Bab 4

Romance Series 23873

Dia membawa aku ke suatu bukit, katanya nak saksikan matahari terbenam. Kenapa aku rasa ada kelainan pada dia ya? Tak pernah-pernah dia mengajak aku ke sini. Sekarang, Airil Benjamin seorang yang aku sukar nak jangkakan. Kami hanya membisu tanpa kata.

Dari tadi, aku melihat dia melayan perasaan. Aku memandang seraut wajah yang akan aku simpan di dalam hati sampai bila-bila. Menyedari dirinya diperhatikan, dia menoleh.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?”

Pantas aku menggeleng. Takut dia perasan hati aku sedikit mendung.

“Kenapa saya rasa awak dah lain, dah tak macam Airil Benjamin yang saya kenal dulu?”

Terkeluar juga pertanyaan yang selama ini aku pendam.

“Lain yang macam mana? Airil Benjamin ini masih sama seperti dulu, Nur Raisa Asyikin…”

Pandangan dia… aku tahu ada sesuatu yang dia sorokkan dari pengetahuan aku.

“Tak… awak tak boleh tipu saya. Kita kawan dah lama, saya tahu awak ada sorokkan sesuatu. Baik awak mengaku.”

Aku memaksa dia berterus terang. Tidak sanggup untuk berteka-teki. Saya perlu tahu, Airil.

“Awak sayang saya?” Unexpected question. Aku terkelu lidah. Hendak mengaku rasa yang bagaimana?

“Sayang sangat.”

Dia mencari kepastian di wajah aku. Tiba-tiba kulihat dia mengeluh panjang.

“Sayang yang bagaimana?” Bagaimana harus aku jawab? Not now, Airil.

“Saya sayang awak… sebagai seorang sahabat. Awak segalanya pada saya.”

Aku… aku tidak mampu mengaku perasaan aku di kala ini. Aku malu. Aku takut jika aku yang bertepuk sebelah tangan. Sedangkan dia… dia ikhlas berkawan dengan aku. Ya Allah, biarkan saja hati aku yang terluka.

“Baguslah macam tu. Saya pun sayang awak… sebagai seorang sahabat juga. Saya pun takut kehilangan awak.”

Aku rasa seperti kekurangan oksigen di kala ini, adakah itu pengakuan jujur daripada dia? Sedangkan aku menipu dia. Aku sendiri tidak mampu untuk mengaku. Menafikan tetapi tidak juga menidakkan kata hati yang semakin merindui.

“Raisa… jika suatu hari saya pergi dari hidup awak, abaikan awak, saya harap awak dapat terima kenyataan dan maafkan segala kesalahan saya.”

Air mata tidak dapat aku bendung. Aku tahu sesuatu akan terjadi. Sungguh… aku tidak dapat menerima butir bicaranya.

“Jangan bersedih kerana saya. Saya bukan seorang sahabat yang baik.”

Dia menyambung kata lagi. Air muka aku sangat keruh. Tak mampu nak menatap wajah dia.

“Saya cuma kata ‘jika’. Saya takkan tinggalkan awak. Saya janji.”

Aku jadi keliru. Apa maksud dia yang sebenarnya? Hati aku bukan boneka. Sekejap begitu, sekejap begini. Tolongah, Airil. Jangan buat saya begini. Hati saya cukup terkesan dengan kata-kata awak.

Matahari kian tenggelam. Tanda senja bakal menyusur tiba. Aku memeluk lutut dengan erat. Hati aku rasa hiba. Aku dan dia… mana bisa mungkin merasa hati yang sama. Dia menyeluk kocek seluar belah kirinya. Sebuah kotak dihulurkan pada aku. Aku terkedu. Kotak cincin!

“Kenapa awak beri pada saya?”

Aku teragak-agak mahu membukanya.

“Memang untuk awak. Bukalah.” Aku membukanya perlahan. Sebentuk cincin. Untuk apa dia beri pada aku?

“Apa ni awak? Cincin untuk apa?”

“Saya memang nak hadiahkan pada awak. Cincin untuk sahabat baik saya.”

Gulp! Aku tidak jadi untuk menyarungkan di jari manis. Cincin untuk sahabat baik? Damn. Airil Benjamin seorang yang kejam!

“Takpelah. Nanti je saya pakai.”

Pantas aku menutup kembali kotak cincin tersebut. Wajahnya kelihatan agak kecewa.

“Tolong pakai sekarang, Raisa. Saya nak tengok awak pakai di depan saya.”

Aku tidak sanggup menghampakan dia. Buat dia rasa gembira, Raisa. Buat dia rasa dihargai, Raisa. Aku menarik nafas panjang sebelum menyarungkan cincin terpaksa di jari manis.

Muat-muat pulak tu. Aku menghadiahkan senyum pahit kepadanya. Dia kelihatan ceria. Kenapa awak buat saya macam ni, Airil?

“Cantik. Sesuai kat jari awak. Jangan tanggalkan tau. Biarkan je.”

Aku cuma mengangguk separuh hati. Tidak tahu reaksi apa yang harus aku pamerkan.

“Jom balik. Dah malam. Nanti Mama bising.”

Cepat-cepat aku mengajak dia pulang. Menahan air mata yang dari tadi aku mahu hamburkan. Sabar Raisa… Kau kena kuatkan hati!Tahan, Raisa. Tahan....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience