Bab 5

Romance Series 23873

Cincin di jari aku kucup dengan rasa rindu yang kuat mencengkam. Sungguh, aku rindukan dia. Along kata Airil menemankan Papanya di Perak. Kini, hampir dua bulan dia menghilang. Tanpa bicara, tanpa SMS, tanpa WhatsApp, tanpa call. Aku berasa sunyi. Laila kata mungkin Airil pergi mencari ketenangan. Ketenangan apa? Adakah aku menyerabutkan hidup dia? Sampai hati awak, Airil.

“Ril… saya rindu awak. Awak di mana? Awak pergi tanpa kata.”

Aku berbisik kepada cincin yang dia beri.

“Ril…”

Aku memejamkan mata. Kedengaran bunyi ketukan di pintu. Pasti itu Along. Along terjengul di muka pintu. Aku masih mematungkan diri.

“Riss, buat apa tu? Asyik berteleku je dalam bilik, jom teman Along tengok wayang.”

Aku tidak mengendahkan kata-kata Along.

“Riss… Dik… jangan macam ni. Jomlah. Along belanja shopping, nak?”

Aku tahu Along cuba memancing perhatian aku. Aku membisu. Along menghampiri aku. Dia menarik tocang rambut.

“Ouchh! Sakitlah. Taknak. Takde mood.”

Aku menarik selimut tebal dan menutupi wajah.

“Jomlah. Please… temankan Along. Boringlah. Selalu Ril yang temankan Along main Playstation.”

Along menyebut nama dia. Bertambah luluh hati aku. Aku menutup telinga. Kalau boleh tak nak dengar langsung sebaris nama dia.

“Nur Raisa Asyikin binti Abdul Muiz… Bangun! Kenapa asyik berkurung je ni?”

Aku bingkas duduk. Kalau Along dah sebut nama penuh aku sekali berbintikan bapa maknanya dia tengah tahan marah. Aku mencemik. Terpaksa akur.

“Good girl! I give you 20 minutes. Jangan bersiap lama sangat. Dah, cepat siap!”

Along menggunakan kuasa vetonya sebagai abang mengarah aku itu ini. Ciss.

Aku mengeluh berat. Tiada hati mahu ke mana-mana. Aku membuka almari baju, tangan mencapai sehelai baju long jumpsuit maaron dan mengenakan bersama bawal flora Aidijuma. Setelah selesai berpakaian dan bertudung, aku menilik wajah di cermin. Kusam. Tak ceria langsung! Lantas, aku mencalit sedikit foundation dan mengenakan lip balm rose supaya nampak berseri sedikit. Tak sanggup nak dengar Along membebel kata tak pandai berdandan la, serupa mayat hidup la. Mulut Along dahlah lancang.

“Riss…. cepat sikit. Lembap la kau ni.”

Suara Along dah memekik satu rumah. Tadi sibuk ajak aku keluar, lepastu merungut. Menyampah!

“Jap. Dah siap dah ni.”

Cepat-cepat aku menarik beg silang dan menuruni anak tangga.

Along mencekak pinggang. Bukannya lama pun aku bersiap. Poyo je.

Setibanya aku di shopping mall, Along terus menerjah ke kaunter tiket GSC. Aku cuma ikutkan je cerita apa yang dia mahu tonton. Fikiran aku jadi kosong tatkala ini. Sementara menunggu Along membeli tiket, mataku melilau melihat orang lalu lalang di situ.

Tanpa sengaja, mataku terpaku melihat sosok tubuh seseorang. Persis seperti… Airil. Dia berjalan bersama seseorang. Seseorang itu adalah perempuan. Malah lagi cantik daripada aku. Melihat dia tersenyum gembira, lagi menambahkan betapa tersiatnya hati aku.

Aku menyaksikan segalanya adegan di depan mata, sadisnya mereka tidak perasankan aku di situ. Airil Benjamin bersama seorang perempuan. Dekat Perak konon! Bila dia balik sini? Kenapa aku tak tahu langsung?

“Riss… kita tengok movie ni tau, best… apa yang kau tengah tenung tu? Eh… itu bukan ke Ril? Bila dia balik?”

Pertanyaan Along satu persatu sedikit pun tidak aku tumpu. Aku rasa tertipu. Sungguh… aku rasa seperti tidak berpijak di bumi yang rata.

Tiba-tiba Along meluru ke arah mereka. Dan aku… cepat-cepat menyembunyikan diri di balik tiang. Aku cuba mencuri dengar. Airil kelihatan sangat terkejut, tidak menyangka kehadiran Along di situ. Along berkata sesuatu yang sangat serius. Air muka mereka kelihatan tegang.

Aku terus melangkah pergi meninggalkan Along, tidak sanggup berlama di situ. Panggilan daripada Along tidak ku endahkan. Aku cuma mahu pulang ke rumah. Tentang Airil, biarlah. Aku tahu sesuatu yang besar akan terjadi. Just wait and see, Raisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience