BAB 1

Romance Completed 31679

Laungan suara macho yang menjerit memanggil namanya membuatkan Nia Qalisya yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton siri Game of Thrones itu terkujat. Kusyen kecil yang dipegangnya terpelanting entah ke mana.

” Yes bos ! Why you call my name? I know my name is so beautiful.” gadis berusia 25 tahun itu menjawab tanpa memalingkan kepalanya walau sedikit. Matanya masih memfokuskan pada kaca televisyen yang sedang menyiarkan rancangan kartun kegemarannya. Spongebob Squarepants ! Hoorey !

” Huh perasan je lah kamu ni. Papa yang bagi nama tu okay. So jangan nak bangga sangat. Nama papa lagi best.”

” Yeke best? Tuan Haji Imran je pun. Klise lah papa nama tu. Kenapa tak letak nama Rayyan ke, Rifqal ke hah baru best nama papa kalau macam tu.” dengan selamba dan raut wajah tidak bersalah Nia Qalisya bercakap sedemikian kepada si papa. Kadangkala terdengar gelak tawa gadis itu tatkala sedang menonton kartun kegemarannya. Sambil mulut sibuk mengunyah snek.

” Amboi sedap betul kutuk nama papa. Dah atok bagi nama tu takkan papa nak bantah. Papa bercakap pun tak pandai lagi masa tu. Apa punya ayat ler kamu ni.” Tuan Haji Imran yang baru melabuhkan punggung disebelah anaknya mencapai snek yang dipegang gadis itu dan dimakannya.

” Papa !” terjerit kecil Nia Qalisya dibuatnya. Gadis itu merampas kembali snek yang diambil papanya lantas disorokkan.

” Papa nak makan snek suruh mama ambilkan. Ni Nia punya. Lagipun papa dah tua tak baik makan snek nanti dapat sakit. Ayo tak tahu.” tutur gadis itu.

Bibirnya mencebik.

” Amboi mulut tu tak bayar insurans ke hah?” Tuan Haji Imran menggeletek pinggang anak gadisnya itu membuatkan Nia Qalisya ketawa kuat sekaligus menghalangnya daripada menonton kartun ketika itu.

” Amboi si papa, bermanja dengan anaknya je ke? Si mama siapa nak manjakan?” Tiba-tiba suara seseorang menyapa.

Tuan Haji Imran menghentikan aktivitinya lantas menoleh ke sisi. Kelihatan isterinya, Puan Hajah Junidah sedang berdiri di sisi sofa. Serta merta bibirnya mengukirkan senyuman.

” Eh sayang abang kat sini. Meh duduk sini.” Tuan Haji Imran menarik tangan isterinya agar duduk di ruang kosong bersebelahan dengannya.

” Dah cakap pada Nia?” soal Puan Hajah Junidah separuh berbisik.

Tuan Haji Imran menggeleng kecil. Tangannya menunjuk ke arah anaknya yang sedang leka menonton televisyen sambil menjamu snek.

Puan Hajah Junidah menghela nafas perlahan.”Nia. Mama ada hal nak cakap.”

”Hal apa ma? Nanti, Nia nak habiskan kartun dulu.” Tanpa diduga skrin televisyen berubah gelap. Nia Qalisya sudah ternganga mulut melihat hal demikian. Kepalanya spontan berpaling ke arah mamanya.

”Mama ! Nia nak tengok spongebob. Belum habis lagi.” protes gadis itu. Namun ianya tidak mendapat sebarang respon daripada si mama.” Pa, tengok mama ni. Nia nak tengok kartun. Pa, nak remote tu.

Please.” giliran si papa menjadi tempatnya mengadu.

” Nia, kami ada hal nak cakap ni. Esok boleh tengok lagi kartun tu.”

“ Tak nak. Esok dah topik lain. Pa, nak remote pa. Please. Papa sayang Nia kan? Sekejap je. Dah nak habis kartunnya. Lepas tu papa cakaplah apa yang nak dibincang tu. Please papa. I need that remote.” Nia Qalisya masih tidak putus merayu.

Tangannya dihulur ke arah papanya mengharapkan remote yang berada pada tangan mamanya diberikan kepadanya.

Tuan Haji Imran akhirnya mengalah dengan pujuk anaknya itu. Remote yang dipegang isterinya diambil lantas diberi kepada si anak.

” Ingat, spongebob je. Lepas tu dengar apa papa nak cakap.”

“ Orait bos !” Nia Qalisya membuat tabik hormat. Sempat lagi matanya dikenyit nakal ke arah papanya. Badannya kembali berpaling ke arah televisyen. Matanya hanya tertumpu pada kaca televisyen. Sedikitpun tidak berkutik.

” Abang serius ke? Tengoklah perangai Nia macam mana. Tak matang lagi.” Puan Hajah Junidah berbisik lagi kepada suaminya. Bimbang sekiranya didengari anak tunggalnya itu. Matanya menjeling ke arah Nia Qalisya.

” Kita bincang dulu dengan Nia.” putus Tuan Haji Imran. Bahu isterinya diusap perlahan cuma menenangkan perasaan wanita itu.

” Mama, papa, apa main bisik-bisik ni? Kutuk Nia ya?” Nia Qalisya yang baru sahaja menekan butang off pada remote yang dipegang menyoal.

Matanya memandang tepat ke arah pasangan suami isteri di hadapannya itu.

” Mana ada. Kami puji Nia.”

“ Yalah papa. Puji Nia konon. Tak baik tipu, dosa.”

“ Dah siap ke tengok tv?” soal Puan Hajah Junidah cuba mengalih topik perbualan dua beranak itu.

” Dah. Hah, apa yang mama papa nak cakap kat Nia tadi?” Soalan itu membuatkan Tuan Haji Imran dan isterinya saling berpandangan.

” Ma, pa, jangan nak main tenung mata kat depan Nia. Straight to the point please. Nia ngantuk ni. Nak tidur.” seloroh gadis itu selamba. Sedikitpun tiada rasa bersalah dengan kata-kata yang diungkapnya.

” Okay. Papa nak tanya, Nia dah ada boyfriend?” soal Tuan Haji Imran. Hah nak straight to the point sangatkan. Haha.

Nia Qalisya menayangkan muka cemberut apabila disoal sebegitu.

” Apa tanya soalan tu. Confirmlah tak ada. Kan papa pesan jangan nak mengada ada boyfriend. Maklumlah Nia anak yang mendengar kata maka dengan itu Nia tak ada boyfriend.” balas gadis itu sambil tersengih.

Jawapan yang diberikan oleh Nia Qalisya cukup menggembirakan hati kedua orang tua itu.

” Nia, ada orang nak pinang Nia.”

“ Pinang? Siapa?”“ Lelakilah. Takkan perempuan pulak. Isyh Nia ni.”

“ Memanglah lelaki. Tapi Nia kenal ke orangnya?”

“ Nia tak kenal sayang. Nia okay tak? Nia, kamu dah besar. Lagipun Nia bukan kerja pun kat rumah ni. Kalau Nia kahwin, Nia dah ada kerja. Papa tak naklah anak papa ni.malas.” jelas Tuan Haji Imran kepada anaknya. Wajah sempoi anaknya itu dipandang lembut.

” Nia nak kahwin? Okay, Nia tak kisah.” Nia Qalisya mengangkat ibu jarinya menunjukkan tanda okay.

Puan Hajah Junidah menghela nafas lega dengan kata akhir anaknya itu.

Di dalam hatinya mengucapkan alhamdulillah.

” Papa, hensem tak bakal suami Nia tu?”“ Kalau tak hensem? Nia nak tolak?”“ Err, papa kata kalau. Tu maknanya bakal suami Nia tu hensemlah kan.

” gadis itu tersengih menayangkan giginya yang putih tersusun rapi.

Tuan Haji Imran hanya menggelengkan kepalanya melayan kerenah anak tunggalnya itu. Memang itulah perangai semulajadi anaknya. Seorang yang periang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience