BAB 2

Romance Completed 31679

” APA?! KAHWIN?!” FAZRUL UQASHA yang tadinya hanya duduk di atas sofa itu mula bangun.

Sungguh dia tidak dapat menerima perancangan yang diatur oleh orang tuanya. Kahwin? Dengan perempuan dia tak kenal? Gila. Hanya itu perkataan yang sesuai.

Fazrul Uqasha meraup rambutnya yang terjuntai ke dahi itu.

Berulangkali dia mundar mandir di ruang tamu rumahnya itu.

” Rul tak setuju ke?” soal Puan Azila kepada anak sulungnya itu.

” Kalau Rul kata tak, mama akan batalkan pertunangan tu?” sinis lelaki itu menyoal.

” Ma, Rul dah ada girlfriend. Takkan Rul nak kahwin dengan perempuan Rul tak kenal? Habis girlfriend Rul nak campak mana?”

“ Rul, girlfriend tu bukan satu kewajipan. Dan girlfriend tu belum dijamin akan menjadi isteri Rul.” tegas Encik Hamdan.

” Tapi pa..”

“ Kalau Rul tak terima, okay papa akan tukar nama pewaris harta papa kepada adik kamu. Tak ada satu sen pun yang papa akan waris pada kamu. Itu okay bagi Rul?” Encik Hamdan mula menggunakan kuasanya sebagai ketua keluarga.

Dia tahu anak sulungnya akan mengalah sekiranya ia dikaitkan dengan perwarisan harta. Apalagi adik kepada lelaki itu tergolong dalam golongan OKU, mana mungkin semudah itu Fazrul Uqasha ingin membiarkan harta papanya terwaris kepada adiknya.

” Pa, you can do this to me. Papa tak boleh ugut Rul dengan harta tu.

Papa tahu Rul lebih berhak berbanding Fazril tu. Dia tu dahlah OKU, takkan papa nak waris harta kat budak macam tu?”

“ Fazrul, watch your word. Jangan jadi biadap.” Puan Azila yang tadinya hanya duduk mula berdiri. Sungguh dia tidak mampu menahan sabar apabila anak istimewanya diungkit dalam hal mereka.

” What? Betulkan apa Rul cakap. Papa tak boleh waris harta papa dengan budak cacat tu. Dia tu apa pun tak tahu. Dah cacat ada hati nak harta.”

“ Fazrul Uqasha ! Jangan jadi biadap. Jangan sampai papa tarik balik kemudahan yang papa beri pada kamu sebelum ni.” suara Encik Hamdan mula meninggi. Ikutkan rasa hati mahu sahaja ditampar pipi anak sulungnya yang biadap itu.

” What? Papa, you can do this to me. I’m your son. Rul tak pernah setuju dengan apa yang mama dengan papa rancang selama ni.” Fazrul Uqasha masih lagi dalam operasi membantah rancangan yang diatur oleh orang tuanya itu.

” Rul, cuma sekali ni je Rul dengar dan ikut cakap kami. Selama ni, mama papa ikut je kehendak Rul. Kami tak pernah halang Rul. Tapi tolong, untuk sekali ni je. Mama minta sangat. Kalau Rul masih sayangkan mama. Tapi kalau Rul dah tak sayang mama, terpulang pada Rul. Tapi jangan pernah sebut perkataan ‘ mama ‘ lagi.” ujar Puan Azila.

Dia cuba bermain psikologi dengan anak sulungnya itu. Hanya dengan cara itu dia pasti anaknya akan menurut kehendaknya. Guru kaunseling, sudah pasti handal dalam permainan psikologi.

Lambat-lambat Puan Azila mengatur langkah ke arah anak tangga menuju ke tingkat atas.

” Ma ! Okay, Rul setuju.” Mendengar ayat singkat yang diungkap anak lelakinya itu, membuatkan hati Puan Azila bersorak riang. Akhirnya rancangannya berjaya.

” Betul?” soalnya meminta kepastian.

” Ya. Demi mama. Dan papa. Rul terima.” ucap Fazrul Uqasha.

Walaupun perlahan namun masih mampu didengari oleh pasangan suami isteri tersebut.

Puan Azila terpaksa menapak kembali ke arah anaknya. Tubuh tegap lelaki itu didakap erat. Mulutnya mengucapkan kata syukur. Bibirnya mengukir senyum saat mata beradu pandang dengan suaminya yang memerhati. Sempat dikenyit matanya ke arah suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience