BAB 11

Romance Completed 1979

"Berapa?"

"Tiga."

"Tak percayalah."

"Betul! Jo punya berapa?"

"Aaaaa... satu."

"Tahniah."

"Terima kasih. Tapi Jo masih tak percaya Thia dapat tiga. Cakaplah betul-betul."

"Betul! Tak percaya, tengok ni," kataku sambil mengunjukkan slip keputusan kepada Johan.

"Hish! Pandai betul Thia tipu Jo ya!" Aku ketawa kecil. Gelihati rasanya melihat reaksi Johan.

Khairy, tanpa kusedari, memandangku dengan perasaan geram...Dua minggu kemudian, Johan memberitahuku bahawa dia telah ditawarkan ke Universiti Teknologi Malaysia di dalam jurusan kejuruteraan petrokimia. Aku mengucapkan sekalung tahniah kepadanya. Ternyata Johan gembira dengan tawaran itu.

Namun begitu, aku berasa gelisah. Aku masih lagi terkantung-kantung sedangkan rakan-rakanku yang lain sudahpun memulakan pengajiannya di menara gading. Johan sudahpun mendaftarkan diri di UTM dan sedang menjalani minggu orientasi. Seminggu kemudian, aku menerima surat dari Universiti Sains Malaysia. Aku telah ditawarkan ke sana di dalam jurusan Sains Hayat. Aku bersyukur. Berita gembira ini kukirimkan kepada Johan. Sekeping kad ucapan tahniah menyusul darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience