Bab 1

Humor Series 12541

Tajuk: Cinta Si Minah Latah
Penulis: Missy A

BAB 1

"Opocot mak kau kaya!" Aku melatah apabila Ain mencuit pinggang aku dari belakang. Ain dah tutup mulut kerana menahan ketawa. Dahlah memang minah latah, mujur keluar yang baik-baik je dari mulut ni.

"Aku nak singgah kedai jap. Beli ais krim. Kau nak ikut tak?" tanya Ain tiba-tiba ketika melangkah ke lift untuk balik ke rumah.

"Ni mesti kes kau terpengaruh tengok iklan ais krim dalam LRT tadi kan?" soal aku pula menebak dengan memberikan jelingan. Ain dah tersenyum sampai ke telinga sebab dia ingat comel buat macam tu.

"Iyelah Dina. Aku terliur tengok ais krim tu gebu, sejuk, warna pastel, macam sedap je macam sedap je," kata Ain sambil mengajuk. Aku hanya menjulingkan mata ke atas tapi dalam hati mahu juga beli ais krim. Hari panas begini, memang sedap sangat kalau dapat makan ais krim. Jadi kami berdua membeli ais krim Cornetto sama-sama.

"Irdina, aku tak tahanlah. Kau naiklah dulu, nanti aku datang. Aku rasa urusan aku ni dah tak dapat nak ditahan lagi," ujar Ain dengan tangannya memegang perut. Pembalut ais krim sudah dikoyaknya pula.

"Wei, patut lah dari tadi lagi aku ada hidu bau kentut. Kau rupanya," Aku gelakkan Ain. Papp!! Tangan Ain menampar lengan gebu aku. Pedih...

"Suka hati kau je. Aku kalau kentut, awal-awal aku dah lari tau. Nah, pegang ais krim aku ni. Kalau dah cair sangat, kau makan je sampai habis. Ingat, jangan buang," kata Ain lagi sambil beransur perlahan berjalan mencari tandas.

"Kau ni Ain, kenapa buka kalau dah tahu nak membuang! Aku rasa, belum sampai tingkat sepuluh lagi aiskrim kau ni dah cair dalam lift," kataku tapi tangan tetap mengambil aiskrim yang disuakan.

"Dah tu, takkan kau nak aku bawak masuk tandas?" perli Ain.

"Baiklah... Tapi aku tak janji yang aiskrim ni masih wujud ke tidak bila kau dah sampai rumah nanti tau." Aku memberi peringatan awal-awal kepada Ain.

“Ye aku redha dengan ape je kau nak buat dengan Cornetto tu.” Laju kaki Ain meninggalkan aku.

Ting! Lampu lift pun dah kelip-kelip.

Lift berbunyi tandanya pintu lift akan terbuka. Nampak gaya aku seorang sajalah dalam lift ni. Nak tekan butang tingkat 12 pun terkial-kial. Dua-dua belah tanagn pegang aiskrim!

"Tunggu....." kata seseorang dari luar tapi kelibatnya belum nampak. 'Ada pula yang nak naik juga?' Bisik aku dalam hati. Kelam kabut aku tekan butang open. 'Oh, mamat ni rupanya nak naik lift juga.' Desis aku seorang diri sambil perhati atas bawah sekali imbas. Termengah-mengah dia.

"Oh, terima kasih!" katanya tersengih dapat masuk lift dan menekan butang 13. Aku balas dengan senyum hambar je. Kami masing-masing diam. Krik krik krik.

"Stay kat sini?" tanyanya memecah kesunyian dalam lift sempit tu.

'Soalan tu untuk aku ke?' Aku angkat kening, macam tak percaya dia tanya aku soalan itu. Aku angkat muka, nak cari ada tak orang lain dalam ni lift ni yang patut jawab soalan tu. Oh, lupa pulak. Hanya aku dan pemberi soalan tu je yang dalam lift ni. "Saya ke?" soalku menambah bodoh. Soalan dibalas dengan soalan. Haish, memang dah sah-sah je berdua dengan dia dalam lift ni.

"Oh, ya...saya tinggal kat sini, tingkat 12 je." Segan pula aku dengan dia tu. Kacak dan pandangan mata dia macam tembus ke hati. Macam.... Zayn Malik!

"Excuse me?" soalnya lagi. Cis. Mulut aku ni laju pulak sebut nama Zayn Malik tu! Aku dah sengih je macam kerang busuk sambil geleng-geleng kepala. Tak terkeluar kata-kata dah. Malu punya fasal.

"Lama pulak nak sampai tingkat atas ni. Selalu cepat je," kataku perlahan dan mengalih pandangan ke pintu lift, dengan harapan cepat-cepatlah pintu tu terbuka.

"Apa dia?" tanyanya lagi.

"Err... tak ada apa-apa,"kataku lagi. Segan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience