Bab 4

Humor Series 12541

BAB 4

Semenjak abang long dah bertunang, aku selalu keluar jalan-jalan dengan tunang dia. Nama tunang abang long Nasuha, tapi aku panggil kak Su je. Apalagi sedang cuti semester, aku ambil peluang untuk berjalan-jalan. Lagipun, Kak Su ni bekerja sebagai seorang pensyarah. So, musim cuti macam ni lah dia ada ruang sikit untuk keluar jalan-jalan dan aku pun ikut jugak. Habis cuti ni nanti aku pula dah nak mula praktikal.

"Next week Irdina dah start praktikal kan?" soal Kak Su. Air horlick yang aku minum aku tolak ke tepi.

"Yup. Minggu depan. Ala...tak terasa la pulak cuti ni dah nak habis. Sedihnya." Aku sambung minum air Horlick tadi. Buat muka sedih dan tak puas hati.

"Amboi, tak puas cuti ya? Nanti Irdina kena biasakan diri kurang bercuti. Maksud akak, masa praktikal nanti susah nak dapat cuti. Silap-silap haribulan, hari minggu pun kena turun bekerja." Aku pula mengangguk dengar kata-kata Kak Su. Alahai, dah memang macam orang dah berkerjaya aku nanti kalau hujung minggu pun dah kena kacau pergi pejabat untuk buat kerja.

"Praktikal di syarikat mane?" tanya Kak su lagi. Air Horlick yang berkumpul dalam mulut aku telan sebelum jawab soalan Kak Su.

"Hmm...Ace Global Holding.” Aku teguk lagi air minuman itu.

"Ooo...AGH". kata Kak su lagi.

"Yup. Eh, akak tau eh syarikat tu?" Kak Su senyum je dengar soalan aku tapi tak pulak dia jawab apa-apa.

+++++++++++++++++++++++

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hari pertama menjalani latihan praktikal di Ace Global Emperial Shah Holding!

"Boleh kenalkan diri. Yang mana satu Irdina dan yang mana satu Ain?" soal seorang staf yang menguruskan kehadiran kami untuk latihan praktikal di pejabat itu. Nampak macam pangkat besar je. Bilik besar, mewah nak mampus.Pakaian pula memang smart bergaya.

Muka? Huh, tak payah cakap. Muka dia tu, lagi la hensem. Hitam manis, badan boleh tahan tinggi, sasa pulak tu. Senyum? Tak payah cakap. Dia tak bukak mulut lagi aku dah dok berangan ni. Tapi, bukan ciri-ciri yang aku minat. Hehe.

"Saya Irdina. Panggil Dina pun boleh," ujarku dan senyuman manis aku bagi dia.

"Saya Ain Maisarah. Boleh panggil Ain," kata Ain dengan yakin memperkenalkan diri. Senyuman dia bagi, kalah yang aku bagi tadi tau.

"Baiklah. Nice to know both of you. Let me introduce myself. My name is Daniel and I’m a junior civil engineer of Ace Global Holding. Junior lagi sebab baru setahun lebih kerja kat sini. Saya pun tak tahu kenapa admin nak saya yang handle awak berdua walhal I’m still new here. But its okay, if there is any problems, let me know then. Just tanya je kalau ada apa-apa yang awak berdua nak tahu fasal kerja, saya ni bukanlah garang sangat sampai nak makan orang. And a young lady here is Miss Hani as my secretary. So now, saya dan Hani akan bawa awak berdua to figure out this company and your task. Shall we?" ajak Encik Daniel.

Aku, Ain dan Cik Hani pun mengekori langkah Encik Daniel untuk melihat sekitar pejabat di sini. Hari pertama aku dan Ain hanya diberikan tugas untuk melihat beberapa kertas kerja. Banyak jugak tender yang company ni ambil. Kos untuk tender yang di ambil pun bukannya sikit, semuanya berpuluh juta. Patutlah company maju. Cik Hani dan Encik Daniel pula memang baik, tak sombong pun. Cik Hani sendiri yang nak aku dan Ain panggil dia Kak Hani. Tak nak formal sangat katanya.

"Ain, Irdina, kalau korang nak buat air ke, guna je pantry kat belakang sana ye. Semua ada kat situ cuma tinggal nak bancuh je. Jangan malu-malu ok." ujar Kak Hanikepada aku dan Ain. Kami sambut dengan senyuman manis sebab tak payah susah-susah keluar duit beli air kalau dahaga. Sengal!

"Baik Kak. Kak Hani nak ke pantry ke tu?" soal Ain.

"Ha’ah. Nak ikut? akak dahaga lah, lagipun sekarang ni dah waktu rehat. Jomla ikut sekali. Boleh borak-borak kat sana." Ajak kak Hani.

Kepala aku terus angkat bila dengar kak Hani sebut ‘borak-borak’. Aku ni dah tak sabar nak berborak dan luahkan perasaan. Meja kami bersebelahan tapi ada pembahagi transparent so aku boleh nampak apa yang Maira buat dan dia boleh nampak apa yang aku buat. Hehe.

"Oh, okey. Kak Hani pergi dulu nanti kitaorang datang." Kali ini aku pula yang berkata. Kak Hani berlalu pergi menghadiahkan senyuman. Lantas aku dan Ain mengemas apa yang patut kat atas meja dan berlalu pergi ke pantry. Rancak kami berbual. Macam-macam topik yang kami bualkan. Antaranya adalah tentang pemilik syarikat nih.

"Akak, Dina nak tanya. Syarikat ni franchise dekat Malaysia ke atau memang owner dia orang Malaysia?". Tergelak Kak Jue dengar soalan aku. Er, lawak ke soalan yang aku tanya tadi.

"Eh takde lah dik. Company ni, Dato’ Jalal Khan yang punya. Memang owner dia 100% orang Malaysia. Dia ada jugak bukak franchise AGH di Dubai and Ne Zealand. Kalau Dina dan Ain nak tahu, Encik Daniel tu anak saudara Dato’ Jalal. Perasan tak nama Encik Daniel tu Daniel Khan?" soal Kak Hani. Aku dan Ain pun terdiam dan mengangguk. Baru perasan, masa Encik Syaqir perkenalkan diri tadi, aku nampak plaque atas meja dia tulis ‘civil engineer Mr. Md. Daniel Khan’. No wonder lah muda-muda lagi dah jadi engineer kat AGH ni.

"Tapi family dia je yang masih stick dengan nama Khan." kata Kak Hani sambil mengacau milo dalam mugnya.

"Maksud Kak Hani?" soal Ain. "Hmm...takde ape lah. Tak penting pun semua tu. Jomlah balik ke meja. Masa rehat dah nak habis ni," Dalih Kak Jue. Haa, ni aku nak kenalkan, spesies yang suka cakap tak habis. Dah bagi mukadimah, potong macam tu je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience