Bab 9

Humor Series 12541

BAB 9

Macam tak sangka, aku kembali bekerja dengan Ace Global Holding. Sedang aku berangan di tapak pembinaan kerana mengikut Encik Daniel, tiba-tiba bunyi telefonnya berbunyi. Apa lagi, terkejutlah aku.

"Hey, telefon hikmat mak kau!" Bikin malu lagi. Encik Daniel menggeleng-geleng kpala sambil tertawa kecil menjawab panggilan.

"Waalaikumussalam... Aku dekat site ni dengan Irdina. Kau dah balik ke?" soal Encik Daniel. Harap-harap dia tak bergayut lama dengan telefon tu, dahla matahari tengah terik, bayang pun tak nampak sebab matahari dah dok tegak atas kepala.

"Hahah...InsyaAllah. Nanti aku sampaikan. Okay lah, nanti aku roger kau apa-apa yang perlu. Aku dah nak balik pejabat. Nanti kita catch up. I’ll hangout the phone," ujar Encik Daniel sambil menekan telefonnya mematikan panggilan.

"Cik Sasha telefon ke? Ke main lagi lebar senyum sampai ke telinga.” soalku. Padahal dah sah-sah tu bukan Cik Sasha yang dah pun selamat jadi tunangan Encik Daniel. Sebab dia guna kata ganti nama diri ‘kau’ dan ‘aku’. Mata dia masih lagi tertatap pada skrin phone sambil jarinya masih lagi ligat bergerak menekan phone. Tersengih-sengih.

"Taklah...Eh kejap. Yang call tadi bukan Sasha tapi yang mesej sekarang ni barulah dia. Hehe." Senyuman dia tu macam ada something yang tersirat je aku tengok.

"Okay, kita balik office. Dah selesai semua kan? Jom," ajak Encik Daniel. "Oh ya Irdina, E.S awak kirim salam," kata Encik Daniel lagi. Ada lagi nama tu muncul. Masa hari pertama aku masuk kerja haritu pun Encik Daniel ada sebut pasal nama tu kirim salam dekat aku. Siapa dia tu? Aku blur tak dapat nak tangkap.

“Wa’alaikummussalam...Tapi E.S tu sape? Dari hari tu lagi Encik Daniel cakap dia kirim salam tapi saya tak kenal pun siapa dia tu”. Jawab aku terus terang. Siap buat muka blur lagi.

“Adalah, someone! Someone that will appear soon , you just wait and see. so, kita makan dululah. Lagipun ni kan dah lunch hour. Okay tak?”, soalnya. Aku angguk je sebab memang dah lapar pun.

Balik dari kerja pada hari itu, Irdina terus merehatkan badan di sofa. Sebelum pukul 6 petang dia telah sampai ke rumah. "Anak ayah penat ya?" soal Encik Kamal sambil menghampiri Irdina di sofa. Kelihatan tangannya membawa segelas air. Irdina cuma mengangguk dan kemudiannya terus duduk dengan elok setelah melihat ayahnya membawa segelas air.

"Thanks ayah! Sayanggg ayah!”, di ambilnya gelas tersebut dan diletakkan di atas meja. Kemudian sebelah pipi abahnya menjadi mangsa ciumannya. Manja sangat! Selepas itu, baharulah dia mengambil semula gelas tersebut dan meminumnya.

"Minum tu elok-elok la dik. Tak senonoh tau anak dara minum macam tu, ayah tak ajar.” Irdina tersengih mendengar bebelan abahnya. "Adik nampak penat sangat ni kenapa?" tanya ayah pula.

"Tengahari tadi Encik Daniel bawak adik lawat tapak pembinaan. Panas gila. Hmm...abang ngah tak balik lagi ke?”, aku tanya soalan yang aku dah tahu jawapannya. Sebab tak tahu nak cakap apa lagi dengan ayah.

"Belum lagi lah sayang. Tak nampak ke kereta dia ada kat luar tu. Cakap pasal kereta, adik tak nak beli kereta ke? Dah 3 bulan kan adik kerja? Kalau adik nak beli, nanti ayah tolong." kata ayah selamba.

"Nak tu memang nak, tapi adik rasa tu bukan keperluan lagi buat sekarang ni. Lagipun, adik okay je guna kereta Waja tu walaupun ayah yang punya. Nanti, kalau income adik dah stabil, adik belilah. Ayah tak payah lah nak bagi share. Adik pun nak merasa dari keringat sendiri. Lagipun, adik kan dah besar. " kataku sambil kelip-kelip mata buat muka comel depan ayah. Ayah dah terlepas gelak tengok reaksi aku.

"Ni ha abah bagitahu Irdina, yang angah tak lama lagi nak kahwin.” Terbatuk aku dengar jawapan ayah.

"Angah dah ada calon ke?" soalku dan angah angguk di serta dengan senyuman yang aku rasa macam mengada-ngada lah pulak. “Siapa? Cantik tak? Kenapa tak bagitahu adik?"

Abah sekadar geleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience