BAB 10

Romance Completed 31679

” LAMBAT awak balik. Awak nak air?” Nia Qalisya menyapa lembut kepulangan suaminya.

Fazrul Uqasha sudah sebulan keluar dari hospital. Dan lelaki itu sudah mula bekerja seperti dahulu.

” Suka hati aku nak balik lambat. Kau tak payah sibuk. Aku tak nak air. Aku dah minum dengan Reena kat cafe tadi. Tak payah nak susah.” sejurus selepas itu Fazrul Uqasha menapak ke biliknya.

” Awak, nanti! Nia ada benda nak cakap. Pasal Reena.” Fazrul Uqasha menghentikan langkahnya apabila nama Reena meniti di bibir isterinya. Badannya berpaling. Matanya memandang tepat ke wajah Nia Qalisya.

” Nia tak nak awak keluar dengan Reena lagi.”

“ Kau ni kenapa? Kau siapa nak halang aku. Kau tak berhak nak kawal hidup aku.” tegas Fazrul Uqasha.

” Tolong. Nia nak awak selamat. Awak tahu tak, Reena yang rancang kemalangan ke atas awak dulu. Dia dalang semua tu. Dia upah orang untuk langgar awak. Dia rancang semua tu. Dia jahat. Dia nak awak mati. Dia nak balas dendam kat awak. Dia baik dengan awak sebab dia ada agenda sendiri.” panjang lebar Nia Qalisya menjelaskan.

” Hei kau ni kenapa? Cemburu cakap cemburu. Tak.payah nak memburukkan orang lainlah. Kau memang nak aku putus dengan Reena tu kan? Baru puas hati kau.”

“ Percayalah cakap Nia. Nia tak tipu. Nia upah orang siasat semua tu. Nia dengar perbualan Reena kat luar hospital hari tu. Nia cakap benda yang betul.”

“ Aku malas nak dengar apa-apa dari kau. Tolong hentikan.fitnah kau tu. Sia-sia jelah.” Fazrul Uqasha pantas berlari ke tingkat atas.

Nia Qalisya turut naik ke tingkat atas. Dia masih belum puas dengan segalanya. Dia harus memberitahu hal yang sebenar kepada suaminya.

Dia tak nak apa-apa berlaku kepada suaminya kelak.

” Awak, tolong jauhi Reena. Dia bahaya. Dia nak bunuh awak. Percayalah cakap Nia.”

“ Kau diamlah ! Aku cakap aku tak nak dengar apa-apa kan. Kau menyemak jelah dalam hidup aku ! Aku benci kau tahu tak ! Aku tak suka kau ada dalam rumah ni ! Aku benci ! Kau keluar jelah ! Aku tak nak tengok muka kau lagi ! Berambus !” Fazrul Uqasha menghempas kuat pintu bilik air.

Nia Qalisya terduduk di atas lantai bilik itu. Niatnya hanya ingin menyelamatkan si suami, namun lain yang dia terima. Dengan berbaki sedikit semangat, gadis itu bangkit.

Kakinya menapak ke arah almari pakaian. Jika itu pintanya Fazrul Uqasha yang mahu dia pergi dari rumah itu, dia akan pergi. Beg bersaiz sederhana diambil. Pintu almari dibuka lalu diambil pakaian miliknya dan dimasukkan ke dalam beg tersebut. Setelah selesai mengemas pakaiannya, Nia Qalisya mengambil tudung hitamnya dan disarung ke kepala.

Tanpa menunggu Fazrul Uqasha keluar dari bilik air, dengan rasa berat hati kakinya melangkah keluar dari bilik itu. Hatinya berharap agar Fazrul Uqasha menghalangnya pergi namun semua itu tidak akan menjadi nyata. Lelaki itu masih dengan egonya yang setinggi gunung kinabalu itu. Sangat ego.

Meski kakinya rela mengatur langkah keluar dari rumah agam itu, tetapi bukan hatinya. Namun diteruskan jua. Dia tidak mahu suaminya itu terus membenci dirinya. Biarlah dia mengalah. Asalkan suaminya itu bahagia. Dia tahu bahawa lelaki itu tidak pernah merasa bahagia sapanjang tempoh perkahwinan mereka.

Kereta yang dipandu dihentikan di bahu jalan. Dia tidak tahu ke mana harus dituju. Ingin ke rumah orang tuanya, mahu dileter dan disoal pelbagai soalan. Dan benda paling pasti adalah dia akan menangis di hadapan orang tuanya nanti. Semua itu cuba dielak daripada berlaku.

Nia Qalisya memandu kembali kereta miliknya tanpa hala tuju. Akhirnya masjid menjadi tempat persinggahan. Sebaiknya jika dia meminta kepada yang Maha Berkuasa.

Sementara di rumah agam itu, Fazrul Uqasha yang baru selesai membersihkan badannya beristighfar panjang. Sungguh dia tak sangka isterinya betul-betul pergi dari rumah itu.

Kata-kata itu meniti keluar dari bibirnya tapi dia tidak memaksudkannya. Hatinya tidak pernah membenci gadis itu tapi ego yang telah menguasai dirinya sehingga seringkali melukai hati gadis yang tidak bersalah. Dia tahu Nia Qalisya banyak berkorban untuknya daripada pelbagai aspek.

Terutama ketika dia berada di hospital, gadis itu tidak pernah jemu melayan kerenahnya walau terkadang dia dengan sengaja menyakiti hati isterinya itu. Malah Nia Qalisya tidak pernah menangis di hadapannya walaupun sekali.

Fazrul Uqasha meraup wajahnya berkali-kali. Mahu telefon gadis itu, egonya masih menggunung. Dan dibiarkan masa terus berlalu tanpa dia melakukan apa-apa tindakan menghalang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience