BAB 12

Romance Completed 31679

” RUL, I nak ke ladies. You tolong tengokkan barang I tau.” jelas Reena lalu menolak kerusinya ke belakang. Gadis itu bangun dan menapak ke arah tandas yang terletak di bahagian belakang restoran.

Fazrul Uqasha memandang tanpa riak. Fikirannya masih memikirkan isterinya yang hilang entah ke mana. Sudah dua minggu gadis itu menyepi tanpa sebarang khabar berita.

Dan dia masih gagal menghubungi gadis itu. Semuanya atas silapnya sendiri, ego dan marah sehingga sanggup melukai hati isterinya yang tidak bersalah.

Bunyi deringan pendek mengejutkan dirinya yang sudah jauh termenung itu. Diperhati telefon bimbitnya. Bukan daripada miliknya deringan itu terhasil. Matanya terhala ke arah sebuah telefon bimbit yang terletak di atas meja itu.

Dengan berani tangannya mengambil telefon itu lantas disapu skrin untuk membuka kunci. Mujur tidak dipasang kata kunci.

1 Message Receive

Mata Fazrul Uqasha sempat memerhati sekeliling. Bimbang sekiranya perlakuannya itu terbongkar. Apabila tiada apa yang mencurigakan, dia terus menyentuh skrin telefon itu untuk membuka mesej yang diterima.

Membuntang matanya setelah membaca mesej yang diterima. Bukan itu sahaja bahkan dia sempat membaca mesej yang lain.

Fazrul Uqasha mengetap gigi menahan geram.

‘ Tak guna kau Reena. Betul cakap Nia pasal kau. Aku takkan biarkan kau hancurkan hidup aku dengan Nia. ‘ hatinya berbicara panas.

Apabila kelihatan kelibat gadis itu, telefon yang dipegang pantas diletak di tempat asal. Lelaki itu membuat wajah selamba. Dia berpura-pura bermain dengan telefonnya. Sempat lagi dia menaip sms ke nombor sahabatnya yang bekerja di pejabat polis.

” Nak balik?” soalnya ramah.

” Hmm jomlah. I pun penat ni.” Fazrul Uqasha bangun untuk membuat pembayaran di kaunter. Setelah selesai, keduanya melangkah keluar dari restoran ekslusif itu.

Sepanjang berada di dalam kereta, Fazrul Uqasha lebih banyak berbicara bagi mengelakkan gadis di sebelahnya itu mengesyaki apa-apa.

” Eh, kenapa ada polis kat rumah parents I ni?”“ Mungkin ada perompak nak masuk rumah ni kot.” tebak Fazrul Uqasha.

Walhal dia yang menyuruh sahabatnya tadi supaya datang ke rumah itu.

” Mummy, daddy, kenapa ni? Rumah masuk pencuri ke?” bergegas Reena keluar dari perut kereta dan menghampiri orang tuanya.

” Cik ni Shazreena Emeli?”

“ Ya saya. Kenapa ya?”

“ Maaf cik. Kami terpaksa menahan cik untuk siasatan. Kami mendapat maklumat bahawa cik dalang kepada kes langgar lari yang membabitkan seorang lelaki baru-baru ni.” Tanpa sempat Reena menjawab tangannya sudah digari oleh polis wanita.

Gadis itu meronta minta dilepaskan.

” Mummy, daddy, tolong Reena !” gadis itu menjerit minta tolong kepada orang tuanya.

” Rul, tolong I. Takkan You nak biarkan I masuk penjara.” Fazrul Uqasha tersenyum sinis.

” Aku tak perlu tolong orang yang nak bunuh aku. Hei Reena, kau dengar sini. Kita dah tak ada apa-apa. Rahsia kau dah terbongkar. Kau dah upah orang untuk langgar aku sebelum ni, lepas tu kau upah orang lagi untuk bunuh isteri aku. Kau ingat aku nak biarkan? Kau tahu, kaulah perempuan paling kejam yang aku pernah jumpa. Kau jangan berangan nak jadi bini aku. Kita dah tak ada apa-apa. Kau duduk dalam lokap tu. Balasan !” Fazrul Uqasha menjerkah.

kelihatan gadis itu menangis tersedu sambil mulut tidak berhenti memohon maaf. Namun ianya tidak dilayan.

” Auntie, uncle, saya minta maaf. Saya terpaksa buat macam ni demi keselamatan keluarga saya. Saya harap auntie dengan uncle faham. Kalau dia tak salah, dia akan dilepaskan. I’m sorry.” Fazrul Uqasha mengucapkan kata-kata maaf kepada dua orang insan tua yang berada hampir dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience