Bab 5

Humor Series 12541

BAB 5

"Hey, kau sape?" soal mamat yang tiba-tiba datang kacau aku dekat mesin fotostate ni. Dah la banyak aku nak kena fotostat.

"Saya ke?" soal aku pula dengan muka blur. Walhal memang sah-sah aku sorang je kat sini. Aku pandang je muka mamat tu. Eh, macam pernah nampak je muka dia ni.

"Hello???" Dia soal lagi siap melambai-lambai tangan kat depan muka aku. Macam aku ni tengah tidur pula. Dah tu, hello yang bernada sindir.

"Oh, sorry. Er... saya Irdina, budak praktikal baru dekat sini under Encik Daniel." Jawab aku tergagap-gagap. Pandangan mata dia tu macam aku kenal je. Lepas tu aku tengok respons dia. Huh, berlagak.

"Aku rasa aku macam pernah jumpa kau sebelum ni. Kau rasa sama tak dengan apa yang aku rasa?" soalnya sambil berkerut kot dahi dia sebab cuba nak ingat semula. Aku pulak angguk. Automatik angguk okay. Aku pulak yang berkerut dahi. Mana pula dia nampak aku ni? Bisik aku dalam hati.

"Okay. Aku dah ingat. Whatever it is, you owe me something! Remember that, okay bye." ucap mamat tu dan dia terus pergi. Aku pulak masih terpinga-pinga nak ingat balik mana aku pernah jumpa dia tu. Hmm... gulp!

Game over!

Aku dah ingat dah. Dia tu mamat kacak macam Zayn Malik yang aku pernah bagi dada dia 'makan' aiskrim Ain dulu. Alamak... takkan dia kerja kat sini kot. Matilah aku. Dah lah dia siap bagi warning lagi ‘you owe me something!’. Eee... seram pulak aku. Mesti dia nak balas balik sebab kes magnum hari tu. Arghhh... kenapalah aku perlu berjumpa balik dengan mamat tu. Abis riwayat hidup aku dekat Ace Global Holding nih.

Setelah beberapa mesyuarat yang telah aku hadiri sepanjang sebulan di AGH ni, baru lah aku tahu mamat kacak Zayn Malik tu siapa. Dia adalah salah seorang arkitek di AGH. Pejabat dia beza satu tingkat je dari department aku. sebab itu jugak jarang-jarang tengok dia. Nama dia Esham. Itu je info yang aku dapat hasil daripada risikan aku melalui Kak Hana.

Setiap kali kalau aku terserempak dengan dia, mesti kepala aku automatik tunduk. Malu lah sebab aku yang cari fasal dulu. Dia pula apa lagi, seakan nak membahan aku tapi macam terpaksa tahan je sebab selalunya aku dengan Kak Hani. Dia pulak selalu keluar dengan Encik Daniel, kawan baik Encik Daniel kot. Sampai satu hari tu, kami semua boleh pula terkeluar lunch sama-sama. Di ulangi lagi, terkeluar okay.

"Siapa nak makan tengah hari free? Jom ikut saya." Pelawa Encik Daniel pada aku, Ain dan Kak Hani. Aku dan Ain terus saling pandang-memandang satu sama lain. Maklum lah, kami berdua ni memang ada penyakit. Penyakit suka terlebih apabila dengar perkataan free. Aku dan Ain automatik angguk nak ikut makan tengah hari percuma. Haha. Kak Hani pula tak ikut sebab dia dah janji nak lunch date dengan tunang dia.

Ketika kami semua nak turun lift pergi makan tengah hari tu boleh pula sekali dengan Esham. Encik Daniel pun apa lagi. Memang jelas dan nyatalah dia akan ajak kawan baik dia tu makan tengah hari sekali. Masa tu jugalah, aku dah agak yang makan tengah hari aku hari ini memang tak akan aman. Nak tarik diri macam dah tak boleh. apa pula kata Encik Daniel kata nantii. Kalau aku tarik diri, Ain pun mesti tarik diri juga. Jadi aku 'checkmate'. Redha je la.

Dah duduk di restoran, aku pun order Teriyaki Chicken Meal dan Warm Chocolate Oasis as a desert. Itu memang favourite meal aku kalau makan dekat Kenny Rogers. My next mission is to eat my ice-cream which is warm chocolate oasis. Nyum Nyum

"Hmm... she’s always with an ice-cream. Nothing more or less than an ice-cream." Tiba-tiba Esham bersuara. Nasib baik tak terpelanting sudu ais krim aku ni. Bunyi nada suara dia rendah je tapi aku dapat tangkap dengan jelas apa yang dia cakap. Dah mula dah dia nak bahan aku.

"Saya ke?" soal ku. Hish. Macam dejavu pula aku rasa. Dulu aku pun pernah soal soalan yang sama dekat dalam lift.

"It's look like both of you already know each other. Is it?” Encik Daniel pula yang memecah kesunyian di antara kami. Caffe latte milikinya di minum sambil menunggu jawapan.

“No!”, serentak aku dan Esham jawab ‘No’. Tak nak aku Esham bocorkan rahsia dalam lift tu. Esham pun sama. Encik Daniel pandang Esham dan kemudian pandang aku. Ainpula memang dari tadi menyiku aku. Haish, ape masalah ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience