Bab 3

Romance Series 23873

SPM berakhir dengan baik. Sepanjang peperiksaan, aku tidak kerap menghabiskan masa bersama dia. Aku tahu dia mengelak daripada aku, aku pun begitu. Cuma, kami masih bertegur seperti biasa. Biarlah. Mungkin dia perlukan masa. Ambillah seberapa masa yang awak perlukan, Airil.

“Riss…”

Aku menoleh ke arah along. Along melambai-lambaikan tangannya ke arah aku. Aku membuat muka malas.

“Sini la kejap, dik.”

Aku malas melayan along. Aku menjulingkan biji mata tanda tak nak pergi ke arah Along. Leka melayan drama di televisyen.

“Ril, kau masuk jela dalam rumah, dia tak nak keluar la. Puas aku panggil.”

Kedengaran Along seperti berbicara dengan seseorang di luar. Kejap, Along dengan Airil? Serta-merta aku terbangun, melihat penampilan diri. Rambut kusut masai, dengan T-shirt lengan pendek. Along ni dah gila ke? Aku tengah tak pakai tudung kot. Suka hati dia je suruh mamat tu terjah masuk dalam rumah.

“Raisa…”

Alamak, suara dia macam dah dekat pintu rumah. Damn. Not now.

“Alonggggggggg……….”

Mencicit aku lari naik tangga ke bilik. Kedengaran suara mereka bergelak ketawa melihat gelagat aku.

Sengal punya along! Tak patut betul buat adik dia macam ni. Siapa adik kandung dia? Aku ke Airil? Tanganku terus mencapai selendang ungu. Cardigan hitam segera aku sarung. Walaupun aku begini, aku sangat menjaga aurat walaupun dengan dia. Dia tetap bukan muhrim aku. Aku harap dia tak nampak rambut aku tadi.
Malunya..

Sempat aku menilik wajah aku di cermin. Hmm, okay da kot. Cepat-cepat aku turun tangga. Along tengah galak bersembang dengan Airil. Air pun sudah dihidangkan. Bagus, Along. Tak payah susah-susah aku bancuh air. Pemalas betul aku ni.

“Riss, Ril cakap dia rindu nak sembang dengan kau. Apesal kau sombong sangat? Tak baik buat orang macam tu, dik. Kesian dia.”

Selamba mulut Along berkata begitu di depan aku dan dia. Mana aku nak letak muka aku yang comel ni? Ciss, Along memang takde perasaan. Aku memijak kaki Along dengan sekuat hati. Hah, padan muka!

“Adoiii… kurang ajar kau, dik. Sakitlah….”

Aku menjelirkan lidah. Airil cuma ketawa melihat aku dan Along.

“Padan muka, siapa suruh menyibuk.”

“Malaslah nak layan korang, Along nak naik atas jap. Riss, kau layan Airil tu, jangan abaikan dia.”

Sempat lagi Along kenakan aku.

“Raisa…”

Suara dia. Aku rindukan suara dia. Aku memandang dia lama. Aku diam membisu. Masih terasa hati dengan kata-katanya dulu.

“Awak sihat? Lama tak keluar sama-sama. Jom keluar nak?”

Dia memecahkan kesunyian antara kami. Aku cuma buat tak tahu dengan kata-katanya. Melihatkan aku masih mendiamkan diri, dia bingkas bangun. Tanda mahu mengorak langkah pergi.

Tiba-tiba aku diasak rasa bersalah melayannya begitu dingin. Tidak patut aku melayannya begitu. Maafkan saya, Ril.

“Ril…”

Aku memanggilnya perlahan. Dia menoleh.

“Kita nak pergi mana? Saya nak ikut.”

Lantas, dia tersenyum. Manis sekali.

Aku membalas senyuman dia. Hati jadi berbunga-bunga. Kalau boleh saya nak ikut je ke mana awak pergi, Airil. Hati aku sekali lagi berdetik riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience