Bab 7

Humor Series 12541

BAB 7

Diam tak diam, dah dua bulan aku praktikal di AGH. Macam-macam perkara dan hal yang aku lalui. Aku dan Esham masih lagi berperang. Mood kami memang tak baik kalau berjumpa. Mana taknya... Ada je akal dia nak kenakan aku. Kalau yang biasa-biasa je aku tak kisah tapi hal ni melibatkan tuan empunya AGH ni.

"Assalamualaikum. Datuk nak jumpa saya ke?", soal ku kepada Datuk Jalal setelah masuk ke pejabatnya. Kelihatan Datin dan Encik Daniel pun turut berada di situ. Wajah Datuk Jalal pula blur dan seakan terkejut mendengar soalanku.

"Waalaikummussalam. Er, takde lah pulak. Kenapa ye? Awak siapa?"soal Datuk Jalal. Hah, pulak dah! Irdina ternganga mendengar respon Datuk Jalal itu. Hish... malunya muka. Tak tahu nak letak kat mana menyorok! Mamat Esham ni memang nak kena dengan aku agaknya. Ya Allah, malunya aku sekarang ni. Dah lah Encik Daniel dan Datin pun ada sekali.

Jari-jemari ku genggam erat. Muka pulak aku rasa dan mendidih panas, malu. Telinga pulak terasa asap nak keluar tapi tersumbat akibat tudungku. Tapi aku tetap bersabar. Kenapa aku rasa panas pulak ni? Wajah Encik Daniel ku lihat. Dia seakan teringat sesuatu. Ah!!! Menyampahnya dengan mamat tu.

"Haa...ni mesti Esham punya kerja kan?", soal Encik Daniel kepadaku. Aku hanya mengangguk, dah tak tahu nak bagi reaksi apa lagi sebabnya hati tengah panas. Encik Daniel tergelak kecil setelah aku mengangguk.

"Hmm...dah agak dah. Pak Long, Mak long ni lah Irdina yang Daniel ceritakan tu. Esham tu suka sangat menyakat Irdina ni. Tak tahulah kenapa. Kan Irdina?" jelas Encik Daniel lagi dan aku mengangguk lagi.

Datuk dengan Datin pulak seakan memberikan reaksi ‘Ohh’ sebab mulut diorang muncung bulat dan lepas tu melepaskan senyuman kearahku. Apa ni, diorang mengumpat aku sebelum ni rupanya. Ish. Tak boleh jadi macam ni.

"Cantik orangnya, sesuai sangat lah tu kan bang?" kata Datin pula yang menyoal Datuk. Datuk hanya senyum dan angguk mendengar pernyataan dari Datin. Baru je datin nak meneruskan kata-kata tiba-tiba pintu di ketuk oleh seseorang dari arah luar. Dan kemudiannya ‘seseorang’ itu telah masuk sambil berdiri di sebelah aku. Senyuman diberikan kepada kami di situ. Di sebabkan ‘seseorang’ yang berdiri sebelah aku nilah yang menyebabkan aku berdiri kat sini. Ish, makin panas pulak hati aku. Jelingan mautlah aku bagi.

"Hah, Esham. Panjang umur kau. Ni apa cerita?" soal Encik Daniel yang dari tadi tersenyum-senyum. Kalau nak gelak tu, gelak je lah. Buruk tahu tak kalau muka tu tahan gelak di cover dengan senyum.

"Eh hai! Irdina pun ada kat sini? Haa, Datuk ni surat yang Datuk nak tadi tu, saya bawakan.” Ujar Esham kepada Datuk sambil menyerah kan satu sampul surat. Boleh pulak dia tanyak aku kenapa aku ada kat sini? Eh mamat suku, kalau bukan kerana kau yang cakap Datuk nak jumpa aku, tak ada nya aku ada kat sini tahu tak. Ee, geramnya. Nasib baik tak terluah.

"Ha, kamu ni Esham. Yang kamu pandai-pandai suruh Irdina ni masuk sini datang jumpa..."

"Eh, Datuk! hmm...memang salah saya Datuk. Ingatkan dia takkan betul-betul datang sini. Tak sangka pulak betul-betul dia datang. Er, Irdina saya mintak maaf ye. I’m so sorry,” kata Esham kepada naylie sambil tangannya membuat gaya memohon maaf kepada Naylie.

Boleh pulak dia kata aku takkan datang sini. Tu nak cari nahas kalau bos besar panggil tapi tak datang. Ish, menyampahnya aku dengan mamat suku nih. Aku bagi senyuman yang tak berapa nak ikhlas kepada Esham. Aku bagi muka sebab ada Encik Daniel, Datuk dan Datin kat depan ni. Kalau tak, memang sembah bumi dah kot mamat suku ni aku kerjakan.

"Hmm... kalau macam tu, saya keluar dulu lah Datuk, Datin dan Encik Daniel. Maaf sebab menganggu." Aku beredar segera. Dah rasa macam masuk bilik cikgu disiplin. Yelah, terpaksa senyap je dan dengar apa yang cikgu nak bebelkan. Mereka semua mengangguk dan sebelum aku keluar, aku bersalaman dengan datin. Datin pulak siap usap kepala aku bagai. Walhal kami baru je kenal tapi dia buat aku rasa macam dah lama je kenal dengan dia. Nampak macam datin ni baik orangnya. Sempat lagi dia cakap “Kalau ada jodoh, nanti kita jumpa lagi ye. Boleh saya nak kenal lagi dengan awak”. Aku pulak jawab “Boleh, Insya’Allah Datin.” Senyuman aku berikan. Kemudian aku meninggalkan bilik pejabat Datuk Jalal.

Semenjak dari peristiwa itu, aku memang tak nak jumpa Esham langsung. Sakit hati ni masih lagi membara tahu tak. Siapa yang tak sakit hati kalau dah ditipu dah tu malu pulak dekat depan bos besar sendiri. Ain pun dah perasan perubahan aku pada Esham. Tapi, yang aku perasan, aku dah takde jumpa lagi dah kelibat Esham dekat AGH. Takkan gara-gara hal hari tu dia kena pecat kot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience