Bab 2

Romance Series 23873

Aku duduk bersantai di bawah pohon Sena. Jari jemari melakar suatu corak lukisan abstrak. Hatiku sangat bercelaru di kala ini. SPM bakal menjelang tidak lama lagi. Dan aku sudah lama bersedia. Semoga semuanya baik-baik belaka.

Dari tadi aku menunggu Airil menghabiskan latihan ragbi. Aku tidak seperti dia. Aku lebih berjiwa puitis. Dia seorang yang lasak tetapi kami masih mampu bersefahaman. Terlalu ralit memerhatikan kanak-kanak di taman permainan itu sehinggakan aku tidak sedar Airil melabuhkan punggung di sebelahku.

“Hai… awak dah sampai ke bulan ke?”

Kata-katanya mengembalikan aku ke alam nyata. Dia tertawa.

“Bila awak sampai? Maaf, saya leka tengok kanak-kanak tu main gelongsor.”

Aku memandangnya, wajahnya kelihatan pucat tidak bermaya.

“Awak okay? Wajah awak pucat sangat.” soalku dengan nada risau. Tidak pernah aku lihat wajah dia sebegini.

“Saya okay. Kenapa? Jangan risau, mungkin saya kurang rehat.” Kata-katanya meyakinkan aku. Mungkin juga. Cepat-cepat aku usir rasa tidak sedap hati melihat keadaan dia.

“Okay, jom balik.” Kami segera bangun dan jalan beriringan menuju ke rumah.

“Raisa…” Aku segera menoleh ke arahnya.

“Iya… kenapa?” Dia membuang pandangan ke arah lain.

“Hmm. Takde pape.” Dia selalu begini. Mahu berkata tetapi tidak mahu berkata apa-apa.

“Kenapa? Awak selalu macam ni, kalau nak cakap, cakap jela.” Aku tidak suka orang menggantungkan bicara.

“I just want to wish goodluck in your SPM. Let’s do well.” Ada bicara kurang enak di situ. Kedengaran sangat pelik di gegendang telinga aku.

“Yeah. Tapi, kenapa cara awak bercakap lain sangat? Tiga minggu lagi kan?”

Dia memberhentikan langkah serta-merta.

“Saja nak wish awal. Saya takut tiga minggu akan datang, saya kurang masa nak habiskan masa dengan awak.”

Laa.. duduk sebelah rumah je pun.

“Maknanya awak taknak jumpa saya lagi ke?” Ada nada merajuk di situ.

“Bukan macam tu. Saya takut akan abaikan awak sebab terlalu fokus belajar. Sorry. Jangan kecil hati. Kan saya selalu ada dalam hati awak.”

Dia cuba berseloroh. Kata-kata dia langsung tidak mampu buat aku tersenyum. Tak lawak. Aku cuba tahan air mata. Aku mengunci bicara.

“Alolo… saya tak maksudkan apa-apa. Cuma… saya rasa awak kena habiskan belajar sendirian, supaya lebih fokus.”

He’s very mean! Kata-kata yang agak menusuk kalbu, tetapi dibicarakan dengan penuh lemah lembut. Aku tak sanggup kalau dia makin menjauh. Cepat-cepat aku menutup kedua belah telinga. Taknak dengar apa-apa!

Melihat reaksi aku begitu, dia pantas ketawa berdekah-dekah. Ciss. Is it a prank? Airil Benjamin suka mengenakan aku. Aku menjeling marah.

“Saya gurau jela. Hahahahaha. Saya janji takkan tinggalkan awak.”

Aku memandangnya dengan pandangan sedih. Hati aku mula berdetik, macam mana kalau suatu hari nanti dia memang akan tinggalkan aku? Macam mana hidup aku tanpa dia? This is not funny, Airil!

“Jangan cakap bukan-bukan. Saya tak nak dengar perkara pelik. Noktah.”

Bergurau dengan wajah yang pucat seolah-olah nak tinggalkan aku buat selamanya, hati kawan mana yang tidak risau?

“Ya, saya tahu. Saya minta maaf, awak. Tapi, saya rasa awak kena teruskan hidup tanpa saya.”

Seraya berkata begitu, dia terus mengorak langkah meninggalkan aku di belakang. Aku jadi terpempan dengan kata-katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience