Bab 8

Humor Series 12541

BAB 8

Yeay. Tinggal empat hari je lagi nak tamatkan latihan praktikal. Bestnya! Tak sabar rasanya nak nak masuk kuliah balik. Tapi sedih pun ada bila fikir balik nak tinggalkan AGH ni. Banyak pahit manis, suka dan duka aku kat sini.

"Selamat pagi. Oh ye Irdina. Esham kirim salam kat awak. Dia suruh saya belanja awak ais krim cornetto. Pelik saya." Ujar Encik Daniel yang baru sampai pejabat. Tapi sempat singgah ke meja aku sebelum berlalu ke bilik dia.

"Waalaikummussalam. Err...hmm... encik ada jumpa dia ke? Dah lama dah saya tak nampak Esham," aku cuba untuk tukar topik.

"Esham dah berhenti. Sebab tu awak tak nampak dia lagi," terangkat dua-dua bahu dia sambil tayang muka comel. Lain macam aku tengok. Dah tak betul kot Encik Daniel ni. Eh kejap. Dia cakap ape tadi? Berhenti eh?

"Encik cakap berhenti ke tadi? Kenapa ye?” soal ku kehairanan.

"Tanya dia sendiri. Haha. Okay lah, saya nak masuk bilik.” Encik Daniel pergi macam tu je lepas jawab soalan aku yang tak berapa nak menjawab. Geram pulak hati aku. Tapi hidup aku aman damai sejak Esham tak ada lagi di AGH. Aku gelak jahat. Hihi.

Masa lunch break, Encik Daniel ajak aku dan Ain makan tengah hari sama. Nak belanja sebab ini merupakan minggu terakhir kami di sini. Kak Hani pun sertai sekali tapi yang sorang ni buat aku terkejut. Dia pun join kiteorang jugak tau. Siapa lah tak terkejut kalau bos besar pun turun makan. Ya, boss besar yang aku maksudkan adalah Datuk Jalal Khan!

"So ladies how was your practical? Seronok ke tak?", kata Datuk Saif Edruce membuka bicara ketika kami menjamu selera pada tengahari tersebut. Nampak macam dah biasa berbual dengan kami je, tapi tak pun sebenarnya.

"Alhamdulillah, it was great, datuk. Even staff lain pun layan kami dengan baik.” Aku menjawab. Aku betul-betul maksudkannya tau dan bukan nak bodek. Senyuman manis aku bagi.

"Betul tu datuk. Encik Daniel dan Kak Hani yang banyak bagi tunjuk ajar. Macam-macam yang kami belajar." Kata Ain pula. Memang kawan dunia akhirat Ain ni.

"Eh, takdelah. Lagipun Ain dengan Irdina memang senang nak adapt. Bagi je apa-apa, korang dapat uruskan dengan baik. Progress diorang berdua ni pun bagus Pak Long.” Kali ni, Encik Daniel pula yang puji.

"Baguslah kalau macam tu. Nanti senang lah nak kerja kan?”, Datuk Jalal ni tanya aku ke tanya Ain. Tapi mata dia pandang dua-dua dan kemudian memandang Encik Daniel.

"Insya’Allah tapi lama lagi tu datuk. Kami masih ada setahun lagi pengajian. Dapat praktikal kat sini pun dah bersyukur sangat," puji aku pula kepada syarikat datuk ini.

"Kalau macam tu, did both of you would like to work there after finishing your study?” soal Datuk Jalal sambil tersenyum memberi harapan.

Erk! Nasib baik tak tersembur air epal ni. Kalau tak, basah dah orang depan ku. Lamaran kerja kah itu? Memanglah aku nak. Ain di sebelah ku pandang. Tersengih dia. Dia pandang aku, aku pandang dia balik. Speechless! Tu je yang dapat aku nak bagitahu. Aku mula mengalihkan pandangan memandang depan.

"Sebenarnya saya dan Daniel dah pun berbincang. Kami nak ambil kamu berdua kerja di sini selepas dah habis belajar. Prestasi kamu berdua sangat baik sepanjang praktikal. Sebab tu la, saya nak tawarkan pekerjaan kamu berdua.”

"Er...betul ke ni? Alhamdulillah. Terima kasih tapi kami tak dapat nak janji. Nak kena tengok keadaan dulu. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan, kami akan terima.” kata Ain. Tak baik tolak rezeki. Rugi.

"Saya harap kamu berdua tak tolak tawaran pak long tu. Bukan senang tau pak long nak ambik pekerja. Nanti, dah habis study, jangan lupa tau kembali ke sini. Bawa resume dan apa yang patut, nanti saya uruskan," jelas Encik Daniel tentang cara-cara untuk mendapatkan kerja di Ace Global Holding.

Saat melangkah keluar nak meninggalkan pejabat Ace Global pada hari terakhir, aku rasakan sangat berat. Tapi dalam pada masa yang sama, aku happy sangat! Sebabnya, tahun depan aku datang balik kat sini jika tak ada halangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience