Bab 7

Romance Series 23873

Aku terjaga dari lena yang panjang. Suasana di dalam bilik kelihatan putih. Tidak seperti di dalam bilik di rumah. Aku berada di mana sekarang? Aku cuba menggerakkan tangan dan kaki. Sakit!

Kelihatan wayar berselirat di tangan. Hospital? Kenapa aku berada di sini? Sedangkan tadi aku dan Airil berada di tasik, bermain basikal.

Aku cuba mengingati satu persatu. Tidak. Itu cuma mimpi. Aku termangu sendirian. Di mana semua orang?

Pintu bilik hospital mula terkuak. Kelihatan seorang jururawat menghampiri aku. Aishah. Aku membaca nama di name tagnya. Dia tersenyum dan membetulkan bantal di kepala.

“Hai, Cik Raisa. Dah bangun? Cik Raisa da lama tidur. Syukur alhamdulillah, Cik Raisa akhirnya sedar.”

Jururawat Aishah itu mematikan lamunan aku. Dah lama tidur? Apa maksud kata-katanya itu?

“Nurse, berapa lama saya di sini ya? Mana semua orang pergi? Mana ahli keluarga saya?”

Pertanyaan yang bertalu-talu aku lemparkan kepadanya. Perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

“Sabar, Cik Raisa. Ahli keluarga Cik Raisa ada di luar. Nanti saya beritahu mereka cik sudah sedarkan diri. Biar saja mereka yang terangkan satu-persatu, ya?”

Aku jadi keliru.

“Takpe, nurse. Biar saya yang terangkan kepadanya.”

Suara seseorang mencelah. Along? Mama dan Papa juga ada sekali!

“Dik, syukurlah dah sedar. Kami risau sangat. Dah lama sangat adik tidur.”

Bingung. Kenapa mereka asyik mengulangi ayat yang sama? Dah lama tidur?

“Riss, Mama risau sangat dengan keadaan Riss. Mama takut sangat Riss takkan sedar.”

Mama mula teresak. Kenapa dengan semua orang ni? Macamlah aku ni koma, sampai cakap lama sangat tidur. Kejap, koma?

“Riss rehatlah dulu. Nanti Riss akan faham.”

Suara Papa pula mencelah. Aku cuma mengangguk. Aku meminta jururawat memapah aku ke bilik air.

Aku merenung diri aku di cermin. Melihat pada perubahan fizikal diri, yakinlah aku sesuatu telah berlaku. Tiada lagi Airil Benjamin dalam hidup aku. Aku keluar dari bilk air, Along memerhatikan aku. Tidak lepas matanya memandang aku.

“Along… apa semua ini?” Along memerhatikan aku tajam.

“Riss, dah lupa ke apa yang jadi? Betul tak ingat?”

Along memandang aku dengan reaksi kurang percaya. Aku menggeleng.

“Riss mimpi kita berbual dalam bilik, hari kejadian Ril pindah rumah, Auntie Liza pun ada sama. Riss sedih masa itu. Lepastu, segalanya kelam.”

Aku memegang kepalaku, cuba mengingati.

“Itu bukan mimpi. Itu memang betul terjadi. Itu 10 tahun yang lalu. Riss, you are 27. Not 17 anymore.”

Aku tersedak. Cuba menghadam kata-kata Along. Tapi… kenapa aku rasa baru semalam terjadi? Bukan mimpi, maksudnya aku bermimpikan perkara 10 tahun lalu yang sememangnya terjadi? Along menghela nafas.

“I don’t know how to explain all of this. Tapi, Along harap Riss kuat hadapi semua ini.”

Aku rasa macam nak sambung tidur semula. Astaghfirullahalazim. Sepatutnya aku lega sebab akhirnya dah tersedar dari koma. Mengucap, Raisa.

“Mana Airil? Kenapa dia takde kat sini?”

Along menggeleng kepala. Bungkam dengan perangai aku.

“Along tak tahu di mana dia. Sejak dia pindah, dia tak pernah bagitahu dia kat mana.”

Along beriak kecewa. Along tidak menipu aku.

Aku memicit dahi. Kesakitan yang tidak tertanggung. Mahu lupakan semua ini. Tidak mahu menyeksa diri lagi. Kenapa aku lupa apa yang terjadi? Tetapi kenapa dia masih dalam ingatan lampau aku?

“Riss, are you alright?” Along cemas melihat keadaan aku.

“Tak tahu kenapa, rasa sakit sangat kepala ni.”

Rasa sakit yang semakin mencengkam. Parah. Separah hati aku yang telah lama terluka.

“Kejap, Along panggilkan nurse.”

Along berlari keluar dari bilik. Jururawat yang bernama Aishah datang menenangkan aku. Dia membaringkan aku.

“Cik Raisa kena berehat. Biarkan dia memahami semua ini. Jangan cuba memaksa memori dia. Sebentar lagi saya panggilkan doktor yang in-charge.”

Kata Cik Aishah kepada Along. Along terdiam kemudian mengangguk.

Aku memejamkan mata. Mahu berehat dari berfikir. Biarkan memori aku terhapus tentang dia. Tentang cerita kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience