Bab 4

Romance Completed 21567

Seperti yang dijanjikan, harini Alia dan Nazim akan berangkat ke Kl. Perasaan Alia berbelah bagi. Teruja dan dalam masa yang sama dia merasa risau kerana akan berjauhan dengan mak. Sejak pukul 6 pagi tadi Alia bangun, dia hanya mendiamkan diri sahaja. Gurauan mak pun tak diambil kisah.

"Mana kawan kamu ni? Dah pukul berapa dah ni?". Soal makcik Icah kalut. Tak henti2 dia melirik jam di dinding rumah.

"Kejap Cik Icah. Tadi dia call kata tayar pancit. Kejap lagi sampai la tu". Ujarnya sambil melirik pada Alia yang tekun menonton tv. Langsung tak menghiraukan keadaan sekeliling.

"Takpelah, ni kamu nak air ke? Cik Icah ambilkan".

"Eh takpe Cik Icah! Nazim tak haus pun". Tolak Nazim lembut.

Henset Nazim berbunyi. Segera diangkat. Terdengar perbualan antara Nazim dan si pemanggil. Entah apa yang dibualkan, Alia malas nak ambil tahu. Saat ini, dia hanya ingin menghilangkan gemuruh di hati.

"Ah, tu pun dia! Alia, kawan aku sampai dah!". Nazim meluru keluar untuk berjumpa kawannya. Alia pula semakin canggung. Lambat2 dia keluar bersama beg kampungnya.

"Lama tak jumpa kau! Sihat ke?". Soal lelaki itu yang Alia pasti dialah Ikmal.

Segak orangnya. Berbaju kemeja hitam dan berseluar slack. Ditangannya henset yang pasti mahal harganya dan cermin mata hitam.

"Aku sihat! Macam ni jelah! Eh, ni aku kenalkan mak sedara aku, Cik Icah. Yang tu pulak, Alia, sepupu aku". Nazim memperkenalkan. Ikmal tersenyum manis tanda hormat. Dipandang wajah Alia yang tertunduk.

"Oh, ni lah Alia yang kau cakap tu?". Soal Ikmal ramah. Tak lepas matanya memandang Alia yang cantik. Cuma, dia terpandang pada tangan kanan gadis itu.

"Inilah Alia. Kau jangan risau, dia boleh buat kerja". Bisik Nazim seakan memahami pandangan kawannya itu.

"Aku tak kisah. As long as dia boleh kerja dengan baik". Balas Ikmal pula.

"Er, jom lah! Tunggu apa lagi ni? Nanti lambat pula nak sampai. Alang2 kita sampai awal, boleh aku terangkan skop kerja kau kat sana". Nazim mengangguk. Dia mengangkat beg lalu diletakkan di bonet kereta.

Alia sudah memeluk Makcik Icah seakan tak mahu dilepaskan. Menangis dua beranak itu.

"Ingat pesan mak tau! Jangan tinggal solat". Pesan Makcik Icah untuk kali terakhir.

"Nanti jangan lupa tengok2 kan selalu Alia ni. Cik Icah harap kat kamu je Nazim". Pesan Makcik Icah pada Nazim pula. Dia mengangguk faham. Setelah bersalaman, mereka pun memasuki perut kereta dengan berat hati. Alia masih dengan tangisan. Ikmal tersenyum manis memandang.

"Jom!". Ujarnya seraya memandang Alia. Alia menurut.

Ikmal memecut membelah jalan meninggalkan kawasan kampung halaman Alia. Sebak hatinya. Nazim yang duduk di kerusi hadapan memandang Alia yang termenung memandang ke luar tingkap kereta.

"Alia, dah2 la tu. Taknak la sedih2 lagi. Kita kan dah janji takkan nangis". Pujuk Nazim lembut. Alia tetap tak menghiraukan suara Nazim. Dia tetap melayan perasaannya.

"Er, Alia kena kuat. Takpe kita berkorban sekejap untuk keluarga, ye tak?". Ikmal bersuara. Dia memandang Alia dari cermin pandang belakang.

Alia tetap membisu. Sudahnya, mereka hanya membiarkan Alia bersendiri. Lagu dicorong radio menemani perjalanan mereka selama sejam lebih. Sudah penat berada di dalam kereta, akhirnya Alia terlelap seketika. Penat matanya dek menangis tak henti.

Selang beberapa minit, kereta yang dipandu Ikmal berhenti betul2 dihadapan sebuah kilang.

"Ok, dah sampai! Ni la tempat kerja kau. Jom, aku bawak kau jumpa manager kat dalam". Ajak Fendi.

"Er, Alia?". Soal Nazim sambil menghala jari kearah Alia yang lena tidur.

"Biarkan je dia tidur. Kesian, penat la tu agaknya. Lagipun kejap je. Jom lah!".

Nazim mengangguk. Enjin kereta dibiarkan hidup. Kesian pula kalau kepanasan nanti. Mereka berdua bergerak sama2 menuju ke dalam kilang.

Nazim dibawa berjumpa Encik Rahmat, pengurus di kilang itu. Setelah meneliti resume yang dibawa, Nazim diberikan kerja yang bersesuaian dibahagian kilang. Teruja tak terkata.

"Sekarang aku bawak kau pergi rumah sewa kau. Tak jauh pun dari sini. Kau boleh jalan kaki". Mereka bergerak ke kereta kembali. Alia masih lena.

"Laa, tidur lagi budak ni. Alia! Bangun lah!". Kejut Nazim. Sempat dia menggoncang tubuh kenit Alia.

Terpisat2 Alia bangun. Dipandang wajah Nazim dan Ikmal. Malu pula diperhatikan.

"Er, sorry. Tertidur". Ujarnya perlahan. Dia membetulkan duduk.

"Takpe2. Kesian Alia penat kan. Jom, Ikmal bawa pergi rumah sewa Nazim lepastu bawak Alia pulak pergi rumah Ikmal".

"Er, kenapa nak bawak pergi rumah Encik?". Soal Alia bingung. Dia pandang wajah Nazim cemas.

"Laa budak ni! Kau kan kerja situ. Lupa ke? Hish, mamai la tu!". Nazim membahan Alia. Serentak tergelak mereka berdua. Alia menggigit jari. Malu mak!

"Dah2, jom! Nanti lambat pula". Ikmal mula memandu. Alia duduk menahan malu di belakang.

Macamana boleh tanya soalan bodoh ni! Aiyoyo!

Ikmal menghantar Nazim ke rumah sewa dahulu sebelum membawa Alia ke rumahnya. Mujur rumah mereka dekat, jadi mudahlah Alia untuk berjumpa Nazim selalu. Kekok pula bila berdua didalam kereta.

"Alia umur berapa?". Soal Ikmal.

"20".

"Oh, tak jauh beza la. Saya kira abang la. Erm, Alia boleh langgil Ikmal je cukup. Tak payah nak ber'encik' bagai". Arah Ikmal ramah.

Sampai sahaja di depan rumah teres dua tingkat kepunyaan Ikmal, mereka pun keluar. Alia membontoti langkah lelaki itu. Suasana di dalam rumah sunyi sepi.

"Inilah rumah saya. I mean, rumah keluarga saya. Mulai sekarang, Alia akan duduk sini". Dia mula menerangkan kepada Alia.

"Siapa je tinggal kat rumah ni?". Soal Alia takut2. Mana taknya, sunyi sepi aje rumah ni. Macam takde orang pun yang tinggal.

"Saya, mama dengan adik perempuan saya. Tapi sekarang mama keluar. Adik perempuan saya, Lili tinggal dekat hostel. Selalunya hujung minggu baru ada kat rumah. So, bila rumah takde siapa2 sangat ni, tu yang jadi tak berapa nak kemas. Mama pulak sakit kaki, tak larat nak buat kerja banyak". Terang Ikmal bersahaja. Dia mencapai kunci pendua dari dalam laci.

"Jom, saya bawak awak pergi bilik awak". Ujarnya sambil menunjukkan kunci pendua.

Sepanjang jalan menuju ke bilik, Alia sudah terpegun melihat keindahan susun atur rumah tersebut. Pasti tuan rumah ni seorang yang sangat kreatif.

"Ini bilik Alia. Suka?".

"Er, suka. Tapi takpe ke bilik saya ni besar macamni. Kan saya ni pembantu je. Nanti apa kata puan pulak". Ujar Alia perlahan. Matanya meliar memandang susun atur bilik. Kemas.

"Apa pulak nak hairan. Lagipun, mama yang suruh saya letak awak kat bilik ni. Lagipun, mama tak kisah. Dari bilik ni kosong aje tak berpenghuni. Ala, awak tak payah kisah la. Duduk je rehatkan diri. Apa2, panggil saya. Bilik saya betul2 depan bilik awak". Ikmal melirik kearah Alia yang sedari tadi tak membalas pandang wajahnya.

"Er, Encik Ikmal taknak bagitau saya ke apa yang saya perlu buat? Takkan nak biar saya rehat pulak. Er, kerja saya apa je?". Naif soalan itu kedengaran. Ikmal tersenyum.

"Kerja awak jaga saya je".

Tercengang Alia mendengarnya. Merah mukanya menahan malu.

"Taklah! Saya gurau je. Jaga mak saya and then kemas rumah ni sikit2. Tu jelah. Macam saya cakap tadi, mama sakit kaki jadi pergerakan dia agak terbatas. So, tugas awak kemas rumah, jaga mama, masakkan untuk mama and orang dalam rumah ni, simple! Er, Alia boleh tak?".

Lama dia menunggu jawapan Alia. Berkerut2 wajah Alia memikirkan.

"Boleh! Saya boleh buat semua tu. Er, cuma saya nak tanya encik satu soalan, boleh?". Tanya Alia sopan.

"Sebelum itu, Ikmal. Just call me Ikmal. Awak kerja untuk mama bukan untuk saya". Dia tersenyum manis. Alia pula rasa segan.

"Er, takpe ke terima saya ni kerja kat sini?". Soal Alia kekok. Dia mengetap bibir.

"Maksudnya?". Ikmal mengangkat kening, hairan.

"Saya kan cacat".

"Oh! Saya ada cakap apa2 ke pasal kekurangan awak tu? Look, saya ni open minded. Pandangan saya biasa je. Sama macam orang lain. Apa yang nak dibezakan? Alia, awak pun tak sepatutnya jadikan kekurangan awak tu sebagai perkara yang boleh melemahkan awak, understand?". Ikmal tersenyum lagi.

Seakan senyumannya takkan pernah berhenti.

"Er, ok".

"Good! Jadi sekarang ni, masuk bilik and rehat. Mama balik nanti saya panggil".

Ikmal terus keluar dari bilik Alia. Dia menuju ke bilik tidurnya. Badannya penat. Dia memerlukan rehat setelah memandu lama harini. Katil empuk segera digunakan. Lega rasanya!

Di dalam bilik, Alia duduk dihujung katil. Beg yang terletak di sudut bilik diambil lalu diletakkan diatas kerusi. Bilik yang baru diduduki ini terasa tak padan dengan kerjanya. Sebagai pembantu rumah, dia mendapatkan keselesaan yang sama rata. Alia bersyukur.

Dia melirik jam di pergelangan tangan, jam menunjukkan pukul 2 petang. Alia bingkas bangun untuk menunaikan solat zohor. Bilik air yang terletak didalam bilik memudahkan Alia untuk menggunakannya tanpa segan silu. Setelah mengambil wudhu, Alia menyarungkan telekung lalu menunaikan solat zohor.

Selang beberapa minit, pintu diketuk. Segera Alia membukanya. Terpacul wajah Ikmal di muka pintu.

"Mama dah balik. Jom turun!". Ujarnya lemah. Jelas terlihat mata nya yang mengantuk.

"Er, saya siap kejap". Lantas menutup pintu kembali. Ikmal menunggu Alia di depan pintu bilik.

"Er, puan garang tak?". Soalan pertama Alia sebelum turun ke tingkat bawah. Ikmal tergelak.

"Macam singa!". Dia berbisik lembut ke telinga Alia lantas bergerak meninggalkannya. Alia ternganga. Masak lah macamni!

Langkah diatur satu persatu. Dari jauh kelihatan kelibat mama Ikmal sedang membaca majalah.

"Mama, pergi mana tadi?". Ikmal bersalaman lalu duduk disebelah wanita yang dalam lingkungan 50 an.

"Keluar la. Mama bosan duduk rumah saja". Ujar wanita itu.

"Oh ye, ma, ni along kenalkan dengan Alia. Alia, ni mama saya. Puan Hawa". Puan Hawa memandang Alia lama. Dia terpandang tangan kanan Alia yang kudung.

"Dari kecil ke tu?". Tanya wanita itu sambil menghala kearah tangan kanan Alia.

"Er, ha'ah. Kenapa? Puan taknak terima Alia kerja sini ke?". Soal Alia kalut. Dipandang wajah manis Puan Hawa yang sedang tersengih.

"Bukan macamtu. Saya tanya saja. Jangan terasa ya. Er, along dah tunjukkan rumah kita ni? Kerja yang dia perlu buat?". Soal Puan Hawa kepada anak lelakinya. Ikmal mengangguk.

"Alia boleh buat semua tu? Saya pun tak mintak Alia uruskan rumah ni sangat. Cukup bantu saya masak, kemas rumah". Ujar nya lagi.

"Alia tak kisah. Alia boleh buat semua tu. Lagipun kat kampung, Alia dah biasa buat semua kerja rumah ni. Mak memang ajar Alia untuk berdikari". Ujar Alia bersungguh. Bersinar anak matanya saat ini. Berharap dia mendapat kerja ini.

"Baguslah! Saya suka Alia ni. Bagus. Walaupun kita ada kekurangan, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita tak mampu buat kerja". Tersenyum Puan Hawa memandang Alia.

Ikmal juga turut tersenyum. Matanya tak lekang memandang Alia yang teruja. Entah kenapa dia tak boleh nak melarikan pandangannya. Dia terhibur melihat Alia.

"Jadi, Puan terima Alia kerja?".

Puan Hawa mengangguk. Bertambah lagi lah kegembiraan Alia. Berkali2 dia berjanji akan melakukan yang terbaik.

"Baiklah. Alia boleh naik atas. Apa2 saya akan panggil. Untuk sementara ni, saya bagi Alia rehat. Mesti penat kan jalan jauh. Kalau nak makan, tak payah malu2. Ambil je lauk kat dapur. Along, nanti hidangkan lauk buat Alia". Arah mama nya.

"Eh, takpe puan! Alia tak lapar. Lagipun, tak patut pulak rasanya. Sepatutnya Alia yang hidangkan untuk puan". Tolak Alia lembut. Dia tersenyum.

"Takpe. Kan saya kata harini Alia boleh rehat. Saya pun nak rehat jugak ni. Penat pulak badan ni. Along, tengokkan Alia, ye?". Pinta Puan Hawa lalu berlalu meninggalkan mereka berdua.

"Jom, saya bawak pergi dapur. Mama suruh saya bagi awak makan". Dia sudah berdiri tegak menghadap Alia. Sengaja dibuat2 muka garang.

"Takpe Encik Ikmal, saya tak lapar!". Alia masih menolak. Berkali2 dia menggeleng kepala.

"Janganlah macamtu. Kalau mama tau, saya kena marah nanti". Dia membuat muka kesian. Alia serba salah.

Sudahnya, Alia terpaksa mengikut langkah lelaki itu juga. Hiasan dapur yang dilatari warna merah menarik minat Alia. Dia duduk di kerusi. Lauk sup sayur menjadi menu tengahari keluarga ini.

"Sup sayur jelah ada. Saya masak. Kalau tak sedap, jangan complain!". Seloroh Ikmal bersahaja. Dia mencedukkan nasi ke pinggan Alia. Cepat2 Alia capai.

"Nak sambal belacan? Kat rumah ni selagi tak pedas, tak boleh hidup katanya". Terangnya lagi. Alia hanya mendengar tanpa menjawab sebutir pun.

Mangkuk sambal belacan diletakkan di tepi pinggan Alia. Ikan masin juga dihulurkan. Kalau ikutkan tekak dan selera Alia, mahu sahaja dicapai semua sekali. Tapi, mengingatkan dia di rumah majikannya, Alia membantutkan diri.

"Jangan malu2. Ambil je".

Alia menurut. Dia mencapai sedikit ikan masin lalu digaulkan dengan nasi sebelum disuapkan ke dalam mulut. Nikmat tak terkata. Malu pula pada Ikmal yang tergelak melihat tingkahnya.

"Er, Encik Ikmal tak makan?". Soal Alia kaku. Tak selesa pula berdua2an dengan lelaki tersebut.

"Takpe. Awak makan la". Ringkas jawapannya. Ikmal menggigit keropok lekor lebihan sarapan.

"Er, Encik Ikmal, saya ni tak boleh la orang pandang saya makan. Boleh tak Encik Ikmal tinggalkan saya?". Pinta Alia lagi. Segan sebenarnya diperhatikan tambahan pula Alia makan menggunakan tangan kiri.

"Kalau saya taknak?". Uji nya. Senyuman masih tak lekang di bibir.

Alia menggigit bibir.

"Takpelah!". Hanya itu jawapan Alia. Dia pasrah. Nak tengok sangat? Tengoklah puas2!

Ikmal mengopek ikan yang berada di pinggan Alia, memudahkan gadis itu untuk menjamu selera.

"Encik Ikmal, takpe! Saya boleh buat!". Bidas Alia. Dia sudah merasa tak selesa.

"Kenapa? Salah ke nak tolong? Saya cuma nak tolong kopekkan ikan tu je. Awak jangan salah faham pulak". Ikmal buat muka tak bersalah.

"Jangan la macamni. Tak manis kalau orang tengok. Saya boleh buat sendiri".

Ikmal terdiam. Lama.

"Er, ok2. Saya mintak maaf ye. Tapi, niat saya baik, just nak tolong awak je. Jangan salah faham, ok?".

Ikmal membetulkan keadaan. Dia memandang Alia lama.

"Maaf. Saya cuma tak biasa orang buat macamtu. Nazim je yang boleh buat tu semua kat saya".

"Hurm, Nazim? Special betul dia pada awak, eh?". Usik Ikmal. Tangannya dibasuh di sinki.

"Bukan macmtu. Nazim tu sepupu saya plus kawan baik saya. Sebab tu saya tak kekok kalau dengan dia". Alia tersenyum manis.

Entah apa angau yang merasuk Ikmal, dia pun tak tahu. Dia suka pula melihat senyuman Alia seperti itu. Manis pada pandangan mata.

"Eh, Encik Ikmal tak kerja ke?". Soal Alia pula. Nasi yang sudah habis dimakan dibawa ke sinki.

"Saya off harini. Kan saya ambil korang dari kampung? Takkan kerja pulak. Hurm, saya pun taknak kacau awak lah. Awak rest banyak2, saya pun nak masuk bilik ni. Nanti dinner, kita jumpa ye". Ujar Ikmal beserta senyuman manis. Sempat dia berpesan agar Alia memasak ikan siakap malam ni.

Alia menghela nafas lega. Setelah tinggal Alia sendiri di dapur, barulah rasa senang nak buat kerja. Alia melangkah menuju ke peti sejuk. Terbuntang matanya melihat segala jenis makanan, buah2an dan sayuran tersimpan rapi didalamnya.

"Peti sejuk aku pun tak penuh macamni!". Detik hati Alia.

Dia membuka pula bahagian sejuk beku. Penuh bekas tupperware berisi ikan mentah. Ada siakap, bawal, kembung dan cencaru. Dalam bekas lain, ada terisi udang dan ketam.

"Duduk dua orang je, tapi stok punyalah banyak!". Desis Alia lagi.

Alia mengambil keputusan untuk berjalan2 dibahagian belakang rumah. Ternyata Puan Hawa suka bunga. Terdapat banyak jenis bunga yang ditanam. Ada orked, ros, kekwa dan bunga kertas. Semuanya tumbuh segar.

"Awak ni siapa?". Soal seorang wanita yang dalam lingkungan 40 an. Kulitnya cantik, putih berseri.

"Saya pembantu Puan Hawa. Baru je kerja kat sini". Jawab Alia ramah. "Makcik ni siapa ye?". Tanya Alia pula.

"Saya jiran Kak Hawa ni lah. Panggil aje Cik Som. Nak petik sikit daun pandan, nak buat air gula. Hurm, Kak Hawa nya mana?".

"Ohh, Puan Hawa ada kat dalam bilik, rehat. Penat katanya".

"Yeke? Takpelah. Sejak sakit kaki, Kak Hawa pun jarang dah keluar2 kat belakang ni. Selalunya ada je dia duduk2 ambil angin". Terang Cik Som senang. Alia mengambil selangkah mendekati Cik Som.

"Kak Hawa ni baik orangnya. Ramah dengan jiran2 kat sini. Kadang tu dia bagi lauk sikit kat kami orang. Sekarang ni dah sakit, nasib anak lelakinya tu ada. Tapi yelah, lelaki ni susah la sikit nak melekat kat rumah, ye tak?". Gelak Cik Som. Alia turut tersenyum. Ramah betul Cik Som ni. Alia makin selesa duduk disini.

"Kamu ni nampak muda lagi. Baru habis sekolah ke?". Soal Cik Som sambil bersandar di dinding rumah.

"Er taklah. Saya dah 20 tahun. Ikut sepupu datang kerja sini. Anak lelaki Puan Hawa tu kawan sepupu saya". Cerita Alia senang. Dia tersenyum melihat wajah Cik Som.

"Baguslah. Kerja elok2 ye. Cik Som pun belum pernah lagi nampak Kak Hawa upah orang. Eh, takpelah. Lain kali kita sembang lagi ye? Hangit pulak air gula Cik Som tu". Cepat2 Cik Som pulang ke rumah.

Tambah seorang kawan Alia disini. Paling2, takdelah bosan sangat kalau masa senggang nanti. Alia masuk semula kedalam rumah. Dia mencapai gelas untuk menghilangkan dahaga. Peti sejuk dibuka. Setelah menuang air sejuk, Alia bergerak menuju ke ruang tamu pula.

Tiba2 dia dikejutkan dengan suara wanita sedang bercakap2. Alia berkerut. Siapa pulak yang datang ni? Tak dengar pulak bunyi loceng. Alia memberanikan diri melangkah ke ruang tamu. Dari belakang, Alia ternampak susuk tubuh seorang perempuan sedang rancak berbual dihenset. Perlahan2 Alia mencuit bahu wanita tersebut.

"Mama!". Jerit wanita itu kuat. Habis bergema satu rumah. Alia juga turut menjerit. Terkejut.

"Kau siapa ha?!". Jerit wanita tersebut. Terketar2 Alia nak menjawab.

"Er, s..saya..saya.."

"Saya apa?!".  Marah wanita tersebut. Bertambah kecut Alia dibuatnya.

"Lili? Kenapa ni?". Ikmal turun dari tangga. Bergegas dia mendekati adik perempuannya.

"Along! Siapa perempuan ni? Terkejut Lili tau tak?!". Marah Lili. Dia lantas memeluk lengan Ikmal erat.

"Oh, dia ni Alia. Lupa la tu. Along kan ada cerita pasal dia kat Lili. Dia baru sampai dari kampung. Er, Alia maaflah ye. Adik saya ni lupa la tu". Ikmal membela bagi pihak Lili.

"Ada apa ni, along? Lili, bila kamu balik? Mama dengar jerit2 pulak". Tegur Puan Hawa pula. Makin bertambah rasa bersalah Alia.

"Maaf, saya betul2 tak tahu. Encik Ikmal, maafkan Alia". Ujar Alia perlahan. Puan Hawa mendekati.

"Takpe, awak tak sengaja pun. Lili pun tak sengaja jugak. Adik, mintak maaf cepat!". Arah Ikmal. Belum sempat Lili bersuara, Alia sudah tertunduk memohon maaf.

"Saya salah. Saya tak tanya elok2. Puan Hawa jangan buang saya ye. Saya betul2 tak sengaja. Er, Cik Lili maafkan saya ye?".

Tergelak besar Ikmal dibuatnya. Sudahnya, dia duduk bersandar di kerusi.

"Er, takpe2. Lili pun salah jugak. Er, Alia tak usah la nak mintak maaf bagai. Lili ok je". Lili bersuara cuba menenangkan keadaan.

"See! Adik saya ok je. Awak tak payah nak gelabah sangat. Kelakar je tengok tau! Erm, mama nak minum ke? Along bawakkan?".

Puan Hawa menolak. Dia lantas mengambil tempat disebelah anak bujangnya.

"Betul lah tu. Maafkan anak gadis saya ni. Dia memang macamni. Er, Lili balik bila? Mama tak dengar pun bunyi loceng".

"Ish mama ni! Takkan nak balik rumah sendiri kena tekan loceng kot? Lili bosan duduk hostel, tu yang balik tu. Lagipun, anak kesayangan mama ni dah janji nak belanja Lili makan". Ujarnya riang. Harmoni hubungan mereka anak beranak. Kekok pula Alia berdiri diantara mereka.

"Er, kalau takde apa2, saya ke dapur dulu".

"Eh Alia! Mari lah duduk dulu, borak2. Saya teringin nak kenal2 dengan awak". Ajak Puan Hawa ramah. Alia terdiam. Dipandang wajah Ikmal dan Lili yang sedang menunggu jawapannya.

"Er, takpe ke?".

"Mama ajak, ok la maksudnya". Jawab Lili bagi pihak Puan Hawa. Alia melabuhkan punggung berhadapan Ikmal. Dia tertunduk segan.

"Awak ni dulu study kat mana? Diploma ke?". Soalan pembukaan. Puan Hawa terbatuk kecil.

"Er, tak. Saya belajar tak habis. Sampai tingkatan tiga je".

"Sebab apa?". Soal Ikmal pula. Menusuk pandangan lelaki itu.

"Semua tak suka saya. Saya minta berhenti". Perlahan2 Alia menjawab. Malu pula bila kisah lama diceritakan kembali.

"Sebab kekurangan awak? What a nonsense! Tak patut awak berhenti. Awak kena teruskan jugak. Ini masa depan awak". Marah betul Ikmal. Pelik Puan Hawa memandang anak terunanya.

"Dah semua pulaukan saya, apa yang saya boleh buat? Lagipun mak saya kekurangan duit nak bayar yuran. Sebab tu saya tekad nak berhenti".

Semua terdiam. Masing2 khusyuk mendengar.

"Mak ayah masih hidup?". Lili bertanya. Manis wajah anak Puan Hawa. Berlesung pipit di kedua2 belah pipinya.

"Ayah dah meninggal. Sekarang ada mak dan ayah tiri. Tapi, ayah tiri pun tak terima saya". Ingatanku terus teringat pada arwah ayah. Rindu nak memeluk tubuh tua itu.

"Allah! Tak patut dia buat macamtu. Sepatutnya dia terima kamu apa adanya". Luah Puan Hawa. Kesal dengan sikap sesetengah manusia. Lili juga turut merasa geram.

"Hurm, takpelah puan. Dia dah jadi abah saya pun. Nak tak nak saya kena terima. Walaupun dia maki saya selalu, kena pekakkan telinga jelah". Gelak Alia terpaksa. Dia bermain dengan kain baju nya.

"Sabar nya kamu. Kalau saya, entah apa lah jadi agaknya. Kamu tak berdendam?".

Alia menggeleng. Dendam? Tak pernah dia kenal apa itu dendam.

"Saya ikhlas. Terima dengan hati terbuka. Saya taknak ingat pun. Kalau tak, saya sendiri sakit. Arwah ayah selalu pesan, macamana teruk pun kita dihina, itu bermaksud dia menghina ciptaan Tuhan. Jadi, untuk apa saya marah. Saya bersyukur sebab saya ni masih lagi dijaga".

Ikmal merasa kagum. Lama dia memandang Alia. Wanita itu punya aura yang tersendiri. Walaupun kekurangan, Ikmal tetap merasa kesempurnaan pada diri Alia.

"Oh! Takpelah. Yang penting sekarang ni, Alia kerja keras and senangkan keluarga. Abaikan benda lama ye? Saya nak awak tumpukan pada kerja awak". Puan Hawa memberi semangat. Alia tersenyum manis.

"Awak ni cantik orangnya. Manis dengan senyuman. Jangan pernah tak senyum. Baru hati tu lega". Nasihat Puan Hawa lagi. Alia sematkan semuanya dalam hati. Puan Hawa seperti mak di kampung. Tenang dan penuh kasih sayang.

"Terima kasih, Puan. Alia akan cuba buat yang terbaik". Janjinya. Semua yang memandang, tersenyum ikhlas.

"Alia pergi dapur dulu, ye? Nak siapkan makan malam. Nanti lambat pulak!". Lantas Alia berlari anak menuju ke dapur. Lili pantas mengekori.

"Alia! Lili mintak maaf ye pasal tadi. Lili ni cepat terkejut. Nak2 Alia cuit macamtu je. Kita kosong2, eh?".

Alia tergelak kecil. Suka pula melihat anak perempuan Puan Hawa.

"Patutnya Alia yang minta maaf. Cik Lili terkejut tadi. Maaf ye".

"Jangan la panggil saya cik macamtu. Panggil Lili aje. Kita pun tak jauh beza. Saya baru 24 tahun. Alia panggil je Lili. Kalau dengan mama panggil Puan, takpelah". Rungut Lili manja. Dia membantu Alia yang sedang mengeluarkan ikan di peti sejuk.

"Takpe ke? Saya ni kerja dengan Puan Hawa, jadi kenalah hormat anak2 Puan Hawa sekali". Alia seakan berbisik. Ikan diletakkan di sinki.

"Takpe! Alia kerja dengan mama, bukan dengan Lili".

Alia terdiam. Sama macam abangnya.

"Er, yelah!". Hanya itu yang mampu dijawab.

Sesudah itu, Lili terus melekat dengan Alia sepanjang tempoh memasak. Macam2 yang diborakkan. Sesekali mereka berdua akan bergelak ketawa. Alia gembira. Sangkanya, bila datang kesini, dia akan kesunyian. Tapi, kehadiran Lili langsung mengisi kebosanan dihatinya. Lili baik, sama seperti Puan Hawa. Peramah, kelakar dan tak lokek ilmu. Ada sahaja benda yang diajarkan kepada Alia.

Lauk yang siap dimasak, terus dibawa ke meja makan.

"Taraa!! Lauk favourite along dah siap! Pandai eh request macam2!". Teriak Lili teruja. Lauk ikan siakap tiga rasa diletakkan diatas meja makan. Puan Hawa dan Ikmal segera bangun melangkah menuju ke meja santapan.

"Wah! Anak mama tolong Alia masak ke ni?". Soal Puan Hawa tak percaya. Ikmal pula sudah beberapa kali menghidu aroma siakap dihadapannya.

"Taklah! Alia yang masak semua ni. Kalau Lili, jawabnya meletop la ikan ni! Ni anak bujang mama ni, pandai dah request lauk favourite kat Alia". Ikmal tersengih malu. Puan Hawa memandang Ikmal pelik.

Lili mengambil tempat disebelah Puan Hawa manakala Ikmal duduk berhadapan mama nya. Alia muncul dari dapur membawa mangkuk nasi putih beserta sayur.

"Alia, mari makan sekali. Banyak awak masak ni. Kita makan sekali ye". Pelawa Puan Hawa ramah. Alia hanya mampu menolak dengan baik. Segan pula dia nak makan sekali dengan majikan.

"A'ah Alia, jom lah makan sekali! Tak habis pun kitorang nak makan semua ni". Kali ini Lili pula yang mengajak. Alia pandang wajah Lili dan Puan Hawa. Masing2 menunggu jawapan Alia.

"Tercegat apa lagi tu? Jom lah!".

Ikmal mempelawa untuk duduk disebelahnya. Kerusi ditarik sedikit bagi memudahkan Alia untuk duduk. Dia terkesima. Perlahan2 Alia melangkah mendekati kerusi disebelah lelaki itu. Seram sejuk dibuatnya. Kenapa majikannya baik sangat pada dia?

"Alia tak payah malu. Kita makan sekali je. Lagipun, saya tak suka nak bezakan siapa2 dalam rumah ni. Alia biasa2kan diri ya. Along, senduk nasi tu untuk Alia".

Alia sudah terkaku ditempat duduk sendiri. Ikmal menurut lantas mengambil pinggan kosong lalu mencedukkan nasi ke pinggan. Dia lantas menghulurkan kepada Alia.

'Mamat ni pun kenapa suka sangat pandang aku macamtu!'. Getus hatinya.

"Banyak? Sikit?".

"Er, sikit je". Cepat2 Alia capai pinggan ditangan Ikmal.

Segan tak tahu nak habaq!

Setelah doa dibaca, kami pun mula menjamu selera. Seisi keluarga berselera sekali menjamu hidangan yang dimasak oleh Alia. Hanya dia sahaja yang tak lalu nak makan. Ikmal disebelahnya berkali2 meletakkan ikan dipinggan. Habis penuh pinggan Alia. Makan tak jugak! Dikuis2 nasi nya saja.

"Kenapa? Tak sedap?". Suara Ikmal seakan berbisik. Alia geleng laju.

"Kalau sedap, makanlah. Tenung je macamtu, takkan kenyang". Usik Ikmal seraya meyuap nasi ke dalam mulut. Tak lekang dengan senyuman.

Perlahan2 Alia mula mengisi perut. Tak sudah2 dia memandang Puan Hawa dan Lili. Mungkin, dalam dunia ini masih wujud orang yang baik2 dan mereka itulah orangnya. Alia mengunyah perlahan2. Kalau betul mereka ni tergolong dalam golongan yang baik2, bermaksud Alia sangat beruntung dikenalkan dengan keluarga seperti ini.

"Alia ok ke duduk dalam bilik tu? Kalau tak ok, saya pindahkan ke bilik lain".

"Eh! Ok je puan. Alia selesa. Puan janganlah terlalu selesakan saya. Alia tak kisah duduk mana2 pun!". Alia menjawab sopan.

"Ma, rasa nya dalam bilik tu takde aircond kan?".

"Kenapa? Along nak pasang ke? Mama tak kisah".

Alia tercengang. Dah kenapa pulak ni!

"Puan, takpe! Jangan dipasang. Saya tak tahan sejuk". Dalih Alia segan. Bibirnya digigit kuat.

Tolong katakan yang mereka ini semua malaikat!

Semua mata memandang kearahnya. Alia kekok.

"Er, Alia tak biasa. Lagipun, tak perlu sampai nak pasang aircond. Alia ok je. Terima kasih atas keperihatinan Encik Ikmal".

Ikmal menjongket bahu. Pelik dengan gadis ini.

"Nanti, kalau ada apa2, bagitau je kat Ikmal, nanti dia uruskan".

Alia sekadar mengangguk. Berbeza betul suasana disini dengan keluarga Alia di kampung. Tak pernah Alia merasa sebahagia ini. Mungkin Allah nak beri Alia pelangi untuk gembira sekarang agaknya.

Bersyukur saja, Alia!

                  _____________________

"Alia! Sini kejap!".

Jerit Puan Hawa dari tingkat atas. Bergegas Alia mendapatkan majikannya. Satu persatu anak tangga dinaiki.

"Ye puan. Ada apa?". Soal Alia tercungap2. Dia pandang wajah Puan Hawa dan Ikmal yang sedang duduk diatas katil.

"Boleh tolong urutkan kaki saya ni? Anak bujang saya ni tak taulah dia mengurut ke belai!". Perli Puan Hawa seraya menjeling kearah anak bujangnya. Ikmal tersengih macam kerang busuk.

"Oh, boleh2. Er, puan ada minyak?".

"Ada2! Ni ha. Tolong ye. Kaki saya lenguh pulak ni".

Alia tersenyum. Dia lantas duduk disebelah Puan Hawa. Minyak ditangan majikannya diambil lalu mula menyapu sedikit dibahagian kaki. Dengan lafaz bismillah, Alia mula mengurut seperti yang diajarkan oleh mak kepadanya.

"Sedap nya Alia urut. Belajar kat siapa?". Soal Puan Hawa setelah lama mendiamkan diri.

"Mak saya. Dia pandai urut. Jadi, saya belajar la. Mak kata, mengurut ni seni. Sebab kita kena guna segala jari kita untuk merasa setiap inci sakit tu".

Ikmal tekun mendengar. Begitu juga Puan Hawa.

"Oh! Lepas ni boleh la urut saya?". Usik Ikmal beserta ketawa kuat. Sempat Puan Hawa menepuk lengan anak bujangnya.

"Maaf ye! Ikmal ni suka sangat mengusik. Alia jangan ambil hati".

Alia tergelak kecil. "Saya tak kisah, puan. Dah faham". Ujarnya seraya memandang Ikmal yang masih tersenyum memandangnya. Alia kalut.

Kenapa suka buat aku gelabah?

"Mak Alia umur berapa? Mesti muda lagi kan? Alia pun baru 20 tahun".

"Mak saya baru 40an, puan. Itu pun dia selalu cakap dah tua lah, ada kedut lah. Hehe". Cerita Alia. Minyak diletakkan sedikit lagi di kaki.

"Alia selalu kena pukul dengan bapa tiri ke?". Soal Puan Hawa.

"Erm, selalu dah. Kadang, benda remeh pun saya kena bantai. Dah biasa". Luahku sayu. Aku gigit hujung bibir. Puan Hawa memandangku simpati.

"Kesian awak ni. Kenapa lah dia sanggup pukul awak. Er, mak tak tahu ke?". Laju Puan Hawa bertanya, ingin tahu.

Alia mengangguk. "Tahu".

"Tapi, kenapa mak tak lawan?".

"Nak lawan macamana? Kami ni perempuan. Kudrat tak seberapa. Mak selalu pesan jangan naikkan kemarahan abah. Tapi, memang tak payah tunggu lah, selalu je dia baran. Lambat buka pintu, dia bantai. Lambat bagi makan, dia bantai. Makanan tak sedap pun kena, puan". Alia mengeluh. Tangannya masih mengurut.

"Kesian awak! Saya tak sangka seteruk tu awak kena. Alia, mulai sekarang, awak tinggal je dengan saya. Saya tak sanggup tengok awak kena dera macamtu lagi. Saya akan cuba cari jalan untuk lepaskan awak dan mak awak dari bapa tiri awak tu". Ujar Puan Hawa. Alia tergamam.

Betul dia memang baik! Alia menangis sedih.

"Belum pernah ada orang layan saya sebaik ini. Kenapa puan lain dari orang yang pernah saya jumpa? Orang2 kat kampung semua hina saya. Sedangkan makcik saya sendiri tak suka saya. Tapi puan sanggup terima saya sedangkan puan orang luar". Ujarku sendu. Air mata yang mengalir laju segera diseka.

"Saya tak tau apa beza yang sempurna dengan tak. Bagi saya, semua manusia ada kekurangan. Alia, jangan sedih2 ye. Saya ada sentiasa bagi sokongan pada awak. Kesian. Umur muda macam awak sepatutnya dapat kehidupan yang selesa. Tapi, awak terpaksa lalui semua ni". Puan Hawa mengusap bahu Alia. Ikmal menghulurkan sapu tangannya pada Alia.

"Lap air mata tu". Hanya itu yang keluar dari bibir lelaki tersebut. Wajahnya merah. Jelas menahan marah.

"Er, maaf puan, saya menangis pulak. Erm, boleh saya keluar basuh muka?". Soal Alia polos.

"Ah, boleh2. Takpe, saya dah ok. Awak pergilah rest. Saya minta maaf ye sebab bertanya tadi".

Alia tersenyum tak kisah. Dia segera melangkah keluar menuju ke dapur. Paip di sinki dibuka. Alia berkali2 membasuh mukanya. Air mata kembali mengalir. Dia rindu mak di kampung.

"Jangan bazirkan air mata Alia". Suara itu membuatkan Alia tersentak. Ikmal berdiri menghadap Alia dengan wajah yang serius.

"Er, Encik Ikmal". Perlahan Alia menyebut namanya. Sapu tangan yang terletak di tepi sinki dicapai. Dia lantas mengelap air mata Alia yang berjuraian.

"Jangan bazir air mata untuk benda lama. Saya jenis tak boleh tengok".

Alia terkaku. Ikmal berdiri betul2 dekat dengan Alia. Masih lagi mengelap air mata yang jatuh. Bau perfume lelaki itu menusuk ke rongga hidung.

"Saya tak suka Alia kena dera macamtu. Alia stay kat sini, ye? Ikmal ada boleh jaga Alia". Sebaris ayat yang membuatkan jantung Alia berdegup kencang. Dia pandang wajah gadis dihadapannya.

Setapak Alia mundur ke belakang. Dia tak mahu timbul apa2 fitnah.

"Maaf encik. Alia naik atas dulu". Belum sempat Alia membuka langkah, Ikmal telah menghalang jalan.

"Alia marah?". Soalnya kaget. Dia takut Alia salah faham padanya.

"Maaf Encik Ikmal, Alia nak naik atas. Tak elok kalau kita berdua macamni. Nanti apa kata mama Encik". Sekali lagi Alia cuba mengelak tetapi dihalang.

"Alia marah?". Soalnya lagi sekali. Kali ini dia cuba mendekati Alia.

"Alia tak marah. Alia nak naik atas je. Boleh tak?". Rayu Alia. Dia malu. Dia taknak orang tengok dia menangis. Alia tak pernah kongsi sedih dengan orang lain.

"Ok, dengan satu syarat. Tolong jangan menangis lagi. Alia tak cantik kalau menangis. Alia lupakan semua yang berlaku. Stay here".

Alia tergamam. Lain macam ayat Ikmal di pendengarannya. Dia sekadar mengangguk. Alia segera meninggalkan Ikmal sendiri. Bimbang pula lain yang jadi.

"Jangan kau buat hal, hati!".
                        ___________________

Hampir dua bulan berlalu, Alia sudah semakin selesa tinggal di rumah Puan Hawa. Dia juga semakin cekap menguruskan rumah dan dapur. Dalam masa dua bulan yang lalu, hanya beberapa kali sahaja dia dapat berjumpa Nazim di rumah sewanya. Itupun atas ihsan Puan Hawa. Disebabkan banyak kerja rumah yang perlu disiapkan, Alia banyak tertumpu di dalam rumah sahaja. Nazim juga sibuk dengan kerja. Alia tak mahu menyusahkan Nazim mahupun Puan Hawa. Diberi tinggal dirumah ini sudah cukup bersyukur buat diri Alia.

"Alia, jom makan sekali!". Seperti biasa, Puan Hawa pasti akan mengajak Alia untuk menjamu selera bersama. Alia yang sedang menatang dulang berisi jus oren hanya menggeleng.

Dia menuangkan jus oren satu persatu kepada ahli rumah. Bermula dengan puan Hawa, diikuti Lili dan Ikmal. Kali ini, lelaki itu tak berkata apa2. Hanya diam memandang nasi di pinggan.

Kenapa pulak?

"Aik, anak bujang mama ni sihat ke tak? Diam aje dari tadi ni?". Tegur Puan Hawa.

Mana taknya, Ikmal yang selalu bukan pendiam orangnya. Pasti ada sahaja celoteh dan gurauannya.

"Ok je, mama. Pening sikit. Agaknya banyak kerja kat kilang kot". Ujar Ikmal lemah. Dia hanya tersenyum kelat. Alia diam.

"Alia, come! Eat with us!". Ajak Lili.

"Er, takpe Cik Lili, Alia baru je makan tadi. Erm, jemputlah makan. Kalau nak apa2, Alia ada kat belakang". Terus Alia kembali ke dapur. Dulang diletakkan di rak.

Alia capai kuali yang kotor lalu dibawa ke sinki. Tangan sibuk mencuci sedangkan fikiran menerawang ke tempat lain.

Bunyi pintu rak terbuka menghentikan lamunan Alia. Ikmal sedang membuka kit berisi panadol. Langsung dia tak menghiraukan Alia yang berada di dapur.

"Encik nak air?". Alia sekadar bertanya. Lama dia menunggu jawapan, tapi Ikmal hanya diam.

Mamat ni pekak dah ke?

"Encik?". Tegur Alia sekali lagi.

Kali ini Ikmal menoleh. Dipandang wajah Alia yang putih bersih.

"Maaf, saya tak dengar. Ada apa Alia?". Soal Ikmal dengan wajah pucat.

"Encik Ikmal nak air? Saya tengok Encik pucat tu. Nanti saya buatkan bubur". Pelawa Alia. Ikmal sekadar tersenyum.

"Boleh tolong ambilkan air? Saya nak jus oren". Ikmal mengambil tempat lain kerusi lalu menelan dua biji panadol.

"Encik Ikmal tak sihat ni. Baik pergi klinik, ambil ubat". Alia memerhati Ikmal meneguk jus oren rakus.

"Takpe. Saya ok je. Awak nak buat bubur? Boleh tak hantar ke bilik. Kepala saya betul2 pening". Pinta Ikmal perlahan. Alia mengangguk laju.

Ikmal bangun perlahan2 menuju ke tingkat atas. Longlai saja Alia melihatnya. Dia merasa kasihan. Kalau Nazim yang sakit, pasti Alia akan sediakan bubur dan menjaganya. Risau pula Alia melihatnya.

"Alia, nanti tolong masakkan bubur untuk Ikmal ye. Badannya panas pulak". Suara Puan Hawa mengejutkan Alia.

"Baik, puan!". Arahan diterima baik oleh Alia.

Dia mencapai periuk kecil lalu ditenggekkan diatas dapur. Beras dicuci bersih. Niat dihati ingin membuat bubur ayam buat lelaki itu. Lili menyinggah masuk ke dapur. Dia tersenyum manis lalu duduk berdekatan Alia.

"Rajin awek sorang ni!". Gelak Lili. Epal yang tersedia dipinggan, digigit kecil.

"Apa pulak rajin. Kena buat lah. Kita kan kerja masak2 ni". Sambung Alia ceria.

Bawang ditumis sehingga naik bau sebelum menambahkan stok ayam dan beras.

"Tak pernah2 along tu sakit. Tup2, demam pulak!". Lili bersuara.

"Kenapa? Takkan lah tak boleh nak demam kot?".  Gelak Alia. Dia mengambil tempat bersebelahan Lili.

"Bukan lah macam tu. Along tu jarang sangat sakit. Bukan kata demam, nak pening pun susah. Tu, terbaring je kat bilik tu. Kesian pulak Lili tengok".

"Dah kesian, kenapa tak tolong Cik Lili oi?". Soal Alia ringkas.

"Ala, taknaklah! Along tu kalau datang sakit nya, boleh tahan mengada. Dulu2 punya cerita masa dia demam, ada ke logik mintak mama belikan blueberry. Taknak kat kedai punya nak yang petik, ok!".

Alia tergelak kecil. Dah kenapa pulak pelik2 mintaknya tu.

"Biasalah! Along Lili tu mungkin tengah mimpi ada kat negeri omputih kot!". Serentak mereka ketawa. Gelak tak ingat dunia.

"Ei Alia ni! Boleh tahan kelakar jugak ye! Erm, best la kawan dengan Alia ni. Lili baru ada rasa kawan kat rumah ni. Kalau tidak, asyik menghadap muka along la jawabnya! Hehe. Erm, dulu kan, Lili pernah ada kawan yang oku ni. Tapi dia buta la. Semua orang pandang pelik kat dia. Lili je yang kawan dengan budak tu. Semua kitorang buat sama2.Tak adil kan? Yang sempurna saja diorang nak kawan. Yang tak sempurna ni, disisihkan pulak". Luah Lili seakan geram.

"Nak buat macamana. Memang lumrah manusia ni pentingkan sempurna, paras rupa dan darjat. Selagi tak merasa ada kekurangan, selagi tu lah bukan manusia".

Lili mengangguk setuju. Lumrah manusia yang hanya merasa kesempurnaan itu lebih penting dari segalanya sampaikan tak nampak bahawa orang serba kekurangan ini juga mampu menjadi lebih 'sempurna' berbanding yang lain.

"Eh, lama pulak kita ni borak. Bubur dah siap rasanya tu. Lili hantarkan pada Encik Ikmal ye". Pinta Alia sambil mencedukkan bubur ke dalam mangkuk. Air dan ubat demam juga diletakkan sekali.

"Alia lah! Lili nak mandi". Tolak Lili malas. Dia sudah membuat muka 'seposen'.

"Erk, takkan Alia pulak! Tak elok la masuk bilik lelaki. Nanti timbul fitnah tau!".

Lili tersenyum. Dia lantas mengambil dulang tersebut lalu membawanya terus ke bilik Ikmal.

"Dah kenapa sengih? Hurm". Gumam Alia sendiri.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Memandangkan tugasnya harini sudah siap, Alia ingin segera merehatkan badan. Pintu dapur dikunci. Lampu juga ditutup. Alia melangkah senang menuju ke tingkat atas. Dari ekor matanya, dia melihat Lili yang sedang menyuapkan Ikmal makan. Baik sungguh hubungan mereka adik beradik. Seorang sakit, seorang lagi tolong suapkan.

"Kan bagus kalau aku ada keluarga macamni". Gumamnya.

Alia mengeluh. Dia segera membuka pintu lalu masuk dengan perasaan yang sedih. Alia teringat mak. Apa khabar mak dikampung agaknya.

                          __________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience