BAB 7

Romance Completed 1979

"Aduh" keluh Johan. Walaupun perlahan tetapi masih dapat kudengari.

"Jo, beritahulah aku!" jeritku dalam hati. Tidak mampu untuk meluahkannya.

Aku cuba meneruskan kerja yang Cikgu Usman berikan tetapi otakku kosong. Aku bertambah resah. Sekali aku menoleh ke arah Johan. Kulihat dia mengesat dahinya yang luka itu dengan tangannya. Lantas, kuberikan sehelai tisu. Dia memandangku.

"Terima kasih," bisiknya. Teman-teman sekelasku yang lain memandang ke arah kami. Davida memandangku sambil menjeling.

Tiba-tiba pintu kelas diketuk. Terjengul muka Abang Zul, pembantu pejabat.

"Tuan Pengetua nak jumpa Khairy bin Mohammad dan Wan Johan bin Wan Sahari," kata Abang Zul.

Kelas menjadi riuh sedikit. Aku memandang Johan. Dia terus berjalan menuju ke pintu. Khairy pula membuntutinya. Kelas bertambah riuh.

"Apakah Jo dan Khairy telah bergaduh?" Aku bermonolog tanpa jawapan yang pasti. Pintu kelas diketuk lagi.

"Tuan Pengetua nak jumpa Shana Fathia binti Dollah." Abang Zul memberitahu. Berderau darahku sehingga naik ke muka.

Beberapa orang teman sekelas mulai berbisik sesame sendiri. Aku terus melangkah sehingga tiba ke bilik pengetua yang berhampiran dengan kelasku.

"Sila duduk, Shana AThia," pinta pengetua. Khairy dan Johan disuruh keluar. Tahulah aku pengetua mahu bertemu dengan aku seorang.

"Shana, saya banyak mendengar tentang perhubungan kamu dengan Wan Johan. Saya juga ada menerima aduan yang kamu sering berdua-duaan dengannya di mana sahaja. Betulkah?"

"Kami hanyalah sahabat biasa. Tidak lebih dari itu. Kami biasa ke perpustakaan. Di sana kami menyiapkan kerja sekolah yang terbengkalai. Kadangkala kami menelaah. Ataupun kami berbincang tentang topic semasa. Salahkah, cikgu?" Aku memberikan penjelasan. Pengetua menarik nafas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience