BAB 1

Romance Completed 11649

Katakan kata padaku
Kita kan bersama harungi semua darling
Tiada lain ku mahu
Hanya kau satu untukku
Hanya kau satu untukku.
Terbuai Farisya mendengar lagu nyanyian Haris Baba, entah kenapa pagi ini terasa nyaman, mungkin kerana lagu romantis itu sedikit sebanyak mempengaruhi moodnya pagi itu. Tapi dari mana lagu itu dimainkan?
ALAMAK!!!!
Farisya menepuk dahinya, sekali lagi dia tertipu dengan bunyijam penggera telefon bimbitnya itu.
‘’Haih kenapalah aku lupa tukar setting ringtone alarm aku! Tak pasal-pasal aku tangkap syahdu!’’
Laju langkah Farisya berlari menuju ke bilik air di tingkat dua. Matanya pantas menoleh ke arah raga plastic bewarna turquoise berisi barangan mandian, lalu dicapainya.
Maka, rutin hariannya bermula. Dia mencuci muka dan memberus gigi dengan pantas. Gel mandian delima diheret masuk ke dalam bilik air dan dia membersihkan diri.
Usai membersihkan diri, dia kembali ke biliknya.

"Hoi Isya, tak siap lagi ke?" Sergah Hidayu yang baru keluar dari biliknya.

"Kejap,5 minit aku siap"

"Tu la, lain kali jangan baca novel sampai ke Subuh. Kan dah lambat bangun."

"Dah ler makcik, jangan ler bebel lagi. Lagi lambat aku nak siap nanti.
Kau pergi la wat air dulu. Buat untuk aku sekali yer. Nanti aku bawak
biskut" Farisya mengenyit mata.

"Ha, pandai nak bodek orang. Biskut, aku taknak. Bawak bun pandan kaya
kau tu kat sini."

"Iyalah" balas Farisya sambil masuk semula ke biliknya dan bersiap .
tidak lama kemudian, Farisya naik semula ke ruang tamu yang bersambung
dengan dapur. Dia meletakkan plastik berisi bun kaya pandan kegemarannya
di atas meja. Mereka berdua bersarapan bersama.
"Isya, petang nanti lepas kelas kita pergi tengok wayang nak?"

"Cerita apa?"

"Apa-apa aja lah. Aku boring lah."

"Kau dah ajak Linda ke belum?"

"Belum lagi. Jap lagi aku ajak lah."

"Nak ajak siapa lagi?"

"Ajak lah Afiq ngan Hakeem sekali."

"Nantilah tanya diaorang dulu. Takut diaorang ada kelas atau discussion."

"Okey"
Selepas bersarapan pagi, mereka berjalan beriringan meninggalkan blok
asrama 2 tingkat itu.

"Linda, kau dah siap belum? Cepatlah, nanti lambat." Laung Farisya dari
depan tingkap bilik Linda.

"Dah siap, aku datang la ni" Jerit Linda membalas.

Mereka bertiga berjalan menuruni bukit kolej B. Mereka bertiga berpisah
di bangunan Fakulti ekonomi. Linda dan Farisya menuju ke bangunan Sains
Matematik manakala Hidayu ke bangunan Sains Laut.
"Linda, petang nanti tengok wayang jom"

"Cerita apa?"

"Entah, apa-apa ajer la. bosan la dok terperap kat bilik jer."

"Wokeh, no problem."

"Hakeem dengan Afiq dah ajak belum?"

"Belum. Nanti aku sms diaorang."

"Woi, mengumpat kitaorang ke?" sergah Afiq.

"Ntahnye, kalo nak ngumpat jangan la sebut nama kitaorang kuat2." Balas
Hakeem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience