BAB 1

Romance Completed 1979

Kelas 5 Intelek bising lagi. Guru-guru bermesyuarat. Kali ini lebih panjang

"Hoi! Tak boleh diam sikit ke?" marah Khairy, ulat buku di kelasku, 5 Anggerik. Kuat. 5 Intelek senyap tiba-tiba bagaikan malaikat lalu.

Kelasku agak senyap. Mungkin kerana bersebelahan dengan pejabat dan bilik guru.Teman-teman sekelasku yang lain berpandangan. Aku memerhatikan Khairy. Telinganya merah menahan marah. Mulutnya terkumat-kamit. Entah berapa guni sumpahannya.

Kelas 5 Intelek memang terkenal dengan masalah disiplin. Kerapkali kelas itu disebut-sebut di dalam perhimpunan sebagai kelas terbising. Guru-guru pula mengecapkan kelas itu sebagai kelas 'hantu raya'.Tiba-tiba aku merasa bosan. Kerja yang Cikgu Murah berikan telahpun kusiapkan. Aku memerhatikan sekeliling.

"Masing-masing mempunyai teman. Aku juga yang tak ada," bisikku sendirian.

5 Intelek bising lagi. Kulihat Khairy hanya menggelengkan kepalanya. Tak sanggup agaknya menegur lagi. Guru-guru mulai lalu-lalang di kaki lima kelas. Mesyuarat sudah tamat agaknya.

Tiba-tiba Cikgu Usman masuk. Diekori oleh seorang pelajar lelaki yang agak segak. 5 Intelek semakin bising. Riuh-rendah seperti ada sesuatu yang melucukan. Cikgu Usman keluar semula bersama-sama pelajar itu. Dia mengatakan sesuatu. Pelajar itu mengangguk-anggukkan kepalanya seperti angsa yang sedang berenang. Kemudian Cikgu Murah pun melangkah ke kelas 5 Intelek. Tempikannya sungguh kuat hingga memeranjatkan kami semua. Aku terpempan. Tanpa kusedari, pelajar baru tadi sudahpun mengambil tempat duduknya di sebelahku.

"Hai!" Sepatah perkataan terbit dari bibirnya. Aku bertambah gamam. Aku menoleh ke arahnya. Matanya yang berwarna coklat perang itu merenung tajam ke arahku. Aku kaget. Belum pernah aku ditenung sebegitu tajam. Bunyi deheman mula kedengaran. Aku tunduk. Tidak tahan.

Cikgu Usman masuk semula ke kelas kami. Kali ni 5 Intelek senyap. Tidak mengganggu kami lagi. Sebentar kemudian kedengaran mereka memberi ucap selamat. Selamatlah kami! Cikgu Usman melemparkan senyuman mesranya kepada kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience