BAB 7

Romance Completed 11649

"Comel sangat macam kucing siam." Balas Afiq." Farisya berlari anak
mengambil semula botol kosong yang dilemparkan tadi dan mengetuk bahu Afiq.

"Nah, amik kau. Berani kau samakan aku dengan kucing Siam ye"

"Betul apa, kan kucing siam tu comel. Rasa nak picit-picit jer kan.
Macam tu jugak aku tengok pipi tembam kau, rasa nak picit-picit jer"
Usik Afiq.

"Ceh, bengong la korang nie. Menyampah aku nak layan. Jomlah balik."
Balas Farisya geram. Hakeem dan Afiq tergelak nakal melihat Farisya yang
terkulat-kulat. Jauh di sudut hati Hakeem, dia tetap mengatakan walaupun
muka Isya berubah hijau, pasti dia tetap comel. Dia tersenyum sendiri.

Farisya merenung lama cermin panjang di ruang tamu blok 6A itu. Dia
lihat atas bawah. Dia akui, wajahnya tak lawa sangat . Tak tinggi, cuma
5 kaki 1 inci. Bentuk muka bulat. Kulit agak cerah. Badannya agak
berisi. Mungkin 8-9 kg lebih berat dari berat idealnya. Tapi tak
dinafikan, bak kata Hakeem, dia agak comel cuma dia tak lawa macam model.
Entah mengapa tiba-tiba dia tersenyum apabila teringat kata-kata Hakeem
di tasik tempoh hari. ˜Ahh, Hakeem. Kau memang nakal dan pandai ambik
hati aku. Zafrul dulu pun macam tu. Tapi dia dah berubah sejak
akhir-akhir ini. Perubahan yang sama seperti dia mula-mula meninggalkan
aku kerana Julia suatu masa dulu.’ Farisya tersenyum pahit. Dia menuju
ke peti ais di ruang dapur dan menuangkan semug air sejuk dan turun
semula ke biliknya di tingkat bawah.
Farisya membelek-belek diari unggu itu. Sejak akhir-akhir ini, tak
banyak catatannya. Tiada kisah menarik nak dilarikkan sebagai kenangan.
Kalau ada pun, hanya kisah duka antara dia dan Zafrul. Dia sendiri dah
naik bosan dengan kisah drama airmatanya itu. Dan, sejak itu dia sudah
berhenti menulis. Farisya melayan perasaannya.
˜Agaknya Zafrul malu kot bercinta dengan aku yang tak cantik ni. Aku ni
bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan Julia yang pernah
bertakhta di hati Zafrul. Tapi dia juga yang beria-ia nak sambung balik
ikatan yang pernah terputus suatu masa dulu. Entahlahlah, mungkin dia
sunyi waktu itu. Mungkin juga kehadiran aku tika itu hanya sebagai
tempat dia mengubat hatinya yang luka setelah Julia meninggalkannya .
Tak mustahil jika dia sekarang dah ada pilihan hati.
Tapi, kenapa tak berterus terang sahaja? Bukankah lebih baik dia
berterus terang sahaja daripada terus-terusan memberikan alasan yang tak
masuk dek akal. Aku bukan bodoh, aku bukan dungu, aku cuma nak dia
mengaku dan berterus terang. Aku tak boleh nak menahan dia dari beralih
cinta. Soal hati tak boleh dipaksa. Aku mengerti kalau aku bukan
pilihannya. Tapi sampai bila dia perlu berahsia begini.
Kalaupun Zafrul dah tak punya rasa kasih dan sayang aku,
sekurang-kurangya Zafrul masih ingat aku ni sahabatnya. Dia patut lebih
tahu yang aku paling benci kalau ditipu dan ditikam dari belakang. Aku
lebih tega berdepan dengan kenyataan walaupun kenyataan itu melukakan
hati aku. Walaupun kenyataan itu melukakan kembali parut yang dia
tinggalkan suatu masa dulu. Parut yang makin sembuh dek kerana kasih
sayang teman-teman yang sentiasa di sisi memberikan semangat. Kasih
sayang dari insan-insan yang sentiasa menyayangi aku. Atau akukah yang
terlalu naïf dan bodoh kerana memberikan dia peluang dan ruang untuk
melukakan hati aku buat kali kedua. Entah, aku sendiri pun tak ada
jawapannya.

Linda, Hidayu, Hakeem dan Afiq berjalan keluar dari pusat bowling itu.
Farisya tidak turut serta kerana minggu ini dia ingin pulang ke kampung
halamannya.

"Afiq, laparlah. Jom makan." Usul Ayu.

"Nak makan mana?" soal Afiq.

"Food court ajerlah yer. Aku rasa nak makan yong tau fu lah" balas Linda.

"Boleh gak. Aku tak kisah mana-mana pun." Jawab Hidayu.

Empat sekawan itu jalan beriringan menuju ke food court di tingkat atas sekali
bangunan mall itu. Selepas menjamu selera, mereka berempat berpakat
untuk menuju ke MPH untuk meninjau-ninjau dan mencari bahan bacaan baru.
Sedang asyik berbual dan dalam perjalanan ke MPH di tingkat bawah
sekali, tiba-tiba Linda terpandangkan seraut wajah. Dia amat kenal wajah
itu. Tapi, masakan apa yang dilihat itu betul. Setahu Linda, Zafrul dah
mula bekerja di Kuantan. Dia mencuit Hidayu.
"Ayu, mata aku salah tengok tak?" Soal Linda sambil memuncungkan
mulutnya ke arah subjek.

"Mmmm, aku rasa tak salah dah tu. Memang mamat tu. Amboi bergumbira
nampak." Getus Hidayu.

"Keem, kau rasa kau kenal tak mamat tu?" soal Linda pada Hakeem sambil
menundingkan jarinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience