BAB 6

Romance Completed 31679

FAZRUL UQASHA hanya melihat tingkah isterinya yang sedang memilih barangan dapur. Dia hanya menurut. Kerjanya hanya menolak troli dan segala urusan memilih adalah urusan isterinya. Daripada cara isterinya itu, dia pasti bahawa gadis itu semestinya sudah biasa dan mahir dalam bab membeli barangan dapur.

Sebuah senyuman tersungging di bibir. Kalau barang dapur dah mahir memilih, apalagi bab masakan. Mesti gadis itu cekap melakukan kerja dapur. Matanya melirik ke arah barang yang sudah selamat masuk ke dalam troli yang ditolaknya. Banyak jugak, hampir penuh satu troli.

” Dah?” soalnya apabila isterinya tidak lagi memilih apa-apa.

Nia Qalisya mengangguk kecil.” Awak, Nia nak mintak something boleh?” pintanya manja. Senyuman tidak lekang dari bibir.

Berkerut dahi Fazrul Uqasha.” Apa dia?”

“ Hmm. Boleh beli snek tak? Nia suka snek. Nanti nak tengok tv boleh makan snek. Boleh tak?” jelas Nia Qalisya sambil bermain dengan jarinya.

Teragak-agak dia ingin mengatakan hasratnya yang satu itu. Jika sebelum ini dia berbelanja barangan dapur bersama mama dan papanya, dan mudah sahaja dia mengambil makanan kegemarannya itu tanpa perlu meminta izin. Namun apabila sudah bersuami kini, dia takut untuk meneruskan tabiatnya itu. Maka dia harus bertanya meminta izin.

” Tak boleh. Jangan mengada nak makan snek bagai. Sakit nanti siapa susah? Aku yang susah nak angkut kau pergi hospital.” Fazrul Uqasha membantah. Sengaja mahu mendera perasaan isterinya yang sedang menayangkan riak penuh mengharap.

” Tak boleh?” Nia Qalisya menyoal meminta kepastian.

” Ya. Aku cakap tak bolehkan. Tak payah nak degil. Dah jom bayar barang ni.” Fazrul Uqasha pantas menolak trolinya.

Nia Qalisya mengeluh kecil sebelum mengatur langkah mengekori langkah si suami. Namun langkahnya terhenti saat dia mula menyedari bahawa mereka bukan berada di kaunter pembayaran tetapi..

” Cepat pilih snek kau nak. Lambat aku tarik balik tawaran ni.” Membuntang matanya apabila menyedari mereka berada di rak makanan ringan.

” Betul ke?”“ Hmm. Cepatlah.” Fazrul Uqasha menyandarkan badannya pada troli.

Tanpa melengahkan masa Nia Qalisya terus mengambil snek kegemarannya dan dimasukkan ke dalam troli. Tidak ketinggalan stok coklat serta gula-gula. Setelah puas dengan segala snek yang diambil, dia kembali ke arah Fazrul Uqasha yang sedang bermain dengan gajetnya.

” Awak, Nia dah siap. Jom.” Nia Qalisya mengambil alih tugas menolak troli.

Fazrul Uqasha tergelak kecil melihat telatah isterinya yang sedang menolak troli yang sarat dengan barangan itu.” Tepilah. Bak aku tolak. Badan kecik ada hati nak tolak troli ni. Macam tak bergerak je aku tengok.” ujarnya lantas menolak lembut tubuh Nia Qalisya menjauhi troli tersebut. Gadis itu sekadar tersengih.

Setelah selesai membuat pembayaran, mereka berjalan keluar dari pasaraya itu.

” Awak, sekejap.” Nia Qalisya menahan suaminya daripada terus melangkah. Ketika itu mereka berada di hadapan sebuah kedai cenderahati.

” Kenapa stop kat sini?”

“ Awak tunggu sini. Nia nak beli bear. Kalau tak ada bear Nia tak dapat tidur malam. Tunggu tau.” tanpa menunggu jawapan suaminya, Nia Qalisya terus masuk ke dalam kedai cenderahati itu.

Fazrul Uqasha menggeleng kecil. Banyak betul perangai isterinya itu.

Dan semuanya seperti perangai kanak-kanak. Sneklah, bearlah. Lepas ni apa lagi, aiskrimlah kot.

Setelah hampir sepuluh minit menunggu, kelihatan kelibat isterinya yang ingin keluar dari kedai tersebut. Gadis itu menghampirinya yang sedang duduk di sebuah bangku kayu yang tersedia di tengah mall tersebut sambil membawa sebuah beg plastik besar. Apalagi kalau bukan anak patung di dalam beg tersebut.

” Dah? Tak ada apa lagi kan?”

“ Ada. Satu lagi. Hee.”

“ Apa dia? Aku dah penatlah.”

“ Awak penat, awak tunggu jelah kat sini. Nia pergi sendiri. Nia nak beli aiskrim. Kat depan tu je. Awak tunggu sini eah?” Nia Qalisya meletakkan beg plastik yang dipegang ke dalam troli yang masih mempunyai ruang kosong. Kemudian gadis itu berlalu pergi.

” Aku dah agak dah. Aisyh dia ni. Tak reti penat gamaknya.” Fazrul Uqasha mengomel sendiri. Matanya sekadar memerhati dari jauh.

” Fazrul, you buat apa kat sini?” Fazrul Uqasha yang sedang duduk itu mengangkat wajah. Terlongo sebentar dirinya melihat susuk tubuh manusia yang berdiri di hadapannya itu.

” Reena. You buat apa kat sini?”

“ I shoppinglah. You buat apa? Kenapa I call you tak angkat, off fon lagi. I mesej tak reply. Baru seminggu I pergi oversea, you dah lupakan I. Ke dah cari yang baru?” Fazrul Uqasha menelan liur apabila diserang dengan pelbagai soalan.

Otaknya beku untuk mencipta jawapan.

” Awak, kenapa ni?”

“ You siapa? Rul, jujur dengan I. Siapa perempuan ni?” Nia Qalisya yang sedang memegang mangkuk aiskrim memandang wajah gelisah suaminya.” Awak girlfriend dia ke?”

“ Ya. I’m his girlfriend. You siapa?”

“ Hai. Saya isteri dia. Nia Qalisya.” dengan berani Nia Qalisya mengenalkan dirinya. Tangan dihulur untuk bersalaman.

” What? Isteri? You jangan buat lawaklah. He’s mine. Since bila dia nikah dengan you?”

“ Reena, slow down your voice. Others are looking at you. Behave yourself.” Fazrul Uqasha cuba menenangkan keadaan. Dia gusar apabila melihat ada sesetengah orang yang sedang melihat ke arah mereka.

” You just shut up. Explain to me everything. This girl your wife? Oh my, I baru seminggu tak ada kat sini you dah nikah. Apa ni Rul? You tipu I. Kenapa you buat I macam ni?”

“ Reena, sabar boleh tak? Ya she’s my wife. Kami baru nikah beberapa hari lepas. Puas hati you?”

“ I hate you. Penipu !” Nia Qalisya mendiamkan diri. Manakala Fazrul Uqasha terduduk di atas bangku tadi sambil meraup wajahnya berulang kali.

” Awak okay?” Nia Qalisya yang baru mengambil tempat di sebelah suaminya menyoal.

Fazrul Uqasha tidak memberi sebarang jawapan. Lelaki itu hanya berdiam diri.

” Awak, dahlah. Janganlah fikir pasal tadi. Nanti dia okaylah tu.”

“ Okay? Selagi kau masih isteri aku dia takkan okaylah. Faham. Sekarang kau diam jelah.” Fazrul Uqasha merengus geram.

Lelaki itu bangkit daripada duduk lantas berjalan menolak troli yang sarat itu tanpa menghiraukan isterinya.

Nia Qalisya memejam rapat matanya buat seketika cuba menenangkan perasaannya. Dadanya dipegang sambil beristighfar kecil. Kelibat suaminya sudah semakin jauh. Tidak mahu memikirkan hal tadi, gadis itu mula mengatur langkah menjejaki langkah si suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience