BAB 9

Romance Completed 11649

Isya mengemas katilnya. Dia meminta pada pihak pengurusan asrama untuk
kekal di bilik lama. Kerana dia selesa di situ. Linda dan Hidayu
masing-masing pun dah ada di bilik masing-masing. Dia ingin siap
berkemas dahulu baru mendapatkan teman-temannya.

Selesai mengemas pakaiannya ke dalam almari, dia mencapai beg galas tepi
berwarna putih itu. Dia mengunci pintu biliknya dan menuju ke bilik
Hidayu di tingkat atas.
"Assalamualaikum" Farisya mermberi salam.

"Waalaikumussalam. Masukla Isya" balas Hidayu dari dalam. Ayu amat kenal
akan suara itu.

"Ayu, kau sihat?" soal Isya sambil menguak pintu bilik Ayu dan memeluk
ayu keriangan.

"Isya, kau nampak lain lah." Balas Ayu.

"Lain, apa yang lain? aku sama jer macam dulu." Balas Farisya pura-pura
tak mengerti.

"Isya, kau dah kurus." Jerit Hidayu keriangan.

"Mana ade, macam biasa jer. Kau tu yang makin berseri-seri. Maklumlah,
tinggal tak sampai satu tahun jer lagi. Lepas ni orang tu dah nak naik
pelamin. " Usik Isya sambil tersenyum.

"Isya, aku cakap pasal kau, kau cakap pasal aku pulak. Serius ni Isya,
berapa kg yang turun ni? Adoi, makin comel aku tengok kau ni Isya."

"Apa, sebelum ni aku tak comel?" Isya bergurau.

"Comel, tapi sekarang lagi comel. Linda dah jumpa the new Isya belum?"
soal Hidayu tidak sabar.

"Belum." Balas Farisya.

"Jom, pergi bilik dia. Aku yang tak sabar nak bagi dia jumpa kau. Lepas
tu kita lunch ok?" cadang Hidayu.

"Habis, ni taknak kemas ke?" soal Isya sambil menundingkan jari ke arah
timbunan pakaian Hidayu yang telah dikeluarkan dari begnya.

"Ala, tu takper, nanti-nanti boleh buat. Cerita sensasi ni tak boleh
tunggu lama dah." Usik Ayu. Farisya hanya tersengiih melihat keletah
Hidayu yang periang itu. Mereka menuju ke bilik Linda. Reaksi Linda agak
stereotaip dengan reaksi Hidayu.
Isya hanya mampu tersengih dan jauh di sudut hatinya dia bersyukur
kerana Allah kurniakan dia sahabat yang sejati. Dalam ramai-ramai
sahabat, tiba-tiba dia teringatkan Zafrul tiada lagi sendu di hatinya.
Dia bebas kini. Khabar itu masih belum disampaikan kepada mereka semua.
Mereka ke Kafetaria di Pusaneka. Setelah memilih juadah dan lauk pauk
untuk makan tengah hari, mereka bertiga duduk di meja yang agak tersorok
dari laluan orang ramai.
"Isya, kalau la Hakeem dengan Afiq tengok kau sekarang, sure diaorang
terkejut beruk." Hidayu bersuara.

"Apa pasal pulak, tak ada bezanya sangatlah aku ni." Balas Farisya
merendah diri.

"Tak beza sangat kau kata? Kau tak nampak tadi masa bertembung dengan
Abang Yusri? Dua tiga kali dia toleh dekat kau. Macam konfius takut
silap orang jer. Lepas kau senyum kat dia, baru dia berani nak segih kat
kau." Balas Linda.

"Ala, abang Yus tu, drama jer lebih." Balas Isya sambil tersengih.

"Ni kalau Hakeem nampak kau ni, mau tak tidur malam budak tu. Makin
angau ler dia dekat kau." Usik Linda.

"Kenapa pulak dia nak angau dekat aku?" balas Isya tak mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience