? Cakap apa?".

"Yelah, yang Alia dah ada Ikmal. Ikmal akan sayang Alia!".

Alia terlopong. Mak datuk! Apa yang sudah berlaku ini?

"Haa, ternganga kan? Takpe, Lili faham. Alia tak payah malu2, mama dah bagi green light!". Bisiknya ke telinga Alia. Bertambah malu Alia dibuatnya.

"Alia.. salah cakap". Dia cuba mengelak. Malu dah tak tahu nak cakap ni.

"Salah cakap? Takpe, Lili faham kalau dah malu tu. Alia tak payah risau, mama setuju pilihan along!". Dia memaut lengan Alia.

"Lili seronok sangat! Akhirnya, along dapat Alia jugak!". Dia bersandar di bahu Alia.

Alia tersenyum. Malu tapi mahu!

"Mama cakap apa?". Soalnya ingin tahu.

"Mama? Dah tak panggil puan dah?!". Usik Lili lagi. Alia cubit lengan Lili kuat.

"Maksud Alia, mama Lili cakap apa?". Sengaja dia menekankan nama Lili. Suka mengusik betul!

"Mama terima! Dia kata apapun pilihan along, mama terima".

Alia mengucap syukur. Dia diterima. Tak pernah Alia terbayang akan diterima oleh keluarga Puan Hawa.

"Jom! Kita ke depan". Lili menarik lengan Alia.

"Eh, nanti lah! Alia tengah masak ni". Tolaknya. Sengaja mencipta alasan.

Lili tergelak kecil. Dia lantas menutup api dapur lalu menarik kuat lengan Alia. Terdorong Alia mengekorinya. Dia cuba melepaskan, tapi Lili tetap menarik. Jangan lah! Malu dah ni!

"Mama, Lili dah bawa bakal menantu mama!". Dia lantas duduk di sebelah Puan Hawa. Ikmal tersenyum manis.

"Alia ke dapur ye, nak sudahkan masak". Dalihnya. Tapi, Puan Hawa sempat menahan.

"Duduk dulu, saya nak cakap sikit dengan Alia".

Alia kaku. Kakinya seakan tak mampu nak bergerak. Nak cakap apa ? Alia gigit hujung bibir.

"Duduk la dulu". Suara Ikmal kedengaran. Dengan berat hati, Alia duduk di berhadapan Puan Hawa.

"Saya nak datang kampung Alia". Dia memulakan bicara.

"Kenapa?". Soal Alia kalut.

"Untuk merisik Alia. Saya setuju pilihan Ikmal. Alia pasangan yang sesuai buat Ikmal. Anak sulung saya ni pun dah lama membujang. Sampai masa dia kahwin. Ikmal bahagia dengan Alia, jadi saya pun turut bahagia". Ujarnya sayu. Terasa berat hati pula ingin melepaskan anak kesayangannya.

"Er, puan terima Alia?". Soalnya inginkan kepastian.

Puan Hawa mengangguk. "Siapa pun Ikmal pilih, asalkan budaknya baik pasti saya terima. Alia budak yang baik. Saya takkan pernah menilai awak atas kekurangan yang ada pada diri awak. Semuanya ciptaan Allah. Saya tak kisah. Janji anak saya bahagia dengan Alia, itu sudah cukup".

Alia terdiam. Ya Allah, aku diterima? Aku akan kahwin?

"Along tak kisah la, Alia! Jangan kisah pasal diri Alia tu. Kitorang semua terima". Lili menambah. Puan Hawa mengangguk setuju.

"Tapi, boleh ke dia hidup dengan saya yang selalu dihina ni? Saya cacat". Soal Alia seraya memandang sekilas Ikmal.

"Selagi saya hidup, saya pelindung Alia".

Haa, gitu! Meremang bulu roma Alia dibuatnya! See, Allah takkan pernah mengecewakan hambaNya. Segala yang diciptakan kat dunia ni, pasti ada kebahagiaan mereka tersendiri.

Lili tersenyum suka begitu juga Puan Hawa. Masing2 sudah tak sabar nak menerima Alia sebagai ahli keluarga mereka. Alia tertunduk malu.

"Hujung minggu, boleh?". Puan Hawa bersuara setelah lama mendiamkan diri. Alia masih tak percaya.

"Er, boleh". Hanya itu jawapan yang diberikan.

Ayah, Alia suka sangat! Alia akan kahwin. Ada lelaki yang baik sudi terima kekurangan Alia. Ayah, dengar kan? Doakan Alia bahagia tau!

"Ok, jadi hujung minggu ni kita bertolak ke kampung Alia. Saya taknak lambat2 takut ada yang tak sabar pulak!". Perli Puan Hawa lalu memandang anak bujangnya. Ikmal menggaru kepala yang tak gatal.

"Yeah! Welcome to our family!". Ucap Lili riang. Dia lantas memeluk Alia erat. Bahagia dengan perkhabaran baru ini. Puan Hawa dakap erat Ikmal. Dia mengucup lembut dahi anaknya.

"Take care of her!". Sempat berbisik ke telinga Ikmal.

Ikmal berjanji, Alia isteri dia sampai syurga. Sehabis daya akan dia jaga Alia tak kira susah atau senang. Alia cinta hatinya. Alia kekasih hatinya.

______________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience