BAB 3

Romance Completed 11649

"Ala ayu, kau tu kami malas nak offer. Buang air liur. Tunang kau tahu
nanti, habis kami ni kena sekeh. Lainlah diaorang berdua ni, single and
available."

"Pandai ler kau nyer single. Linda tu single la, Isya tu cam mana?"

"Isya tu lain, special case." Hakeem tersengih. Hidayu mencebik muka.

"Alalala, comel sangatla tu mek oii. Janganlah merajuk. Arini makan,
semua aku belanja okey." Afiq memujuk.

"Betul ke Afiq? Memang kaulah jejaka idaman Malaya." Usik Linda.

Mereka berlima menuju ke food court dan menjamu selera.

Farisya terasa matanya berpinar dan perutnya memulas. Dia menekan
perutnya dan gagahkan diri untuk bangun. Diselongkar laci meja tulisnya
dan mencari minyak angin namun tak diketemui. Peluh sejuk mula terbit di
dahinya walaupun terasa bahang di luar sana walaupun di malam hari.
Tangannya pantas mencapai botol air mineral dan diteguknya air sehingga
separuh botol. Dia merebahkan diri di atas katil bercadar biru itu. Dia
melihat jam di dinding. Jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Farisya
gelisah. Tiba-tiba dirasakan perutnya memulas lagi dan tekaknya terasa
mual. Dia berlari menuju ke bilik air di tingkat atas. Segala isi
perutnya terhambur keluar. Perutnya terasa senak. Dia mengetuk pintu
bilik Hidayu.
"Ayu, kau buat apa? Dah nak tidur ke?" soal Farisya.

"Belum. Aku tak ada buat apa-apa pun. Selak-selak buku ni aja. Macam tak
ada mood nak baca." Balas Hidayu.

"Kenapa kau nampak pucat Isya? Kau tak sihat ke?" soal Hidayu.

"Entahlah, perut aku ni meragam pulak. Kau ada minyak angin?" Soal Farisya.

"Ada. Kejap aku ambik. Kau nak pergi klinik tak?" Soal Hidayu sambil
tangannya mencapai minyak angin di dalam laci mejanya. Dia menghulurkan
minyak gosok serai wangi itu kepada Farisya. Farisya mengambil minyak
itu dan menyapunya sedikit di perut.

"Aku tahan lagi ni, tengok keadaan dululah. Tapi, aku laparlah lepas
muntah tadi." balas Farisya sambil menggosok-gosokkan perutnya.

"Jomlah, aku teman kau makan roti dengan milo nak " Balas Hidayu.

"Ala, kau nak tumpang sekaki makan kan." Farisya mengusik. Hidayu tersengih.
Sedang mereka sedang enak minum dan menjamah roti, tiba-tiba Isya
menekup mulutnya dan berlari menuju ke bilik air. Hidayu hanya
menggelengkan kepala.
"Kau muntah lagi?" Saol Hidayu apabila Isya kembali duduk di kerusi di
hadapannya. Farisya mengangguk.

"Jom, pergi klinik." Cadang Hidayu.

"Klinik apa bukak malam-malam ni? nak pergi dengan apa?" soal Farisya.

"Bagitau Warden lah." Cadang Hidayu.

"Ah, malaslah aku. Dah malam-malam ni nak kacau dia. Kita ni dah final
year, budak budak-budak first year nak ngadu hal kecik-kecik macam ni."
Isya membalas.

"Dah kerja dia." Balas Hidayu. Tapi Farisya tetap berkeras untuk tidak
memberitahu warden dan menunggu esok siang sahaja untuk ke pusat kesihatan.

"Isya, takkan nak tunggu esok. Pucat aku tengok muka kau ni. Kalau kau
tidur pun, aku rasa kau tak boleh nak lena dengan keadaan kau macam ni."
Hidayu membalas.

"Takpelah, aku cuba. Dahlah, pergilah tidur. Esok ada kelas pagi kan."
Usul Farisya sambil mengutip mug untuk dibasuh.

"Kau ni memang degil" Hidayu geram. Mereka kemudiannya menuju ke bilik
masing-masing. Hidayu tak sedap hati. Dia menyusup pula ke bilik Linda
di bangunan hadapan.
"Linda, Isya tak sihat. Malam ni dah dua kali dia muntah. Aku ajak pergi
klinik dia taknak. Nak tunggu sampai esok." Gumam Hidayu.

"Nak pergi naik apa malam-malam ni?" soal Linda.

"Aku suruh bagitau warden dia tak mahu." Balas Hidayu.

"Call jer Hakeem or Afiq mintak tolong." Balas Linda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience