Bab 6

Humor Series 12541

BAB 6

"Assalamualaikum. Esham!" tegur seorang wanita yang agak sebaya terhadap Esham di meja makan.

"Hoi! Waalaikumsalam lah gile," aku boleh melatah pula terkejut. Esham terus merenung tajam tanda marah. Alah, bukan aku sengaja pun.

"Waalaikummussalam. Eh, Sasha! You buat ape kat sini. Come join us," balas Esham pula mempelawa wanita itu duduk makan bersama kami.

Dah ni restauran memang sah-sahlah orang datang sini sebab nak makan Esham oii… Irdina dan Ain yang melihat adegan itu terus berpandangan antara satu sama lain. Kantoi dengan awek lah tu, teka Irdina.

"Oh, yeke. Tak pe. Sasha baru je habis makan dengan adik. Lama Sasha tak nampak Esham, so Esham memang cuti habis-habisan kali ni. Cuti ni Esham buat apa je?" ujar wanita yang bernama Sasha, matanya pula melirik ke arah Encik Dnaiel, Irdina dan Ain seakan bertanya dengan Esham ‘siapa mereka ni?’. Eh kejap, dia cakap pasal cuti? Hmm pelik.

"Yup. Esham dah start kerja and these two young lady and handsome man here is my colleagues." Lantas Sasha menghulurkan salam untuk bersalam dengan Irdina dan Ain. ‘Nampak macam baik je Sasha ni, lemah lembut pula tu. Harap-harap baik, bukan macam Esham tu’ teka Irdina.

"Salam perkenalan, saya Sasha”, ujar Sasha kepada Irdina dan Ain sambil bersalaman. Irdina dan Ain juga turut memperkenalkan diri mereka. Setelah itu, seorang budak lelaki menghampiri Sasha. Nampak seperti adiknya yang baru diperkatakannya sebentar tadi. Budak itu berpaut pada lengan Sasha dan seperti mahu bermanja. Sasha hanya membiarkan saja perlakuan budak itu sambil tersenyum.

"Sasha balik dululah ya. Oh, lupa. Sebelum tu, Esham balik sana bila?" soal Sasha selepas melangkah selangkah tetapi kembali semula.

"Oh, I dont know yet. Esham pun belum decide lagi. Sasha dah decide nak balik bila ke?" soal Esham pula. Sampai terangkat-angkat keningnya sambil bertanya.

"Hmm...not yet too, but I’ll fly a week earlier sebab nak settle something. Okay lah Esham, Sya balik dulu ya. Adik I dah tarik-tarik tangan nak suruh balik ni. Jumpa kat sana nanti ye. Nice to meet you all. Assalamualaikum..." Ujar Sasha dan kemudiannya berlalu keluar dari restauran. Fuhh! Nasib baik Sasha cepat balik, kalau tak, entah apa lagi soalan yang dia nak tanya. Mahunya nanti terkantoi dengan dua orang kat depan aku nih. Kalau Daniel senang je aku nak handle. Peluh di dahi Esham sapu kan dengan tisu. Baru je nak makan dengan aman, datang pulak dugaan kecik.

"Lawa awek tu. Awek kau eh?"

"Mana ade lah. She is just my classmate. Fyi, dia tu single. Kau berminat ke?" jawab Esham terhadap soalan Encik Daniel. Mereka berdua dah gelak besar. Entah apa yang difikirkan oleh dua lelaki ini.

“Berminat lah jugak based on first impression.” balas Encik Daniel.

“Okay set. Nanti aku tolong adjust untuk kau." jawab Esham. Pandangan mata mereka masih bertaut. Lama seperti ada rancangan jahat dalam kepala mereka. Amboi, diorang ni sesenang macam tu je nak adjust tackle perempuan. Nasib baik muka boleh tahan hansdsome. Lelaki kan, biasalah ego diorang ni tinggi. Nak dapatkan something tu, memang diorang akan usaha sampai dapat.

“Tadi dia tanya pasal cuti. So, kali ni cuti kau sampai bila pulak? Lama tak?" soal Encik Daniel.

Apesal lah Daniel tanya pasal ni pulak time macam ni di depan Irdina dan Ain pulak tu. Ape aku nak jawab eh. Ahah.

“Kalau aku sakit, aku cuti lah. Mintak MC. Senang je. Ehe." jawab Esham selamba. Kelentong sambil Esham bagi signal dengan menyepak kaki Daniel. Nasib baik Irdina dan Ain tak perasan. Daniel pula buat-buat angguk dengar jawapan Esham. Entah faham ke tidak maksud Esham buat macam tu tadi padanya. Bukan Esham tak perasan mata dia tu macam nak telan. Haha. Peduli ape, asalkan rahsia tak pecah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience