BAB 2

Romance Completed 1979

"Kamu, pelajar baru, sila datang ke hadapan dan kenalkan diri kamu," kata Cikgu Usman sambil tersenyum lagi. Beberapa pelajar berbisik sesame mereka.

"Nama saya Wan Johan bin Wan Sahari. Saya datang dari Ipoh. Dahulu saya bersekolah di Sekolah Sri Merbau."

"Wwoooooo" Kedengaran pelajar lelaki bersuara. Diikuti dengan deraian ketawa. Kulihat mukanya merah padam.

"Masuklah," pinta Cikgu Usman.

"Aaa.. Shana, kali ini kamu dah ada teman. Taklah sunyi lagi," ujarnya. Ada unsur menggiat. Terasa darah naik ke muka. Bunyi deheman kedengaran lagi. Aku tunduk.

"Baiklah. Kita mulakan pelajaran kita hari ini" Cikgu Usman mula mengajar. Aku terus menumpukan perhatianku kepada topik perbahasan yang Cikgu Usman bincangkan sebagai subjek pada hari itu. Nampaknya teman baru ini pintar orangnya. Selalu memberikan pendapat dan hujah yang bernas tanpa segan-silu walaupun baru sahaja menjejakkan kaki ke kelas ini.

"Kkkkrrrrriiiiiiiiiiinnnnnnnnggg!" Loceng berbunyi, menandakan waktu pelajaran telah bertukar.

"Terima kasih, cikgu!" Selesai sahaja ucapan itu, Cikgu Usman pun keluar.

Kelas masih sunyi sepi. Cikgu Rosmah yang dijadualkan mengajar tidak hadir kerana cuti sakit. Tidak ada guru yang menggantikannya. Jadi kami terpaksa membuat kerja sendiri. Masing-masing sibuk membuat tugasan yang diberikan termasuk aku. Lebih baik buat sekarang sementara masa masih terluang. Tidaklah nanti membuang masa.

"Err.. boleh pinjam teks perbahasan?" ujar teman baru di sebelahku.

"Untuk apa? Awak lebih pandai dari saya," sahutku dengan kenyataan. Dingin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience