Bab 10

Humor Series 12541

BAB 10

Gulp! Kecoh satu pejabat hari ni. Ada CEO baru yang akan gantikan Datuk Jalal Khan. Dengar cerita, anak dia sendiri yang akan gantikan. Banyak pulak kisah yang diceritakan dan disebarkan dalam kalangan staf di pejabat. Ada yang kata, anak dia tu dah tua umur dalam 40 an, ada yang kata anak dia tu tu playboy sebab dia tu kacak dan membesar di scotland, tak kurang juga ada yang kata dia tu seorang duda anak 2. Hish, dahsyat sungguh dongeng diorang tu. Tapi lain pulak yang Kak Hani beritahu aku. Entahlah.

"Apa yang kak Hani pasti, anak Datuk Jalal semuanya baik-baik walaupun diorang dibesarkan di London. Tak pernah pun diorang lupakan asal-usul. Bagi akak, Datuk dan Datin berjaya dalam mendidik anak diorang. Satu lagi CEO baru kita nanti, orangnya sangat kacak! Kak Hani tak hairan nanti kalau tiba-tiba Irdina boleh terpikat kat dia. Haha. and I'm pretty sure that he will like you, Irdina," kata-kata Kak Hani sebentar tadi aku terngiang-ngiang. Haish. Belum apa-apa lagi dah puji bagai nak rak.

"Assalamualaikum semua. Is everyone here? Okay, now I would like to introduce our new CEO, Mr. Esham Khan Datuk Jalal Khan," terang Encik Daniel.

Dari saat mereka menghampiri lagi, Irdina seakan sudah sesak nafas. Degupan jantungnya makin berdegup kencang lebih-lebih di saat Encik Daniel memperkenalkan siapa Esham yang sebenar kepada mereka. Dia merasakan sangat tertipu dan terpedaya oleh permainan Esham selama ini. Mukanya di rasakan seakan panas. Air mata mula menitis tapi diseka laju-laju.

Patutlah dulu Esham macam ada sorokkan sesuatu je. Terus dia merebahkan mukanya ke atas meja beralaskan tangannya. Dia ingin berehat sekejap. Kepalanya dirasakan sangat berat ditambah lagi dengan kejutan Esham. Tidak lama kemudian, pintu biliknya di ketuk dan kelihatan Kak Hani masuk kebiliknya. Terus Irdina angkat mukanya memandang kak Hani.

“Ya Allah, Irdina. Mata merah tu kenapa? Jom akak hantar pergi klinik untuk check," desak Kak Hani.

“Err takdelah kak Hani. Tadi Irdina terlelap kejap then tambah pulak dengan flu ni. Lagi pun saya ingat nak half day je hari ni," kata aku berdalih. Masa tu jugak lah, pintu tu kena ketuk lagi. Haish, sape pulak kali nih. Kacau betol lah. Dah lah mood aku tak berapa nak okey nih.

Cis...mamat weirdo tu rupanya. Eh tak. Kena tukar nama, mat CEO.

"Boleh masuk tak?" soal Esham. "Waalaikummussalam...masalahnya sekarang ni, awak memang dah masuk dah pun,"kataku. Aku terus berdiri sebaik sahaja Esham masuk. CEO lah katakan, kenalah hormat.

"Hehe. Eh hai Kak Hani. Eh, muka kau pucat kenapa? Tak sihat ke?" soal Esham.

"Ha’ah, memang tak sihat. Baru je dapat heart attack tadi. Boss besar datang sini ada hajat ape?" soal ku dalam nada sindir.

"Amboi, perli eh. Aku datang nak mintak maaf kat kau then aku nak jelaskan semuanya. Everything that I need to clear it off."

"Terase ke? Baguslah kalau terasa. Tapi sekarang ni waktu kerja. Tak sesuai." "But im a boss!". Dengar je dia jawab macam tu, terus aku datang dekat pada Emir. Geram punya pasal. But still aku jaga jarak antara aku dan Esham. "So, is that a reason for you lied to me?" tegasku.

"Nope Irdina! I do have a reasons for what I had done to you. So, please listen," katanya tegas. Tapi aku dah angkat kaki melangkah keluar untuk balik. Tak tahan dengan drama yang berlaku.

"Aku hantar kau balik." arah Esham. "Tak payah lah. Saya suruh abang long saya datang ambil saya.”jawabku.

"Tak payah lah susahkan abang kau, aku hantar kau balik. Muktamad.” Ish dia ni suka hati je. Tu abang aku, bukannya abang kau. Tak susahkan kau pun kan.

Tidak sampai sepuluh minit Irdina bersuara lagi. "Awak, hmm..."

"Ape lagiiiiii Cik Irdina oi?" jawab Esham sambil memandu keluar BMW miliknya.

"Yang awak dah elok-elok drive separuh jalan ni, awak tahu tak rumah saya kat mana?" Soal Irdina.

Gulp! Esham menelan air liur. Eh tapi, takkan aku nak tanya dia ‘Rumah kau kat mana?’, hish tak boleh, malulah aku nanti. Kang aku nyanyi ‘Awak Kat Mana?’ menangis pulak minah emo ni...

Esham merasakan dirinya semakin janggal terhadap Irdina. Yelah, setiap kali dia menegur reaksi Irdinahanya selamba dan endah tak endah je. Macam mana aku aku betulkan balik hubungan ni eh. Tak boleh jadi ni, tak tenteram hidup aku kalau aku tak bercakap dengan minah tu. Otak aku ni asyik muncul idea baru nak buli dia, sarat sangat. Takkan dah terpikat kot. Tapi seriusly, tak larat nak simpan lama-lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience