BAB 8

Romance Completed 31679

NIA QALISYA menatap lama seraut wajah tampan milik suaminya. Wajah itu tampak suram. Kepala berbalut. Kaki dan tangan turut berbalut.

Sepanjang tempoh suaminya berada di wad itu, hatinya tidak pernah tenang sehinggalah ke saat ini. Sudah masuk bulan ke dua, suaminya masih belum sedarkan diri.

Dan dia sebagai isteri tidak pernah berhenti berdoa akan kesihatan si suami. Hatinya mahu melihat Fazrul Uqasha sembuh seperti dahulu. Dia rindukan kehadiran lelaki itu.

Saban hari dia akan melakukan solat hajat diikuti bacaan Yassin.

Hanya Allah tempat dia berdoa akan keselamatan si suami. Dan saban hari dia akan setia berada di sisi suaminya. Bercakap seolah-olah lelaki itu dalam keadaan sedar.

” Awak, bila awak nak bangun? Lamanya awak tidur. Nia tak ada kawan. Nia rindu segala pasal awak. Awak jangan tinggalkan Nia. Nia masih perlukan awak dalam hidup Nia. Bangunlah. Sampai bila awak nak tidur macam ni?” Nia Qalisya berbicara bersama jasad suaminya yang masih terbaring di atas katil bercadar putih itu. Tangannya menggenggam lembut jemari si suami. Diusap-usap lembut tangan itu.

Matanya tidak lepas daripada merenung wajah Fazrul Uqasha. Bibirnya masih tersenyum. Hatinya redha menerima dugaan ini. Dia tidak mahu bersedih serta menyalahkan takdir.

Allah sudah merancang segalanya untuk dirinya. Dia hanya hamba. Dan hanya mampu mengikut setiap rentak kehidupan yang telah diatur itu. Perlahan kepalanya diletakkan di atas tapak tangan suaminya. Matanya terpejam rapat.

Gerakan kecil yang terhasil daripada tangan yang digenggamnya itu membuatkan Nia Qalisya kembali mengangkat wajahnya. Diperhati lama jemari yang digenggamnya itu. Jari itu seakan bergerak kecil. Lalu pandangan terhala ke arah mata si suami yang seakan ingin terbuka itu.

” Awak? Bangun wak. Nia ada kat sini. Bangun. Kuatkan semangat.

Nia ada di sisi awak. Please. Nia nak awak sedar.” Nia Qalisya berbisik lembut di tepi telinga suaminya. Dia amat berharap suaminya akan sedar. Daripada tanda-tanda yang ditunjukkan dia pasti lelaki itu akan sedar dalam masa yang terdekat.

Alhamdulillah. Doa dan harapannya dimakbulkan. Tidak lama kemudian Fazrul Uqasha mula membuka mata. Lelaki itu terkebil-kebil memandang keadaan sekeliling.

” Alhamdulillah.” ucap Nia Qalisya lembut. Dia tidak menyangka doanya diterima Allah. Kerana berpandukan ramalan doktor yang merawat suaminya, dia diberitahu bahawa peluang untuk suaminya sedar amat tipis. Apalagi sudah masuk dua bulan lelaki itu tidak menyedarkan diri. Namun tiada siapa yang mampu melawan takdir Tuhan.

Nia Qalisya mendekatkan telinganya dengan mulut Fazrul Uqasha apabila dilihatnya mulut itu seperti ingin mengatakan sesuatu.

” Air.” sepatah perkataan itu keluar dari mulut Fazrul Uqasha yang tampak masih lemah itu. Suaranya hanya lebih kepada bisikan.

Tanpa melengah Nia Qalisya mencapai sebotol air mineral kecil. Straw turut dicapai. Muncung straw didekatkan ke mulut suaminya. Sungguh rakus lelaki itu menyedut minuman tersebut. Setelah hampir separuh diminumnya, lelaki itu menggeleng tak nak.

” Aku.. kat mana? Apa yang.. jadi?” Fazrul Uqasha menyoal dengan suara yang tersekat-sekat.

” Awak kat hospital. Awak kemalangan. Dah dekat dua bulan awak koma.” Nia Qalisya menjelaskan satu persatu.

” Awak rehat ya. Awak tak sihat lagi. Kalau awak nak apa-apa, bagitahu Nia. Nia ada kat sini.” sambungnya.

Fazrul Uqasha memandang sekilas ke wajah isterinya sebelum mata itu kembali pejam. Nia Qalisya tidak lekang dari tersenyum. Letak duduk bantal di kepala suaminya dibetulkan. Rambut lelaki itu diusap perlahan.

” Nia pergi surau sekejap ya.” jelasnya lantas menghadiahkan kucupan kasih ke dahi suaminya yang masih berbalut itu. Hatinya berat ingin melangkah keluar dari bilik itu, namun dia harus menunaikan kewajipannya terlebih dahulu. Kewajipan kepada Maha Pencipta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience