Bab 9

Romance Series 23873

Aku menghalakan tumpuan ke arah anak kecil yang berlari di depan mata aku. Seketika pemandangan ini mengingatkan kepada sesuatu, bagaikan dejavu. Syukur alhamdulillah ingatan aku makin pulih dari hari ke hari. Malah makin jelas.

Dari jauh kelihatan Cik Aishah memerhatikan aku, puas aku merayu kepadanya untuk menghirup udara segar di taman ini. I need to recover fastly. Aku mesti keluar dari hospital ini, sudah terlalu lama aku di sini. Aku tahu, dia takut diamarahi oleh Along. Ah, biarkan saja aku yang menjawabnya. Aku perlukan ruang untuk bersendirian.

Perlahan-lahan aku bangun menuju ke dalam bangunan. Sebaik saja aku melintasi ruangan ahli keluarga yang menunggu, tanpa sengaja bahuku terlanggar seseorang. Seorang perempuan tua dalam lingkungan baya mamaku.

“Maaf, makcik. Saya tak perasan tadi.”

Dia mengutip majalah yang bertaburan di atas lantai. Serba salah aku dibuatnya.

“Eh, takpe. Makcik pun salah juga sebab rushing nak jumpa anak makcik. Kesian dia tunggu dari tadi.”

Suara itu… seperti… aku kenali… Sebaik sahaja dia mengangkat pandangan untuk bertatapan denganku, aku terkaku di situ. Terkejut. Raisa, betulkah apa yang kau lihat sekarang?

“Raisa… ni Nur Raisa Asyikin kan? Ini Auntie Liza, mama Airil.”

Mendengar sebaris nama dia lagi menambahkan luka di hati aku. Aku mengalihkan pandangan. Menahan air mata, mengawal riak wajah yang bermendung duka. Kenapa tiba-tiba je aku bertemu Auntie Liza dalam keadaan yang aku sendiri tidak jangka? Sepuluh tahun. Sepuluh tahun berlalu begitu sahaja. Aku membisu, tidak mengendahkan pertanyaanya.

“Raisa… tak ingat Auntie lagi ke? Auntie rindu sangat dekat Raisa.”

Tangannya memegang jari jemariku. Aku hanya membiarkannya sahaja. Tidak pula menepis. Tidak lama kemudian, aku meleraikan pegangannya.

“Maaf, makcik salah orang. Saya bukan Raisa macam yang makcik sebutkan tadi tu. Saya pergi dulu. Maaf juga sebab terlanggar tadi.”

Aku terus memalingkan wajah. Dingin. Maaf, aku tidak mampu untuk mengakui aku adalah Raisa. Maafkan saya, auntie.

Lantas, aku melangkah pergi meninggalkan dia di situ. Air mata aku menitik laju tanpa dipinta. Cuba untuk menenangkan hati.

“Raisa... tunggu dulu. Ril, Raisa… Ril… dia…”

Aku semakin menjauh, hati aku jadi tersentap pabila mamanya menyebut nama Ril. Cukup, penipuan apa lagi yang mereka sekeluarga cuba lakukan? Langkahku makin dipercepatkan. Aku menolak pintu tandas perempuan. Air mata aku berderas mengalir laju. Pili air singki dibuka, aku biarkan saja air itu mengalir. Supaya tidak kedengaran tangisan yang sekian lama aku pendam.

Aku memandang wajah di cermin. Sayu. Aku bukan Raisa yang dahulu lagi. Aku kena kuatkan hati untuk berhadapan dengan dia. Pintu tandas terkuak dari luar. Cik Aishah datang menghampiri. Menepuk bahu aku perlahan. Pasti dia sudah menyaksikan adegan tadi.

“Cik Raisa, are you alright?”

Dia merenung wajah aku yang sarat dengan air mata. Aku cuma mengangguk. Mengesat air mata yang tidak henti mengalir.

“Tolong… jangan beritahu sesiapa. Termasuk Along.”

Aku tidak bersedia untuk berceritakan pada Along.

“Saya janji. Saya takkan buka mulut, Cik Raisa. Takpe, saya faham dan saya tak nak tanya lebih-lebih. But, if you need someone, I’m here for you. Don’t worry, you can trust me.”

Dia tersenyum manis. Cuba melegakan hati aku. Aku menarik nafas panjang. Cuba hapuskan apa yang terjadi tadi. Dahlah, tadi tu cuma kebetulan. Ingat, dia dah pergi dari hidup kau terlalu lama. Lupakan dia, Raisa.

“Dahlah, jom balik bilik. Karang tak pasal-pasal saya kena maki dengan abang awak tu.”

Cik Aishah mencebik. Alahai, comelnya. Kalau Along tak terpikat langsung, memang mata Along dah buta. Aku tersenyum melihat telatah dia. Along pun satu, sengaja mencari pasal.

“Hah, macam tu la. Senyum. Dah, jangan menangis lagi. Kita jadi perempuan kena kuatkan semangat. Jangan lembik, Raisa.”

Kalaulah dia tahu kisah aku. Takpe, aku memang patut lepaskan semua pergi.

“Yela. Terima kasih.”

Aku menunduk. Rasa sakit hati aku pada dia dan keluarganya masih lagi bersisa. Jangan simpan dendam pada Airil Benjamin, Raisa. Kau patut maafkan dia! Kata hati aku berkata-kata.

Aku dan Cik Aishah bergegas meninggalkan tandas itu. Tiba-tiba aku memberhentikan langkah. Dia memandang dengan reaksi terkejut dengan tindakan refleksi aku. Sengaja biarkan dia panik. Hahaha.

“Kenapa?”

Dia mengerutkan dahi.
“Saya ada perkara nak tanya.”

Aku masih berkira-kira mahu bertanya ataupun tidak.

“Tanya apa?”

Dia membuat muka blur. Sesuai jadi kakak ipar aku. Padan sangat dengan Along.

“Along saya tu handsome tak?”

Dia membulatkan bebola mata. Direct gila soalan aku.

“Soalan jenis apa ni?”

Muka dia mula memerah.

“Ala, jawablah. Pertanyaan seharusnya dibalas dengan jawapan, bukan dengan pertanyaan.”

“Mana saya tahu. Hmm. Handsome jugak.”

Wah, ada chance untuk Along. Dia tidak memandang aku. Malu barangkali.

“Iya. Saya tahu Iqbal Haikal memang handsome. Apa pendapat awak tentang dia? Jujur tau.”

Aku cuba mengorek rasa, manalah tahu dia juga menyukai Along.

“Dia baik tapi annoying. Kacak. Comel. Tapi, dia bencikan saya.”

Cik Aishah menundukkan wajah. Air mukanya beriak kecewa.

“Along sukakan awak.”

Aku cuba memudahkan kerja untuk Along. Membuka jalan baru. Dia terkejut.

“Takkanlah. Dia tak suka saya lah. Asyik nak marah je. Tak pernah cakap elok-elok.”

Dia mencebik lagi.

“Itu cara dia tunjuk suka. Along memang annoying tapi hati dia baik.”

Aku cuba memancing, mana tahu umpan mengena.

“Hmm… suka dalam mimpi kot. Boleh nampak kat mata dia bencikan saya. Sangat.”

“Saya kenal abang saya. Dia bukan reti tunjuk perasaan. Spesis hati kering.”

Aku turut tumpang sekaki mengata.

“Hahaha. Tak baik mengata abang kandung sendiri. Kalau dia dengar kecik hati dia.”

Pintu bilik ditolak perlahan. Cik Aishah membetulkan bantal. Aku terus merebahkan badan ke atas katil.

“Awak sukakan dia tak?” Diam.

“Awak cintakan dia tak?” Masih lagi diam.

“Diam tu tandanya setuju.”

Sengaja aku memanipulasi kata-kata. Cuba melihat reaksi daripadanya. Dia terkejut lagi.

“Iya. Saya sukakan abang awak. Tapi, dia bencikan saya.”

Wah, akhirnya pengakuan jujur. Rugi aku tak sempat rakam kata-katanya.

Belum sempat aku membalas, terpacul bayang Along di muka pintu. Matanya terpaku ke wajah Cik Aishah, aku terperasankan senyumannya.

Namun, tak sampai seminit dia menarik balik senyumannya. Ceh. Plastik betul. Ingat aku tak nampak ke tadi?

“Riss pergi mana tadi? I saw you. Keluar bersiar-siar ke tadi? Jangan buat Along risau lagi boleh tak? Kalau pengsan tengah jalan macam mana? Degil! Nak jaga adik sorang pun susah.”

Along mula merungut marah.

“Keluar kejap je tadi. Ala, chill la. Riss saja nak hirup udara luar.”

Aku membela diri.

“Menjawab je keje. Awak tu baru nak sihat, kalau jatuh lagi macam mana?”

Along berkata begitu tetapi matanya memandang Cik Aishah.

“Bosanlah. Riss okay je ni. Tak payah la nak kecoh.”

“Ni lagi sorang, awak jangan manjakan adik saya boleh tak? Kan saya dah pesan, jangan beri izin dia keluar. Tak faham bahasa ke? Pekak?”

Pergh, kasarnya kata-kata. Aku yang dengar pun rasa berhangin. Cik Aishah sedikitpun tidak memandang Along. Dia membetulkan wayar berselirat di dinding. Dia diam.

“Hei, dengar tak apa aku cakap?”

Kali ni aku tengok Along baran semacam. Garangnya..

“Cik Aishah! I’m talking to you.”

Tidak semena-mena, Cik Aishah memusingkan badan menghadap Along.

“Iya. Aku dengar dengan jelas. Tak pekak lagi. Tak payah lah nak jerit. Aku taktau apa yang kau tak puas hati dengan aku, Iqbal. Dari hari pertama lagi, kau benci tengok aku jaga adik kau. Kalau kau tak puas hati, kau boleh je tukar nurse lain. Takpela, memandangkan Raisa dah nak discharge aku takkan jenguk dia lagi untuk kau. Kau boleh suruh nurse lain jaga.”

“Apa yang aku buat semua tak kena di mata kau. Aku tahu kau masih berdendam dengan aku, Iqbal. Aku sendiri tak jangka yang kita sekali lagi bertemu di sini. Maafkan aku. Aku gagal jaga adik kau. Gagal dengar semua perintah kau. Terima kasih, Iqbal Haikal.”

Aku juga tak jangka Cik Aishah melontarkan amarah. Kejap, kenapa intonasi dia seperti mereka saling mengenali dalam jangka tempoh yang lama? Apa semuanya ni? Dia terus melangkah meninggalkan kami. Sebelum dia membuka pintu, sesuatu menarik perhatian aku. Sesuatu yang aku baru terfikir. Dia berkata sesuatu lagi.

“Dan… for your information, Raisa. Yes. I still love him. Saya masih cintakan abang awak.”

Apa dia? Masih? Betulkah apa yang aku dengar? Aku lihat Along sudah ternganga. Barangkali terkejut besar. Betul jangkaan aku sebentar tadi, mereka saling mengenali!

Seraya berkata begitu, dia terus berlari keluar.

Dan, Along kulihat sudah duduk terhenyak di atas sofa hijau. Berkemungkinan kesal dengan kata-katanya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata habislah kau bang!

Aku mengeluh perlahan, aku ingatkan aku je yang bermasalah cinta, rupanya ada lagi kisah cinta yang agak rumit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience