BAB 12

Romance Completed 1979

Kini, aku telah menjadi mahasiswi USM. Tidakku menyangka, bahawa aku akan bertemu dengan Khairy. Kenangan lalu menjelma kembali. Telah beberapa kali dia cuba mendampingiku, namun aku menolak. Perhubunganku dengan Johan menjadi lebih intim walaupun kami berjauhan. Setiap kali ada waktu terluang semasa cuti semester, kami pasti bertemu.Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Aku kini merupakan pelajar tahun akhir. Johan pula sedang menjalani latihan di Paka, Terengganu.

Akhirnya pengajianku tamatlah sudah. Aku pulang ke rumah. Surat daripada Johan sudahpun kuterima. Dia akan pulang seminggu lagi. Kini saat yang kutunggu tiba jua.

"Kring, kring! Kring, kring!" Telefon berbunyi. Bergegas aku mengangkatnya.

"Hello!""Itu Kak Thia ya."

"Ya. Kenapa?"

"Kak Thia, Abang Jo ditimpa kemalangan semasa dia di dalam perjalanan pulang. Dia di hospital sekarang." Berita yang kuterima dari adik Johan menimpaku bagaikan letupan Krakatoa.

Sesampainya aku di hospital, kulihat ibu Johan menangis tersedu-sedu. Aku kaget.

"Di mana Johan, dik?" Aku cuba bertanya kepada adik Johan yang turut berada di situ bersama-sama ayah Johan.

"Kak, Abang Jo sudah tiada lagi..." Kata-kata itu membuatkan jantungku seolah-olah gugur.

"Johan !!!!"

Semenjak Johan meninggal dunia, aku menjad begitu emosional. Aku begitu terasa kehilangan sahabat dan teman rapat yang memahami diriku. Aku sering ke kuburnya. Kusiram air Intelek dan kusedekahkan Al-Fatihah. Doaku semoga roh Johan dirahmati Allah.

Sehingga kini, setelah tujuh tahun berlalu, kenanganku bersama sahabat yang bernama Wan Johan tetap di ingatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience