BAB 9

Romance Completed 1979

Adakalanya kulihat mereka pulang dari sekolah bersama-sama. Hatiku semakin parah namun aku tetap bersabar.Peperiksaan semakin hampir. Masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran. Peristiwa lalu masih menganggu benakku. Otakku kosong setiap kali aku mahu menelaah.

Petang itu, aku ke perpustakaan. Terkejut aku melihat Johan. Tetapi aku berasa hairan kerana Davida tidak bersamanya. Kenangan lalu mengusik hatiku. Aku sengaja mengambil tempat di sebelahnya. Entah mengapa aku begitu tekun mengulangkaji. Setelah siap kerjaku, aku pun keluar lalu menuju ke tempat letak basikal.

"Thia ! Thia !" Ada suara memanggilku. Suara yang begitu aku rindui. Mesra bunyinya. Aku menoleh.

"Thia, maafkan Jo. Selama ini Jo merasa tersinggung dengan sikap Thia. Perasaan Jo benar-benar tersentuh sewaktu di perpustakaan tadi." Aku tunduk tanpa menjawab.

"Thia !" Aku memandangnya. Tepat.

"Kita kawan ya!" Aku tertawa mendengarkan kata-katanya yang berunsur kebudak-budakan.

Semenjak hari itu, kami kembali mesra seperti dulu.Suatu hari, aku teringatkan kata-kata Davida dan Fajar. Lantas aku bertanya kepada Johan. Johan mengaku bahawa dia pernah dimasukkan ke Sekolah Gurney. Tetapi cuma seminggu kerana disyaki terlibat di dalam komplot budak-budak nakal.

"Habis, bagaimana dengan Davida, Jo?"

"Kenapa? Cemburu ke?"

"Cemburu tu taklah. Tapi... macam mana?"

"Sebenarnya Jo hanya nak tengok reaksi Thia."

"Alah! Tak ada tindakbalaslah."

"Dahlah tu. Ha, sekarang macam mana?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience