BAB 6

Romance Completed 11649

Suasana kelihatan tenang di tasik itu. Ramai pelajar sedang beriadah di
situ. Ada jugak yang hanya memerhati gelagat orang ramai yang ada di situ.

Mereka bertiga berlari-lari anak mengelilingi tasik itu. Afiq meneruskan
larian ke pusingan yang ketiga. Manakala Isya dan Hakeem hanya membuat
dua pusingan sahaja. Mereka kemudian duduk berlunjur di atas rumput.
Peluh meleleh dicelahan anak tudung dan mengalir di tepi pipi Isya. Isya
mengelap menggunakan lengan bajunya. Hakeem bingkas bangun menuju ke
kereta. Dia mengambil sapu tangan dan dua botol 100 plus. Dia kembali
mendapatkan Isya dan melambungkan air botol tersebut dan sapu tangan.

"Eee, takmau lah aku sapu tangan kau ni Hakeem. Ntah berapa lama tak
basuh." Isya bersuara.

"Cik kak, aku baru basuhlah. Tak pakai lagi ni." Balas Hakeem.

"Betul ni?" soal Isya sambil tersengih. Dia mengelap peluh yang meleleh
di pipinya. Memasukkan sapu tangan tersebut di dalam kocek seluar
tracksuitnya.
"Thanks Keem." Balas Isya sambil tersenyum manis.

"Hmmm.." Balas Hakeem. Lidahnya tiba-tiba kelu melihat senyuman manis Isya.

"Isya, kalau aku tanya, kau jangan marah ye."

"Tanyalah dulu. Kalau tak, mana boleh cakap aku marah ke tak." Isya
sengaja menyakat Hakeem.

"Ni yang aku malas nak tanya ni." Balas Hakeem serba salah.

"Yelah-yelah. Aku tak marah. Tapi, kalau tiba-tiba muka aku jadi hijau
tu faham-fahamlah yer." Usik Isya sambil tergelak kecil. Hakeem juga
tersengih.

"Kau dengan Zafrul macammana?" Soal Hakeem serius.

"Macam tu lah Keem. Aku telefon cakap la sepatah dua. Lepas tu,
macam-macamlah alasan dia. Sibuklah, nak gosok bajulah, nak keluar dah
lah. Macam-macam lagilah alasan dia."

"dia betul-betul sibuk kot." Duga Hakeem.

"Keem, kalau dia orang tu betul-betul sayangkan kita sesibuk mana pun
pasti boleh luangkan masa. Aku bukan mintak cakap lama pun , tapi 5
minit pun payah nak bercakap dengan dia sekarang." Balas Isya.

"Isya, sampai bila kau nak biarkan dia mainkan perasaan kau? Kali ni dah
dua kali Isya, dia buat macam tu. " soal Hakeem.

"Entahlah Keem, agaknya salah aku jugak. Aku ni bukan spesis menggoda
kot. Pandai nak mengada-ngada dan merengek manja. Tu yang agaknya dia
beralih arah tu." jelas Isya.

"Isya, aku rasa kau dah cukup sempurna." Pujuk Hakeem.

"Tu kau kata Keem, tapi Zaf tak anggap macam tu. Aku tak cantik, tembam
pulak tu, tak anggun, tak pandai bergaya, tak menggoda dan tak
macam-macamlah lagilah.." balas Farisya.

"Isya, fizikal tak penting. Pada aku, kau comel. Masa kau marah kau
comel. Kalau masa kau senyum lagi kau comel. Masa kau serius dengan dahi
berkerut pun aku tetap nampak kau comel. Kalau muka kau berubah hijau,
yang tu aku tak sure comel ke tak. Hehhee" Usik Hakeem.

"Kau nampak garang, tapi kau sebenarnya penyayang. Kau nampak serius,
tapi kau jugak pandai merapu. Kau nampak tabah, tapi kau jugak sensitif
dan lembut hati." Hakeem meluahkan apa yang dia rasa.

"Thanks Hakeem." Farisya menghargai usaha Hakeem untuk menceriakannya.

"Isya, aku cakap ni bukan semata-mata nak ambik hati kau tau. Tapi, aku
betul-betul ikhlas." Balas Hakeem . Isya tersenyum.

"Tengok tu, kan aku cakap. Senyum kau tu comel." Usik Hakeem. Muka Isya
kemerahan menahan malu. Dicampaknya botol 100 plus yang sudah kosong ke
arah Hakeem. Hakeem mengelak.

"Woiii, ape ni buang sampah merata-rata? Takder sivik langsung." Jerit Afiq.

"Hakeem ni la, buat lawak ntah apa-apa ntah." Balas Isya.

"Mana ada. Afiq, kau tengok Isya ni comel tak?" Usik Hakeem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience