BAB 4

Romance Completed 11649

"Betul jugak tu kan. Lupa pulak aku kat hero dua orang tu. Tapi,
malam-malam ni tak kacau diaorang ke?" Soal Hidayu.

"Ala, mamat duaorang tu bukan buat apa pun malam-malam ni. Agaknya dok
lepak makan roti canai kat kedai tu." Balas Linda seakan mengerti tabiat
dua orang lagi sahabat mereka.

"Betul jugak kan." Balas Hidayu mengiyakan. Telefon dicapai dan speed
dial Hakeem didail. Selepas memberi salam dan salam disambut Hidayu
memulakan bicara.

"Hakeem, kau tengah buat apa? " soal Hidayu.

"Baru habis main badminton. Tengah pekena roti canai kat kedai." Balas
Hakeem.

"Agak dah." Balas Hidayu.

"Kenapa? Nak aku tapaukan ke?" Soal Hakeem.

"Taknaklah. Aku nak mintak tolong sikit. Ada klinik yang bukak 24 jam
tak dekat-dekat sini? " Soal Hidayu .

"Aku tak surelah. Tapi aku boleh carikan lah. Kau tak sihat ker? "
Hakeem risau.

"Bukan aku, tapi Isya." Balas Hidayu.

"Isya? Kenapa dengan dia?" Hakeem mula cemas.

"Rileksla bro. Dia muntah-muntah tadi. Dah 2 kali malam ni. Makan jer,
terus keluar balik." Terang Hidayu.

"Aku datang sekarang jugak. Suruh dia bersiap ye. Jangan lupa bawak Ic
dengan student card." Pesan Hakeem sambil pantas mematikan talian.

Isya telah selesai mendapatkan pemeriksaan di klinik. Dia disyaki
keracunan makanan dan tekaknya luka sedikit.
"Thanks Hakeem. Sorry susahkan kau malam-malam buta ni."

"Isya, benda kecik aja. Apa guna kawan kalau benda macam ni pun tak
boleh nak tolong kan. " Balas Hakeem.

"Zafrul tahu kau tak sihat ni?" Soal Afiq.

"Aku malaslah nak bagitau. Kalau bagitau pun dia bukan boleh buat apa."
Balas Isya.

"Ala, sekurang-kurangya dia tahu juga khabar dari kau." Balas Afiq.
Hakeem hanya mendengar.

"Small matter jerla. Buat apa nak buat dia pening-pening. Banyak benda
lagi yang dia nak fikir. Kerja dia pun baru nak stabil. Biarkan aja
dia." Balas Farisya seperti jauh hati.

"Cek oii, bukan susah sangat nak tanya khabar kan. Dah berapa lama dia
dia tak contact kau?" soal Linda pula.

"Entah, aku tak kira la pulak. Seminggu, dua minggu…" balas Farisya
selamba.

"Adoi, mamat haprak tu. Memang hampeh." Balas Afiq.

"Dahlah, jangan citer lagi kisah aku. Bukan ada yang menarik pun." Balas
Farisya sambil menggosok perut.

Hakeem memerhatikan gelagat Farisya. Dia tersenyum.

"Isya, kau lapar yea." Soal Hakeem.

"Lapar jugaklah." Balas Isya tersengih.

"Eh korang, jom pergi makan dulu. " Cadang Hakeem.

"Boleh jugak. Pekena tomyam malam-malam buta ni best jugak kan" Balas Linda.

"Ek eleh, orang lain yang sakit. Orang lain yang sibuk beria." Usik
Afiq. Linda hanya tersengih. Hakeem dan Afiq pulang semula ke rumah sewa
selepas menghantar Farisya, Hidayu dan Linda ke asrama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience