Bab 3

Humor Series 12541

BAB 3

Payahnya duduk di luar kampus ni tapi paling seronok bila cuti semester bermula. Lebih-lebih lagi, aku dah mula dengan latihan praktikal dan mula merasai pengalaman seorang yang bergelar pekerja. Uish, tak sabar rasanya.

Selesai menjawab kertas peperiksaan terakhir petang semalam, aku terus balik ke rumah keluarga. Mestilah sebab rindu sangat dekat ayah dan abang-abang aku yang sengal tu tau. Sebab tu lah aku tak menyempat nak tunggu jumaat untuk balik. Bukan apa, sebab dalam masa 3 hari lagi lagi along akan jadi tunangan orang. Itu tandanya, aku akan dapat kakak ipar tak lama lagi. Seronok nya! Huhu. Ada lah nanti teman untuk buat berborak. Tiba-tiba aku baru teringat sesuatu.

"Angah, pernah dengar Ace Global Holdings tak?", soalku pada abang ngah yang tengah khusyuk menghadap laptop di ruang tamu. Aku pula makan keropok Pringles Keju. Mata melihat rancangan bersiri Dear My Friends yang dibintangi oleh pelakon lelaki yang aku minati Zo In Sung. Gila tak tengok boyfriend aku berlakon dalam cerita tu.

"Syarikat besar tu, kenapa adik tanya?" soal angah kembali. Aku pula seakan-akan mencari idea. Menggaru kepala yang tidak gatal. Datanglah idea! Terus terang je lah!

"Hmm... cerita dia macam ni, habis cuti semester ni adik kena buat latihan praktikal, jadi adik ada mohon untuk jalani praktikal di syarikat tu. Pensyarah adik yang cadangkan dan dialah yang tolong hantar resume adik ke sana." Tu je jawapan aku bagi kat angah. Angah pulak respons dengan buat mulut yang seakan menyebut “O” tu je.

"Rasa-rasa dapat ke tak? andai kata tak dapat, adik ada mohon kat syarikat yang lain tak?" soal angah lagi.

"Angah pulak rasa macam mana?" soalan ku jawab dengan soalan semula. Berubah muka angah sebab bengang.

"Eh, budak ni, angah ni bukan ahli nujum nak main rasa-rasa dan bagi ramalan." marah abang ngah. Mesti sebab aku kacau masa dia sedang sibuk dengan kerja dia di laptop.

"Haha, sengal angah ni. Alhamdulillah, dapat angah. Kesian kan adik, ngah. Cita-cita besar sangat nak apply intern dekat company besar rupanya tapi nasib baik dapat. Nak apply dekat tempat kerja abang sendiri, orang tu tak kasi. Ish, memang kesian kan ngah?" kataku sengaja menyindir. Ayat terakhir tu memang aku reka untuk sentapkan abang ngah. Haha. Terdiam dia.

"Ek elehh...mengade," kat abang ngah menjeling. Siap angah baling lagi kusyen dekat aku. Aku gelak je. Haha. Bukan apa angah tak nak aku apply kat company dia kerja, tapi dia cakap nanti orang kata dia bias. Maklumlah, setiap pelatik praktikal yang mohon di syarikat angah kerja, selalunya angah yang jadi supervisor. So, dia tak nak la nanti kalau aku mohon kerja kat sana, dia yang menilai aku.

"Angah, adik," tegur ayah yang tiba-tiba datang dari arah dapur. "Jom ikut abah ambik along, lepas tu boleh kita keluar pergi makan ke. Abah tahu, along mesti lapar lepas landing." ajak ayah.

"Makan? Bunyi je dah tahu memang best. Haha. Nakkk…adik nak ikut! Angah jom lah," ajakku pada angah, bukan setakat ajak je, dengan tangan-tangan dia sekali aku tarik.
Setengah jam kemudian kami telah sampai ke lapangan terbang. Jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam. Sepatutnya along dah mendarat pun. Kami menunggu di pintu ketibaan. Sejuk sangat lapangan terbang ni buat aku tak tahan pula. Akhirnya aku berlalu mencari tandas. Lepas je selesai urusan aku terus ke arah pintu ketibaan. Ada isyarat whatsapp masuk. Aku terus capai phone.

Duppp!! "Oh gajah lalu!" Irdina melatah.

"Oh shit!' kedengaran satu suara menyumpah.

Adoi! Gajah mana pulak yang langgar aku ni, pandai menyumpah pulak tu. Oh, berapa skala ritcher gegaran ni sampai-sampai aku boleh jatuh terduduk dekat lantai KLIA nih. Aku angkat muka, kelihatan seorang lagi mangsa gegaran pun jatuh terduduk. Eh, mangsa ni ke yang menyumpah tadi tu? Perlahan-lahan aku angkat untuk berdiri begitu jugak dengan mangsa tadi.

"Kau ni jalan guna hidung ke guna kepala lutut?" soal mangsa tadi yang merupakan seorang lelaki. Berpenampilan sangat lawak bagi aku. Iyelah, malam-malam macam ni pun still nak guna cermin mata hitam ke cik abang oi? Dah tu pakai cap pulak. Ahah. No wonder lah jalan tak nampak. Ada hati nak salahkan aku. Ini Irdina lah. Salah orang la brader kalau nak cari pasal.

"Excuse me? Awak yang langgar saya tau," bidasku dengan yakin. Huh. Nasib baik tak jatuh berkecai telefon aku. kalau tak, memang aku claim iPhone 6s dengan mamat nih. Aku tayang muka tak puas hati.

"Ah...whatever!" dengus si mamat lawak. Cermin mata gelap jenama Ray Ban di buka dan matanya memandang jam di tangan kirinya. Sempat Irdina cuba untuk melihat wajah si mamat lawak tetapi tidak lama.

"Oh, damn! 10 minutes left." Sambung nya lagi. Terus laju kakinya meninggalkan aku. Hish, apasal mulut mamat tu tak reti nak sebut perkataan yang elok-elok. Masuk ni dah dua kali aku dengar dia menyumpah. Aku sumpah dia jadi gajah baru tahu!

Sikit pun tak hirau dengan aku yang dah jatuh terduduk tadi. Nak dengar ucapan maaf dari dia? Huh, memang tak kalau dah tengok gaya dia yang poyo macam tu. Harap muka je handsome macam tu tapi? Eh, tapi macam pernah nampak je. Tapi kat mana ek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience