Bab 6

Romance Series 23873

Perasaan aku pada dia ternyata salah. Antara cinta dan persahabatan tidak patut dicampur adukkan. Ini hukuman besar untuk aku. Aku menyembamkan muka di bantal. Along terpacul di muka pintu.

“Dik, are you alright?”

Aku mengangkat bahu. Along memandang aku lama. Dia melabuhkan punggung di sebelah aku. Dia menarik nafas panjang.

“Sebenarnya… tadi Airil...”

Aku cepat-cepat memintas. Tidak mahu mendengar apa-apa.

“Dahlah. Riss penat. Nak tidur.”

Berharap Along akan faham aku tidak mahu diganggu.

“Along kena cakap jugak perkara ni. Adik kena dengar jugak.”

Along menatap wajah aku dengan reaksi yang sukar aku tafsirkan. Kenapa? Along bungkam. Dia menghela nafas panjang. Apa yang Along cuba sampaikan?

“Ril… dia… Dia dah tak duduk sini. Dia dah pindah. Tu… Family dia kat bawah. Mereka tengah suruh orang angkat semua barang masuk dalam lori.”

Aku terpaku sejurus mendengar kata-kata Along. Tak mungkin. Tak mungkin dia buat begini pada aku.

“Along tipu kan? Kenapa tiba-tiba je diorang pindah? Tak mungkin Ril nak tinggalkan Riss. Tak mungkin.”

Aku menggelengkan kepala tanda kurang percaya. Along berwajah serius.

“Kalau Riss tak percaya, Riss boleh tengok sendiri. Lagi satu, Ril ada sampaikan sesuatu.”

Along meletakkan sepucuk surat berwarna biru ke tangan aku. Surat? Kenapa dia sendiri tidak maklumkan kepada aku? Hina sangat aku di mata dia? Permainan apakah semua ini? Hati aku benar-benar teruji. He’s a bad guy! I hate him so much!

Pengecut. Tinggalkan aku bersama sepucuk surat. Dia fikir aku ni siapa? Penipu! Tak guna! Aku menyumpah namanya di dalam hati.

Aku tenung cincin yang tiada makna di jari, lalu aku keluarkan dari jari manis dan melemparkan cincin itu ke atas lantai. Biarkan ianya di situ. Tempat selayaknya di atas lantai. Aku terus menyembamkan muka ke bantal. Air mata bercucuran jatuh. Di depan Along, aku sudah tidak peduli lagi.

Along hanya memerhatikan segala tindak tanduk aku. Along turut kecewa. Kehilangan seorang teman permainan. Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa? Aku kehilangan kata-kata. Dia dah janji takkan tinggalkan aku. Tapi, kenapa dia mungkir janji dia? Sebab dah jumpa cinta hati? Lalu, aku dipersampahkan? Baru aku tahu yang aku tiada makna dalam hidup dia. Tiada sekelumit rasa cinta dia pada aku. Benar kata orang, bila seorang lelaki dan perempuan berkawan, salah seorang pasti akan jatuh cinta.

“Raisa…”

Suaranya masih terngiang-ngiang di telinga aku. Selepas ni, aku takkan dengar suara dia buat selamanya. Sampai hati, awak.

“Saya takkan tinggalkan awak. Saya janji.”

Takkan aku lupa kata-kata dia pada aku. Aku menekup telinga dengan bantal.

“Auntie Liza ada kat bawah, pergilah jenguk kejap.”

Along memaksa aku menjenguk di ruang tamu. Tak nak. Untuk apa? Dengan air muka yang begini, aku tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan keluarga dia.

“Riss, Auntie Liza nak jumpa Riss. Dia nak cakap perkara penting.”

Aku memandang Along dengan air mata yang berlinangan. Berharap Along akan mengerti keadaan aku yang tidak terurus ini.

Seseorang berdiri di muka pintu. Rupanya dari tadi Auntie Liza mencuri dengar apa yang berlaku di dalam bilik ini. Sungguh, aku malu! Mesti Mama dia akan cakap aku ni perempuan terhegeh yang syok sendiri kat anak dia.

“Raisa sayang… Auntie mintak maaf. Kami terpaksa ikut kehendak Ril. Auntie sendiri terkejut dengan keputusan dia. I don’t know what’s going on between you and him. Kami terpaksa ikutkan kehendak dia. Raisa bergaduh dengan dia ke?”

Aku kematian kata lantas aku menggeleng. Aku tidak pernah bergaduh dengan dia. Dia pun tidak pernah meninggikan suara pada aku. Aku sendiri tidak tahu di mana salah silap aku. Cuma… kebelakangan ini, aku akui kami jarang bertegur sapa. Sedikit renggang. Dan, aku kecewa dengan kelakuan dia yang agak aneh.

“Auntie ada bertanya pada Ril, dia cuma diam . Dia kata ini semua untuk kebaikan Raisa. Auntie sendiri tak boleh baca fikiran dia. Maafkan Auntie, Raisa.”

Aku jadi murung mendengar kata-kata Mamanya.

Auntie Liza memegang erat jari jemari aku. Cuba untuk menenangkan hati yang sedang bergelora. Kebaikan apa? Apa yang aku tidak tahu sedangkan dia tahu? Aku memicit dahi, ada rasa pening yang menyinggah. Makin lama, rasa sakit itu makin sarat. Aku cuba gagahkan diri memegang bucu katil. Tiada upaya.

“Riss, kenapa ni?”

Along memegang bahu kanan aku. Berselang seli suara mereka di pendengaran aku yang makin tidak seberapa. Pandangan aku jadi kabur. Malah, sakit yang tidak tertanggung.

“Raisa…”

Tiba-tiba aku terdengar suara dia. Iya. Suara dia. Airil Benjamin ada di sini. Di bilik aku.
Air mata tidak dapat ku bendung lagi. Ril… suara hati aku menjerit lagi. Dan… duniaku semakin gelap gelita. Segalanya kelam. Yang kedengaran hanyalah suara mereka dan bunyi kipas yang berpusing.

Setelah itu, aku tidak sedarkan diri. Aku tidak pasti apa yang berlaku. Tenanglah, Raisa… Tenanglah, duhai hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience