BAB 5

Romance Completed 1979

"Yalah. Lain kali tak cakap lagi." Aku ketawa kecil. Tiba-tiba kotak pensilku terjatuh. Kami sama-sama ingin mengambilnya kembali. Kepala kami berlaga. Ketawa.

"Oh! Ini rupanya kerja kau orang, ya," sergah satu suara. Ketawa kami terhenti. Kami mendongak seraya bangun.

"Ada apa ni, Khairy ?" Tanyaku. Dadaku berdebar-debar.

"Ada apa? Eh, kawan, dia tanya kitalah, ada apa?" kata Khairy kepada Zubir, Steven dan Sani. Mereka berempat ketawa berdekah-dekah. Kulihat Johan merengus. Marah.

"Khairy, engkau nak apa ha?" Tinggi suara Johan. Aku menariknya. Harapku agak tiada sesuatu yang buruk berlaku pada petang itu.

"Jo, marilah. Jangan gaduh," pujukku seraya menarik tangannya.

"Nanti kau!" jerit Khairy setelah kami agak jauh.Keesokan harinya, aku ke sekolah seperti biasa.

Pagi itu kurasakan kelasku agak berlainan. Masing-masing seolah-olah tidak menghiraukan kedatanganku. Selalunya, mereka akan menegurku. Davida menjelingku. Johan belum tiba lagi. Pelajaran berjalan seperti biasa sehingga loceng menandakan waktu rehat berbunyi. Para pelajar berpusu-pusu keluar. Ada yang menuju ke kantin dan ada yang menuju ke tempat lain. Masing-masing sibuk mengejar waktu rehat yang singkat itu.

"Shana !" Ada suara yang memanggilku tatkala aku mahu pergi ke tandas. Aku menoleh ke belakang. Davida rupanya!

"Ada apa, Vida?" tanyaku. Mesra dan ikhlas.

"Apa yang kau buat dengan Johan di perpustakaan semalam, ha?" Keras sahaja suara itu. Hatiku berderau.

"Biasalah. Kami buat kerja sekolah yang belum siap. Lepas tu kami menelaah."

"Aku bukannya apa. Cuma nak beritahu kau. Johan tu bekas pelajar Sekolah Budak Nakal Gurney." Aku terkejut. Namun aku tidak mudah termakan berita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience