BAB 5

Romance Completed 11649

˜Linda, aku nak jumpa kau dengan Ayu petang ni kat depan library. Jangan
bagitau Isya.
Linda membaca sms dari Hakeem tersebut. Dia lekas-lekas mendelete sms
tersebut. Bimbang sekiranya Isya ternampak dan salah sangka.
Petang itu di hadapan perpustakaan.

"Kenapa dengan Zafrul Linda?" soal Hakeem.

"Susah aku nak cakap kes Zafrul dengan Isya ni." balas Linda sambil
mengerutkan dahi.

"Hari tu, bukan elok aje ke dia dengan Zafrul. ?" soal Hakeem lagi.

"Elok tak elok sangatlah. Kat belakang Isya, ntah perempuan mana dia
usung kehulu kehilir." Balas Hidayu.

"Mana kau tau?" soal Afiq.

"Ada orang yang nampak lah. Rina kawan baik Isya masa sekolah dulu yang
bagitau. Dia nampak masa dia balik rumah mak dia kat Kuantan bulan
lepas. " Terang Linda.

"Ooo Rina kawan si Zafrul tu jugak kan." Balas Afiq.

"Yelah, Rina yang mana lagi. Dia ternampak Zafrul dekat mega mall dengan
seorang perempuan ni. Siap pegang-pegang tangan lagi." Jelas Hidayu.

"Isya ada tanya Zafrul pasal budak perempuan tu ke?" Hakeem ingin tahu.

"Kau taulah Isya tu, lembut hati sangat. Kalau aku, dah sembur
habis-habis dah kat Zafrul tu. Zaf ni tak pernah bersyukur. Masa dia
dumb Isya 1st time aritu, Isya dah maafkan dia. Merayu-rayu nak berbaik
semula. Janji macam-macam. Dah elok, Isya tu maafkan dia dan terima dia
balik, dia buat hal lagi. Memang tak kenang dek untung. Rina yang tengok
dengan mata kepala sendiri pun rasa nak lempang aje si Zafrul tu" jelas
Linda.

"Tapi Zafrul tu buat tak kisah aja masa terserempak dengan Rina masa tu.
Tak nampak rasa bersalah pun." Terang Linda lagi.

"Tu la yang aku geram tu. Masa dah kecewa kena kikis dan dimainkan dek
Julia tu dulu, tau pulak nak datang menyembah mintak ampun dengan Isya.
Isya ni pulak, kenapa la lembut hati sangat." Balas Hidayu.

"Korang kan tahu Isya tu macam mana. Nampak jer garang kan, tapi dia
lembut hati dan pemaaf. Zaf tu kawan lama dia masa sekolah dulu. Dah
lama sangat kenal. Tu yang macam tak sampai hati kot. Kebetulan masa tu
dia single, tu yang dia terima balik Zaf tu." Balas Hidayu lagi.

" Kalau aku jumpa budak Zaf tu, memang aku bagi penumbuk jer." Balas Hakeem.

"Keem, kenapa kau tak berterus terang dengan Isya?" Soal Linda.

"Berterus terang apanya?" Hakeem pura-pura tak mengerti.

"Kitaorang tahu kau sayangkan Isya tu kan." Hidayu bersuara.

"Sayang? Sama macam aku sayang korang semua." Hakeem cuba mengalih topik.

"Dahlah Hakeem, kalau taknak mengaku sudah. Kami tak paksa." Getus
Linda. Hakeem hanya tersengih bak kerang busuk. Jauh di sudut hati
Hakeem, hatinya tersayat pilu.

"Isya, kita jogging kat tasik petang nanti." Usul Hakeem.

"Boleh jugak. Nanti aku tunggu kat foyer yer. Pukul 5.15. Linda dengan
Ayu tak ajak sekali ke?" soal Farisya.

"Aku dah ajak, diaorang malas. Nak tengok tv." Balas Hakeem lagi.

"Nak tengok citer melayu siri petang tu la. Mana boleh miss bebudak tu."
Terang Farisya.

"Kau tak tengok ke?" Soal Hakeem.

"Aku malas, kalau dah start tengok nanti payah nak berhenti. Mulalah tak
boleh lekang depan tv tu. Asal pukul 6 jer kena tercongok depan tv tu.
Langsung tak boleh buat benda lain. Aku tengok-tengok macam tu ajerla.
Tak ikut sangat." Farisya bercerita panjang.

"Afiq ikut sekali? " Soal Isya.

"Ikut." Balas Hakeem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience