BAB 9

Romance Completed 31679

FAZRUL UQASHA mula sembuh sedikit demi sedikit. Balutan pada kepalanya sudah dibuka oleh doktor yang ditugaskan untuk merawatnya.

Begitu juga dengan balutan pada tangan dan kakinya. Hanya tinggal luka kecil yang masih belum sembuh.

” Awak nak apa? Nia belikan kat cafe.”

“ Tak apalah. Aku tak lapar. Kau baliklah rehat. Dah berapa lama kau jaga aku kat sini.” dingin suara Fazrul Uqasha menjawab. Matanya langsung tidak memandang ke wajah Nia Qalisya yang setia berada di sisinya itu.

” Nia tak nak balik. Nia nak balik dengan awak. Nia kan isteri awak, mestilah tanggungjawab Nia jaga awak sakit. Nia tak nak jauh dengan awak. Nia risau. Lagipun kalau Nia balik, siapa nak papah awak pergi tandas. Siapa nak tolak kerusi roda tiap kali awak nak ambil angin kat luar. Nia okay je. Nia cuma nak awak sihat macam dulu.” tenang Nia Qalisya menjawab kata-kata suaminya.

Dia tidak pernah terasa hati dengan setiap layanan yang ditunjukkan oleh suaminya. Sejak lelaki itu sedar, masih tiada apa yang berubah. Disangkanya suaminya itu akan berubah, akan berbaik dengannya, tetapi itu semua hanya sekadar angan-angan. Lelaki itu tetap sama.

Tetapi dia tidak mahu melatah. Hatinya terima layanan yang diberikan.

Walaupun sepanjang tempoh dia menjaga, tiada secalit senyuman yang diberi oleh Fazrul Uqasha kepadanya. Berbeza ketika orang tuanya serta keluarga lelaki itu datang melawat, senyuman seakan tidak mahu hilang dari bibirnya.

” Kau balik jelah. Aku dah okay. Nanti pandai-pandai akulah nak buat semua tu.”

“ Kan Nia dah kata Nia takkan tinggalkan awak. Nia akan ada dengan awak. Awak nak benci Nia, terpulang pada awak. Tapi Nia tetap dengan janji Nia. Nia akan jaga awak selalu.” Terdengar keluhan yang keluar dari mulut Fazrul Uqasha.

” Kau ni tak penat ke jaga lelaki yang tak sayangkan kau? Kau tak rasa rugi ke? Kau tak bosan ke bila cinta kau tak berbalas? Aku rimaslah. Biarlah aku sorang kat sini.”

“ Nia pernah cakap, hati orang kita tak boleh paksa. Nia tak paksa awak untuk sayangkan atau cintakan Nia. Tapi awak pun tak boleh halang Nia daripada sayang dan cintakan suami Nia. Tu hak Nia.

Terpulang pada awak. Nia takkan ambil kisah. Nia cuma berusaha nak jadi isteri yang sempurna untuk suami Nia walaupun Nia tahu Nia tak mampu.”

“ Bosanlah aku nak cakap dengan kau ni. Menyesal aku kahwin dengan kau. Merimaskan hidup aku je.” Fazrul Uqasha mengomel kecil.

Nia Qalisya mengetap gigi mendengar omelan tersebut. Dengan rela hati dia menerima bulat-bulat omelan lelaki itu walau hakikatnya ianya amat perit.

Pintu yang ditolak dari luar membuatkan kepalanya menoleh. Kelihatan seorang gadis sedang melangkah masuk. Dan dia amat kenal dengan gadis itu. Cukup kenal. Gadis yang rapat dengan suaminya. Malah istimewa di hati suaminya.

” Hai sayang. How are you today? I miss you dear.” tanpa menghiraukan Nia Qalisya yang berada di situ, gadis itu terus menghampiri Fazrul Uqasha yang sedang tersenyum itu.

” I’m fine. I miss you too.” tanpa rasa bersalah Fazrul Uqasha membalas. Matanya sempat menjeling ke arah Nia Qalisya mengarahkan gadis itu keluar.

Faham dengan jelingan yang diberikan, Nia Qalisya terus mencapai tas tangannya lalu menapak menuju ke pintu bilik. Sebelum melangkah keluar dari bilik itu, sempat kepalanya berpaling ke belakang. Perit hatinya tatkala melihat senyuman yang terukir di bibir suaminya.

Perit telinganya mendengar gelak tawa lelaki itu. Kenapa dia tidak mendapat semua itu daripada suaminya itu?

Malah perempuan lain yang mendapatkannya walhal dia lebih berhak memiliki semua itu. Hatinya hanya mampu beristighfar mengingati Allah. Dia yakin suatu hari nanti dia akan mendapat apa yang diinginkannya itu. InsyaAllah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience