BAB 8

Romance Completed 1979

"Adakah kamu mengetahui apa yang telah berlaku?"

"Maksud cikgu?"

"Kenapa Wan Johan dibelasah?"

"Saya tidak tahu. Saya cuba bertanya kepadanya tetapi dia tidak mahu memberitahu saya."

"Ada apa-apa lagi yang kamu tahu tentang Wan Johan ?" Aku tunduk. Aku teringatkan kata-kata Davida dan Fajar tempoh hari.

"Tiada apa-apa, cikgu." Aku berdalih.

Petang itu, aku ke Tasik Teratai. Tidak lagi ke perpustakaan seperti selalu. Aku termenung memikirkan Johan.

"Dia bergaduh dengan Khairy kerana aku. Dia cedera kerana aku." Aku bermonolog. Aku terasa sayu. Airmataku jatuh setitik dua. Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mataku. Resah menghantui diriku.

"Johan bekas pelajar sekolah budak nakal."

"Johan budak nakal."

"Johan budak nakal."

"Jangan ganggu Johan. Dia temanku. Bukan kau!!!" Suara itu terngiang-ngiang di telingaku.

"Ttttttiiiiidddddaaaaaaakkkkkkk!!!" Keluargaku kecoh melihat aku menjerit seperti histeria.

Kini, sebulan telah berlalu. Tidak ada apa-apa perkembangan tentang aku dan Johan. Luka di dahi dan lebam di mata sudahpun sembuh. Sejak kebelakangan ini, kulihat, Johan mulai rapat dengan Davida. Kadang-kadang aku terserempak dengan mereka di perpustakaan. Hatiku bagai dihiris-hiris melihat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience