BAB 13

Romance Completed 31679

TELEFON BIMBIT yang dipegang diletak ke atas meja solek yang tersedia di dalam bilik itu. Dia baru sahaja selesai menghubungi keluarganya di semenanjung.

Nia Qalisya melabuhkan punggungnya di atas sofa yang tersedia. Belum sempat punggungnya panas duduk dia kembali bangkit apabila loceng bilik berbunyi. Dengan rasa malas gadis itu melangkah ke muka pintu.

Disangkanya pihak hotel kerana sebentar tadi dia ada membuat pesanan makanan dek kerana malas ingin keluar. Namun sangkaannya meleset sama sekali.

Seraut wajah yang sudah dua bulan tidak ditatapnya kini berdiri di depan mata. Air liur bagai tersekat di kerongkong, tidak mampu ditelan.

Tangannya ingin menutup kembali pintu bilik tetapi ia ditahan dari luar. Nia Qalisya berundur selangkah demi selangkah ke belakang. Dia hanya mampu melihat apabila insan di hadapannya itu menutup pintu bilik tersebut.

” Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.” Nia Qalisya menjawab perlahan. Gadis itu duduk di birai katil. Kepalanya menunduk menekur lantai.

” Kenapa Nia pergi macam tu je?”

“ Awak yang suruh Nia keluar. Kenapa Nia kena stay kalau empunya rumah dah menghalau?”

“ Nia, saya tak bermaksud pun nak halau Nia masa tu. Saya ingat Nia akan sabar macam hari sebelumnya. Tapi saya tak sangka Nia keluar dari rumah tu.” Nia Qalisya diam membisu. Diperhati langkah kaki yang semakin hampir dengannya itu. Air liur ditelan saat lelaki itu duduk di sebelahnya.

Terasa hangat tubuh lelaki itu.

” Macam mana awak tau Nia kat sini? Mama bagitau?”

“ Nia, instinct seorang suami kuat. Nia lari ke mana pun, kalau dah jodoh kita, kita tetap bersatu kan? Nia yang cakap macam tu.”

“ Kenapa sibuk cari Nia? Nia tak penting dalam hidup awak. Pergilah jaga bakal isteri awak tu. Kita dah tak ada apa-apa.”

“ Siapa cakap? Saya tak pernah pun melafazkan talak ke atas Nia. So Nia still my wife. Why? Are you ready to live without me as your husband? Or you have a new one to take my place?” Spontan Nia Qalisya memandang ke wajah suaminya, Fazrul Uqasha.

Gila dia ingin diceraikan. Tiada seorang wanita pun yang ingin bercerai tanpa sebab. Dan mana mungkin dia akan menggantikan tempat lelaki itu dengan orang lain di saat hatinya sudah diberi sepenuhnya dan dikunci dengan nama si suami.

” Abang tak nak Nia tanggalkan cincin ni lagi. Faham?!” Fazrul Uqasha menyarungkan cincin yang dipegangnya ke jari manis isterinya.

Lambat-lambat Nia Qalisya mengangguk. Lantas tangan suaminya dikucup lembut.

” Nia minta maaf. Nia tinggalkan awak macam tu je. Nia minta maaf, Nia tak dapat jadi isteri sempurna buat awak. Ampunkan Nia.” ucap gadis itu bersama tangisan kecil.

” Nia, dahlah. Nia tak salah apa-apa. Semua ni berlaku sebab abang sendiri. Ego abang tinggi. Abang lebih pentingkan orang yang tak ada kaitan dengan abang. I’m sorry.” jemari Fazrul Uqasha menyeka lembut air mata di pipi isterinya. Wajah polos itu ditatap lembut. Senyuman terlakar di bibirnya.

” Reena macam mana?” teringatkan gadis itu, Nia Qalisya kembali muram. Siapa yang sanggup berkongsi kasih.

” Reena? Dah selamat duduk dalam penjara. Tu jahat sangat. Kan dah makan diri sendiri.” balas Fazrul Uqasha sambil tergelak kecil. Lalu tubuh si isteri didakap kasih.

” Kita bina hidup baru? Boleh?” Dalam dakapan itu, Nia Qalisya hanya mampu mengangguk kecil.

Kepalanya terletak elok di dada bidang suaminya.

” And one more.”

“ Kenapa?” kepala yang menunduk didongakkan.

” Dah alang-alang ada kat Bali ni, apa kata kalau kita..” Fazrul Uqasha sengaja menggantungkan ayatnya. Keningnya sedikit terjongket.

” Kita apa?”

“ Honeymoon sayang.” senyum menggoda dihadiahkan kepada isterinya membuatkan wajah putih isterinya berona merah. Gadis itu kembali menundukkan wajah.

” Kalau saiz sayang lebih dari UK10 sekalipun, sayang tetap PERFECT 10 di mata abang! Mark my words!’’

‘’Amboiii abang, bukan main confident lagi eh, esok-esok kalau badan sayang sebesar tong dram, abang lari siaplah sayang kejar pakai kayu cota!’’

‘’Sumpah Lillahitaala abang tak buat sayang,’’ usiknya sambil mencuit lembut hidung isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience