Bab 10

Romance Series 23873

Hari ini hari terakhir aku di hospital ini. Aku lihat Along dari tadi mundar-mandir di hadapan aku. Pening jadinya. Sudah tiga hari tidak kelihatan bayang Cik Aishah. Merajuk benar dia dengan Along. Itulah, mulut Along berbisa sangat. Aku menjeling Along. Mula rasa menyampah. Padan muka, tak reti jaga hati perempuan. Ego!

“Itulah, masa ada di depan mata, maki-maki. Bila dah menghilang, tercari-cari.”

Along kelihatan gelisah. Air muka tampak sedih.

“Riss, macam mana ni? Dia marahkan Along ke? Apa nak buat ni? Nak kena pujuk ke? Minta maaf ke? Nak kena bagi bunga ke?”

Aku memandang Along dengan tajam. Apa dia fikir hati perempuan mudah dilembutkan? Sekali terluka, selamanya berbekas. Jangan sesuka hati je buat perkara baru nak fikir.

“Entah. Mana la Riss tahu. Pandai-pandai la setelkan sendiri.”

Aku membelek majalah di tangan. Malas mahu masuk campur.

“Alaa… please… help me. Pujukkan dia untuk Along.”

Along mula merayu denganku. Kenapa pulak aku harus terkait sama? Aku memandang Along lama. Mula berasa simpati dengannya.

“Okay, Riss cuba pujuk dia untuk jumpa dengan Along. Tapi, jangan berharap sangat. Hati perempuan ni sekali disakiti, jadi parah untuk lelaki. I’ll try my best. Cuma… Along kena ada usaha kejar dia lagi. Bukan dengan baran dan dendam lama.”

Along mengangguk. Dia kelihatan murung. Kesian betul.

“Riss nak buat apa?” Along memandang aku lama.

“Jangan risau. Ada caranya, percaya kat Riss, okay?”

Aku memberi jaminan, kali ini pasti berhasil. Insyaallah, tak lama lagi Cik Aishah akan jadi Kak Aishah aku. Hehehe.

“Tolong ye, Riss. Along jadi buntu.”

Memang, Along nampak serabut tika ini. Baru aku tahu, dia cinta pertama Along. Tetapi, ada kisah sedih di antara mereka. Dan, sekali lagi mereka ditemukan, melalui aku. Sudah pasti aku akan cuba membantu sedaya upaya. Cinta Along dan Aishah pasti bersatu. Amin!

“Kak, janganlah macam ni. Kesianlah dekat Along tu.”

Perkataan ‘cik’ aku tukarkan menjadi ‘kak’. Dia memeluk tubuh tanda malas mahu melayan.

“Riss da lupa ke apa yang dia buat kat saya. Maki saya seolah saya tiada air muka. Tak pernah fikir perasaan saya langsung.”

Cik Aishah mengetap bibir.

“Tapi, kan akak masih cintakan dia? Dia pun masih cintakan akak, percayalah cakap Riss.”
Aku sedaya-upaya cuba memujuk hatinya. Kasihan kepada mereka berdua. Saling mencintai tetapi, masing-masing ego tinggi.

Cik Aishah memandang aku kosong.

Aku tahu dalam hati dia dilubuk yang paling dalam, dia masih sayangkan Along. Seperti apa yang dia luahkan tempoh hari.

Mengaku jela. Hati aku yakin. Aku menarik nafas panjang. Melihatkan Cik Aishah diam membisu, mengingatkan aku pada diri sendiri. Mengenangkan diri aku yang dulu, diwaktu aku sukar meluahkan rasa cinta. Aku tak seberani Cik Aishah. Aku tak bisa luahkan, aku hanya mampu memendam rasa pada Airil Benjamin.

"Sudahlah Riss. Lupakan. Akak dah lama move on. Sejak Along Riss pilih dia dan bertunang. Iya. Salah akak. Akak buta hati, akak pilih orang lain. Last sekali, akak ditinggalkan oleh lelaki yang tak cintakan akak. Tu sebab Along Riss benci gila kat akak. Sebab akak pentingkan diri, pilih orang lain."

Aku hanya mampu mengeluh. Aku taknak masuk campur. Itu urusan mereka berdua. Aku cuma nak tolong jayakan rancangan untuk satukan mereka berdua. Tak salah kan? Kalau Along bahagia, aku akan rasa happy. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan Along jumpa kebahagiaan dia.

Melihat Cik Aishah masih berdegil, aku terpaksa menjalankan rancangan itu juga. Degil, keras kepala sangat.

"Riss, jangan paksa akak. Beri akak waktu. Akak nak ruang. Please, Riss."

Aku mengangguk. Okay. If that's what you want...

Tunggu jela.

Along kemalangan! Ini sesuatu yang tak ku jangka. Aku baru mahu melaksanakan rancangan, tiba-tiba je dapat berita yang mengejutkan.

Mama kata Along kemalangan kerana tak mampu nak kawal had kelajuan kereta. Wait, sepanjang aku membesar bersama Along, dia bukan jenis pandu kereta sambil lewa. Tapi... Disebabkan Cik Aishah, tetiba je nak buat perangai mengada. Eh please la! Lembik. Masa orang tu depan mata, duk maki-maki, perli-perli. Hmm..

Aku bergegas menuju ke hospital tempoh hari, hospital aku dan hospital yang sama aku terserempak dengan Mama Airil. Aku baru discharge hospital tu pagi tadi.

Setibanya aku di bilik rawatan, Along tengah tak sedarkan diri. Along baru lepas kena bius. Mungkin lagi 2 jam baru dia akan tersedar. Aku mengeluh panjang. Along Along... Nasib baik cuma cedera ringan. Along sempat mengelak dari bertembung dari kereta lain. Cuma kepalanya terhantuk kat stereng kereta.

Aku harus khabarkan keadaan Along kat Cik Aishah. Mahu lihat reaksinya bagaimana. Kalau dia masih cintakan Along, sudah tentu dia akan risau dan berlari datang ke sini.

Aku menghantar mesej kepada Cik Aishah.

'Kak, Along... Dia... Dia kemalangan. Datang sini cepat kak.' - Raisa

Aku menunggu reply daripadanya. 1 minit, 2 minit, 3 minit...

Buzz!

1 mesej diterima masuk.

'Riss, ya Allah... Apa jadi kat Along? Tunggu, akak on the way. :('

Kan aku da cakap. Dia masih sayangkan Along. Cuma ego je. Perempuan susah nak lupakan lelaki yang dia cinta.

Setengah jam kemudian, Cik Aishah muncul. Wajahnya sugul dan penuh kerisauan.

"Riss... Riss... Macam mana keadaan Along? Dia dah sedar belum? Macam mana dia boleh accident?"

Aku menyabarkan dia. Kalut. Aku menyuruh dia bertenang. Aku sendiri pun tak segelabah dia. See? Nampak kan yang Cik Aishah pun masih cintakan Along.

"Along okay. Cuma masih tak sedarkan diri lagi. Akak jangan risau."

"Ni semua salah akak. Akak ego. Akak degil. Iqbal Haikal tak pernah salah."

Ini bukan masanya untuk menyalahkan diri sendiri.

"Jangan salahkan diri. Takdir yang kadang-kadang kita sendiri tak jangka."

'Kalau kita cintakan orang, kita tak boleh ego. Tak boleh pentingkan diri sendiri. Jangan jadi macam Riss."

Aku mengeluh panjang. Aku tau sakitnya tipu perasaan sendiri. Sakitnya bila aku kehilangan dia tiba-tiba.

Ril... Saya sendiri pun tak mampu lupakan awak.

"Nanti kalau Along da sedar, akak masuk jumpa dia. Along pun rindukan akak. Percayalah cakap Riss."

Aku melangkah pergi. Mahu ke surau untuk menunaikan solat Asar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience