Bab 1

Romance Series 23873

"Nur Raisa Asyikin....."

Dia memanggil namaku dengan suara yang lunak. Aku tersenyum memandangnya. Setiap kali dia menyeru nama penuhku, sesuatu datang menyapa dan menerjah masuk ke ruangan hati.

“Yes.”

Aku membalas pendek. Dan, menunggu apa yang dia perlu katakan. Dia menggeleng sambil mengukirkan senyuman.

"Takde pape. Saja sebut nama awak."

Dia tersenyum lagi. Aku jadi tidak keruan. Manis sangat senyuman dia.
Aku menjulingkan biji mata. Dia tertawa.Dia Airil Benjamin. Aku mengenalinya semenjak kami tadika. Kami berjiran baik. Sejak itu, aku bersahabat baik dengannya. Dia segalanya buat aku, sahabat yang baik, penyabar dan peneman air mata. Airil Benjamin seorang yang manis. Dan... Aku suka dia.

"Ril, nak pinjam nota Sejarah semalam boleh?"

Aku tahu minta apa saja dia akan beri.

"Of course boleh. Anything for you."

Kan.. baru cakap.

Dia memandang aku lama. Aku tahu dia cuma anggap aku tidak lebih dari seorang kawan. Dia sayang aku sebagai sahabat. Jadi.. Sebelum perasaan aku makin bercambah untuk dia, lebih baik aku cuba usir perasaan yang datang tidak semena. Aku takut kehilangan dia.

"Dengan saya semuanya boleh. Tak pernah awak cakap tak boleh."

Aku tahu dia memanjakan aku, cuma kadang-kadang aku tak boleh terima layanan baik daripada dia. Aku takut suatu hari nanti aku bakal terluka. Terluka dengan kebaikan dia.

"How could I say no to you? Awak satu-satunya kawan saya. Kalau awak sedih, saya turut sedih. Kalau awak gembira, saya turut gembira."

Senang hati aku mendengar bicaranya. Kalau dia tiada depan mata, aku rasa kehilangan. Sebab itulah, aku tidak boleh bergantung harap padanya, takut suatu hari dia tinggalkan aku keseorangan.

“Jangan terlalu baik dengan saya, saya takut tak mampu nak balas setiap kebaikan daripada awak.”

Aku memandangnya sepi.

“It’s okay. Saya tak kisah langsung. I only have you.”

Iya. Aku berkawan dengan dia hampir 12 tahun. Suatu tempoh di mana orang akan perkatakan bahawa cinta akan berputik. Tidak pada dia. Cuma aku.. Selama mana aku kenal Airil Benjamin, tiada sepatah bicara tentang perempuan itu, perempuan ini. Mungkin dia tidak pernah anggap aku sebagai perempuan di mata dia. Dengan perempuan lain, dia agak dingin.
Sepanjang aku mengenalinya juga, tidak pernah sekalipun dia meninggikan suaranya pada aku. Jadi, aku tidak tahu siapa aku di mata dia. Biarlah, kami berteman baik.

Biar Allah yang uruskan semuanya. Aku tak sanggup kehilangan dia. Seluruh keluarga aku menyenanginya juga. Along sangat kamceng dengannya! Seolah-olah lupa siapa adik kandungnya yang sebenar.

“Thanks, Ril.”

Kenapa kau baik sangat dengan aku? Aku memandangnya lama seperti tiada lagi hari esok. Dan dia… masih lagi dengan senyuman yang bersisa.

Share this novel

Meri Sajja
2020-04-18 13:55:44 

up


NovelPlus Premium

The best ads free experience