Bab 11

Humor Series 12541

BAB 11

“Adik, kenapa tak bagitahu ada orang nak datang masuk merisik adik?”, bunyi separuh soalan dan separuh marah suara abah di hujung telefon. Siapa pulak yang berani-berani datang nak merisik aku ni.

“Hah? Ayah, abah cakap ape ni? Adik tak faham.”

“Siang tadi ade orang datang rumah. Katanya nak merisik adik.” Aku yang mendengar pulak dah rasa laju je naik turun naik turun dada aku nak bernafas. Nasib baik aku dah masuk departure hall, kalau tak memang nak je aku cancel flight hari ni. Lari balik hotel balik.

“Ha? Serius adik tak tahu ayah. Dia ada cakap tak sape?”

“Orang tu kata dia wakil daripada Esham Khan. Adik kenal dia ke tak?”

Esham Khan? Esham Khan Datuk Jalal Khan merangkap CEO Ace Global Holding tu ke? Eh, Esham yang aku kenal selama ni ke? Eh, tak mungkin... takde pun dia cakap pape dekat aku. Ish, Musykil aku. Setelah berbincang dengan abah, aku matikan talian telefon. Jam tanganku pandang. Lagi setengah jam flight aku ke KL. Tiga hari aku oustation ke Kelantan, check-check abah call cakap ada orang datang merisik.

Isnin telah pun tiba. Pagi-pagi aku dah terpacak di luar bilik bos besar.Aku nak settle kan apa yang dia buat last week. Hampir 20 minit aku sampai tak lama lepas tu Esham pun sampai.

"Eh, Irdina. Assalamualaikum. Good morning!”, sapa Esham sebaik je nampak aku dah terpacak berdiri di hadapannya.

"Waalaikummussalam. Saya nak discuss something dengan awak." kataku serius.

“Oh okay, jom masuk.” Pelawa Esham untuk masuk ke pejabatnya. Lebih kurang dua minit jugak lah aku dengan Esham rasa pelik dalam bilik pejabat dia. Aku pandang je dia. Tapi reaksi muka dia tu tak ubah macam orang baru balik dari kuliah agama. Macam takde apa-apa masalah je aku tengok.

"Kau tenung aku semacam ni dah kenapa?"

“Awak, awak jangan nak perasan. Menyampah tau tak? Geli lah”, ish tak kuasa aku nak puji dia pagi-pagi macam ni. dia pulak gelak je dengar jawapan aku.

“Alaa…kau ni, aku gurau je. Pagi-pagi dah marah. Period ke?”, cis. Mulut memang tak makan saman. Tak ada insuran lagi. Huh. Makin lama aku dalam bilik ni makin panas pulak. Kang tak pasal-pasal boleh terkeluar asap pulak dari hidung aku nih. Dia yang gelak pun dah berhenti gelak bila tengok muka serius aku.

“Ni saya nak tanya. Yang awak pandai-pandai hantar orang datang merisik saya tu kenapa? Bila masa pulak saya bercinta dengan awak? Dan bila masa pulak saya nak kahwin dengan awak?”. Esham gelak lagi bila dengar pertanyaan aku.

Dia bangun dari kerusinya dan berjalan ke arahku. Berhenti betul-betul depan aku sebelum dia duduk di hujung meja sambil meletakkan kedua-dua tangan di sebelahnya. Automatik aku berganjak ke belakang walaupun aku tengah duduk sebab jarak kami agak rapat sampaikan bau minyak wangi dia pun aku dapat hidu. Wangi. Boleh tergugat iman aku.

“You owe me something. Tak ingat ke?”, senyuman manis dia bagi aku. Weh, gila lah kalau lama-lama aku menghadap senyuman manis dia tu. Wahai iman, kuatlah dikau dalam diriku.

“So?”

“So, will you marry me? Because that is the only way for you to pay your debt, Irdina.” Terus aku bangun dari duduk.

“Gara-gara ais krim je kot, takkan lah nak kena kahwin. Awak jangan lah nak buat lawak di pagi hari lah Esham, tu semua nonsense.” Terdiam dia dengar jawapan aku. nampak macam dia tengah berfikir.

“Muka aku ni nampak macam tengah buat lawak ke?”, aku pandang muka dia. Ish,pandangan mata dia tu serious, serious yang dia memang betul-betul serious. Aku mula telan air liur. Gulp!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience