Bab 8

Romance Series 23873

Sinar terik matahari dari tingkap hospital membuatkan aku terjaga. Habanya menghambat wajah aku. Aku membuka mata.

Kedengaran lagu kesukaanku bergema di corong telinga. Lagu Terrified by Katharine McPhee feat Zachary Levi. Rasa sentap seketika. Pasti Along memainkan melodi itu dari telefon bimbitnya. Ini lagu aku dan dia. Masih terbayang saat aku menyanyikan lagu ini bersama dia. Dia tersenyum manis bermain gitar sambil memandangku.

Ril… Awak apa khabar? Tidak sudi melihat saya lagi ke? Setelah 10 tahun berlalu, aku masih tidak mampu melupakan dia. Sahabat baik yang aku tidak tahu di mana dia sekarang. Dia tiba-tiba menghilang tanpa jejak. Rindu. Rindu pada dia sedangkan dia tidak peduli lagi denganku.

Jika dia peduli, kenapa dia tiada di sini? Di sisi aku? Awak betul-betul buang saya. Air mata aku sekali lagi jatuh.

Mataku tunak mencari kelibat Along di dalam bilik yang luas itu. Tiada bayang Along di sini akan tetapi mengapa sewaktu aku tidur, aku dapat merasakan seseorang melihat aku di tepi katil ini. Iya. Lelaki. Adakah aku bermimpi lagi?

Tiba-tiba pintu bilik hospital terkuak luas. Along menghampiriku, di tangannya ada sejambak bunga mawar dan sebakul buah-buahan. Aku menghadiahkan senyuman paling manis untuk abang tersayang, yang sentiasa memahami diriku.

“Hai, dik. Good afternoon.”

Sempat Along memerli aku. Aku menjegilkan mata.

“Along baru sampai ke?”

“Ya, sorry lambat sampai dik. Mama dan Papa kata nak datang melawat petang. Ada hal sikit.”

Wajah Along serta merta jadi muram. Aku dapat menghidu ada perkara yang tidak kena.

“Laa… Riss ingat Along temankan dari malam tadi. Kenapa Riss rasa macam ada orang temankan Riss sewaktu tidur? I can sense that someone is here.”

Aku jadi keliru. Jika bukan Along siapa dia? Malam tadi aku meminta seseorang yang ku sangkakan abang aku, menuangkan air ke dalam gelas. Tekakku terasa sangat dahaga lalu aku meminta pertolongan daripadanya. Setelah itu, aku menutup kembali mata yang terasa sangat berat. Dan… lagu tadi bukan daripada telefon bimbit Along?

Along terdiam. Seperti mahu menerangkan sesuatu yang rumit. Namun, tiada bicara daripada Along. Dia hanya mengeluh panjang.

“Is there something wrong?”

Aku cuba mencari jawapan kepada persoalan yang aku perlukan. Along cuma menggeleng.

“Hmm... takpela. Lupakan. Mungkin Riss bermimpi. Takpe, abaikan.”

Dari sarat aku memikirkan itu semua, lebih baik aku memikirkan diri sendiri. Lama sangat aku berada di hospital. I need to get out from here.

“Riss kena sihat. Jangan fikir perkara bukan-bukan. Nak discharge cepat kan? Kena la sihat mental dan fizikal. Adik Along ni kan kuat dan kental.”

Along cuba berseloroh. Cuba mengelak dan menghapuskan rasa hiba yang bertandang.

“Riss da sihat ni. Tak sabar nak discharge.”

Kataku dengan rasa bersungguh.
Sebenarnya… dua hari yang lalu, aku sudah mampu mengingati apa yang terjadi. Tentang apa yang berlaku pada aku. Along dan Mama dengan sabar menerangkan kekeliruan ini. Aku sudah mampu redha dengan apa yang terjadi.

Aku terlantar koma selama dua bulan. Puncanya, sewaktu aku mahu bersiap pulang ke rumah, kaki aku tersadung lalu terjatuh dari tangga pejabat dan mengalami pendarahan otak yang teruk.

Alhamdulillah, dengan izin Allah aku berjaya melepasi zon kritikal dan terlantar di sini dalam tempoh yang agak lama. Kini, aku mampu bernafas seperti biasa. Terima kasih, Ya Allah.

“Riss… ini ada sejambak bunga dari seseorang. Tiada nama. Tiada kad. Nurse kata, dia terjumpa bunga ni depan pintu bilik Riss.”

Along menghulurkan bunga mawar itu pada aku. Aku termangu, kehilangan kata-kata. Aku mengambil bunga itu dari tangan Along. Anonymous.

“Tak sangka Along, Riss ada peminat misteri.”

Along tersengih kerang memandang aku. Aku meneliti bunga tersebut. Lantas, aku menghulurkan kembali ke tangan Along.

“Eh kenapa? Taknak ke? Bunga segar lagi ni. Riss kan suka bunga mawar.”

Along membuat muka pelik melihat tingkah aku yang beria menolak.

“Hmm… bukan untuk Riss. Taknak la.”

Aku menolak seperti tidak sudi melihat bunga itu.

“Confirm untuk Riss. Selama Riss koma, memang kelibat seseorang menghantar bunga mawar yang sama di depan pintu bilik ni. Along cuba tanyakan kepada security, check CCTV tapi hampa sebab tak nampak wajah orang itu.”

Kenyataan Along membuatkan aku terkejut besar. Siapa dia?

“Takpela. Ambil je. Memang untuk Riss pun.Tak payah fikir panjang. Just take it.”

Akhirnya, dalam keterpaksaan aku menyambut jua antara rela dan tak rela. Aku membayangkan lelaki misteri yang sama seperti malam tadi memberikan aku bunga ini. Mungkin dia. Aku menghidu bunga itu. Wangi sekali.

“Siapa dia ni Along? Lelaki misteri mana yang beri?”

Along menjongketkan bahu tanda tidak tahu menahu. Sengaja bertanya lagi, mana la tahu kan Along terlibat sama dalam konspirasi merahsiakan identiti dia. Jauh sungguh pemikiran menjangkau. Tak baik tuduh Along yang bukan-bukan. Mungkin memang tiada siapa yang tahu siapa dia.

Hmm. Biarlah, Raisa. Siapa pun dia, berterima kasihlah padanya kerana sudi menemani kau setiap malam.

“Along, Cik Aishah tu kan dah la baik, cantik, sopan, ayu. Along tak nak ngorat dia ke?”

Aku mengubah topik perbualan. Muka Along berubah kelat. Pantang benar bila persoalkan tentang perempuan. Along pernah putus tunang. Lepas peristiwa itu, dia tidak mahu membuka hatinya lagi. Mungkin masih mencari masa untuk merawat hati.

“Kalau Along nak kenal dengan dia, Riss boleh adjustkan.”

Aku cuba menarik perhatian Along sambil mata tertumpu pada bunga di tangan. Along memiat telinga aku. Ouchhh! Sakit betul. Melihat wajah kelat Along, aku tertawa. Padan sangat Along dan Cik Aishah. Semoga dia jadi kakak ipar aku. Amin! Aku menadah tangan berdoa.

“Hah, apa yang terkumat-kamit tu. Doa apa tu? Jangan nak memandai, Nur Raisa Asyikin binti Azman.”

Along memberi amaran. Kelakar melihat muka gelabah Along. Tiba masanya, Along harus bahagia. Bukan dengan menjaga aku lagi, dia harus fikirkan kebahagiaan dia jugak. Iya. Aku nekad mahu mengeratkan lagi hubungan Along dan Cik Aishah yang ayu dan baik. Tunggu jela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience