BAB 12

Romance Completed 11649

"Kau tak ikut main sekali ? " Soal Isya menduga.

"Malaslah, aku rindu sangat kat kau ni." Hakeem menyakat. Isya hanya
tersengih. Hakeem menuju ke keretanya. Isya hanya mengikut Hakeem dari
belakang. Hakeem membukakan pintu untuk Isya dan Isya meloloskan
tubuhnya ke dalam kereta.

" Nak pergi mana ni?" soal Isya.

"Jalan-jalan." Balas Hakeem.

"Ala, kita berdua aje ker? Kenapa la budak-budak bertiga ni ada
macam-macam hal pulak hari ni? awal-awal sem ni rilek-rilek la dulu."
Rungut Isya sambil mengerutkan dahi. Hakeem hanya tersengih mendengar
rungutan Isya. Dia menoleh ke arah Isya, 'Kan aku dah cakap, Isya ni
kalau dahi berkerut pun nampak comel.'hati Hakeem berbisik.
"Isya, kalau aku tanya kau jangan marah yer?" soal Hakeem.

"Ish, bosan betul aku dengan ayat tu. mesti nak tanya pasal Zafrul kan."
Balas Isya meneka.

"Mana kau tahu?" soal Hakeem hairan.

"Ala, kau pun sama dengan budak-budak 3 orang tu. Kalau nak tanya pasal
Zaf aje, mesti nak mula dengan ayat sopan macam tu." balas Isya sambil
tergelak kecil.

"Aik, lain macam jer aku dengar nada tu. Macam happy jer aku dengar. Kau
dah berbaik semula dengan dia?" Soal Hakeem.

"Kalau aku cakap dah?" Isya belum sempat menghabiskan ayatnya.

"Alhamdulillah, Isya. Aku doakan kau bahagia. Aku tak suka tengok kau
sedih-sedih." Balas Hakeem ikhlas walaupun raut wajahnya sedikit mendung.

"Kenapa kau tak suka tengok aku sedih-sedih?" Isya bertanya lanjut.

"Sebab aku tumpang bahagia kalau kau pun bahagia." Balas Hakeem jujur
namun sedikit gugup.

"Aku takder kereta ke, motor ke. Macam mana aku nak tumpangkan kau?"
sakat Isya.

"Kau ni Isya, aku serius ni. Kau main-main pulak." Balas Hakeem geram.
Isya tergelak kecil.
"Keem, turn aku pulak tanya. Kau jangan marah yer." Usik Isya.

"Tanyalah. Apa? Janji aku tak marah." Hakeem angkat tangan tanda berjanji.

"Kau dah ada orang yang kau suka? Maksud aku, teman istimewa." Soal Isya
serius.

"Mmm, ada, tapi, aku syok sendiri jer. Dia dah ada yang punya. " Balas
Hakeem selamba.

"Dah lama kau suka kat dia? " Isya cuba mencungkil rahsia.

"Lama jugak. Dari mula-mula aku jumpa dia 2 tahun dulu."

"Orang dia macammana? comel macam aku?" soal Isya menduga.

"Mmm, comel sangat… dulu dia comel, sekarang bertambah comel. Kalau
tak kerana dia dah berpunya, sekarang jugak aku bawak dia balik kampung
aku. Nak suruh mak abah aku pinang dia." Balas Hakeem berseloroh.

"Kenapa bawak balik kampung kau pulak. Nak pinang anak dara orang, pergi
kampung dialah." Balas Isya sambil tersengih.

"Umah dia, aku tak tau. Aku bawak balik kampung aku dululah nak kenalkan
dengan mak bapak aku." Balas Hakeem taknak mengaku kalah.

"Kau tak tahu umah kat kampung dia ye, meh aku tunjukkan jalan.
Mula-mula kau masuk dulu highway. Lepas tu, masa exit kat…."

"Isya, kau main-mainkan aku yer." Hakeem tersedar Isya mempermainkan
dia. Isya menahan tawa.

"Isya, tak baik tau main-mainkan perasaan aku." Hakeem pura-pura merajuk.

"Keem, jangan ler merajuk." Pujuknya.
Farisya diam seketika. Hakeem merenung lama wajah Farisya. Farisya masih
membatu. Hakeem kemudiannya memberhentikan keretanya di pinggir jalan.

"Isya, kenapa ni?" soal Hakeem tak mengerti.

"Betul kau sukakan aku? " Soal Isya berterus terang.

"Betul.." jawab Hakeem laju tanpa disedarinya. Wajah Hakeem merona merah
menahan malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience