BAB 11

Romance Completed 31679

” MANA NIA ?!” Fazrul Uqasha terkedu mendengar soalan yang diajukan oleh mamanya.

Kepalanya bingung memikirkan jawapan yang sepatutnya. Matanya tidak berani memandang ke wajah mamanya yang sedang menyinga itu.

” Fazrul Uqasha, mana Nia? Mama tanya ni. Jawablah. Dah tak pandai nak jawab ke? Soalan senang mama tanya. Jawab. Mana Nia Qalisya?!” Puan Azila mengulangi soalan yang sama. Matanya mencerlung tajam ke wajah anak lelaki sulungnya itu.

” Rul tak tahu.” Fazrul Uqasha membalas perlahan antara dengar atau tidak. Kepalanya menunduk menekur lantai.

” What?! Rul tak tahu mana isteri Rul? Tapi bila Reena Rul tahu aje dia kat mana, tengah buat apa. Semua pasal dia Rul tahu kan. Tapi bila pasal isteri Rul sendiri, Rul tak ambil tahu. Mama nak Rul bawak Nia balik. Mama nak menantu mama !” lantang suara Puan Azila menuturkannya.

Nafasnya turun naik begitu pantas menahan amarahnya ketika itu. Kalau diikutkan hati yang marah mahu lunyai anaknya dikerjakan. Kalau tidak kerana besannya yang memberitahu hal itu, sampai bila-bila pun dia takkan tahu.

” Rul tak tahu Nia kat mana. Rul call tak dapat. Macam mana Rul nak cari dia ma.” selamba sahaja lelaki itu menjawab.

Dia sendiri bingung mahu mencari isterinya yang entah ke mana. Call tidak berangkat malah dimatikan telefon.

” Tu ikut ego sangat. Rul yang halau dia keluar. Nia dah banyak sabar dengan perangai Rul. Nia yang jaga Rul selama ni. Tapi apa yang dia dapat? Rul lebihkan girlfriend Rul tu. Rul tak jaga hati Nia. Mama kesal dengan perangai Rul.”

“ Rul, apa yang jadi sebenarnya? Kenapa Rul halau Nia? Kalau marah sekalipun Rul tak sepatutnya halau Nia. Dia tanggungjawab Rul. Rul patut jaga Nia.” Encik Hamdan turut mencelah perbualan di antara isteri serta anaknya.

” Abang..” Fazrul Uqasha menoleh ke arah adiknya, Fazril Ashfar.

” Kak Nia.. a..ada jum..jumpa Ril..Kak Nia..da..tang rumah waktu..mama papa tak..ada..Kak Nia..suruh Ril..ba..bagi ni pada..abang.” tergagap-gagap Fazril Ashfar memberitahu. Tangannya menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan sesuatu. Diberi bungkusan kecil itu kepada abangnya.

Fazrul Uqasha merenung lama ke wajah adiknya sebelum bungkusan tersebut bertukar tangan. Dibuka perlahan bungkusan kecil itu.

Tergamam dibuatnya tatkala melihat sebentuk cincin di dalamnya.

Diambil cincin tersebut. Itu cincin nikah yang dia sarung pada jari isterinya dulu. Sepucuk kad kecil turut dikeluarkan.

” Jangan cari Nia. Anggap kita tak pernah kenal. Anggap Nia tak pernah hadir dalam hidup awak. Anggap Nia tak wujud. Awak gunalah cincin tu untuk pernikahan awak dengan Reena. Nia tak perlukannya.” Bagai tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Berulang kali dia membaca ayat yang tertera pada kad kecil itu.

” Mama nak Rul bawak Nia balik. Selagi Rul tak bawak Nia balik, mama takkan maafkan Rul. Dan Rul jangan balik rumah kami.” jelas Puan Azila sebelum bangun. Tanpa menoleh kakinya terus menapak keluar dari rumah milik anaknya itu.

” Ingat Rul. Nia isteri Rul yang sah. Rul patut pentingkan dia, bukan Reena.” Encik Hamdan menitipkan pesanan kepada anaknya.

” Jom Ril, kita balik.” tangannya mencapai tangan anak bongsunya. Mereka keluar dari rumah itu meninggalkan Fazrul Uqasha sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience