BAB 8

Romance Completed 11649

"Mamat mana pulak yang kau berkenan ni Linda?" sambil melihat ke arah
yang dimaksudkan oleh Linda.
"Betul tak apa yang kami nampak?" soal Hidayu.

"Aku rasa betul dah" Balas Afiq, sambil mengiyakan. Hakeem hanya
menggetap bibir menahan geram melihat Zafrul yang sedang memimpin tangan
seorang gadis yang sedang tergelak manja.

"Budak tak kenang dek untung." Getus Hakeem sambil berjalan menhampiri
Zafrul. Laungan teman-teman yang lain sudah tak diperdulikannya lagi.
"Zafrul, aku ada hal sket nak cakap dengan kau." Balas Hakeem sambil
menarik tangan Zafrul menjauhi gadis yang bersamanya.

"Apahal ni?" Soal Zafrul.

"Perempuan mana pulak kau heret ni ha?" soal Hakeem.

"Girlfriend aku la. Kau ni siapa nak ambik tahu hal aku?" soal Zafrul rimas.

"Aku kawan Isya, Hakeem." Terang Hakeem.

"Ooo, ni la Hakeem yea." Balas Zafrul tanpa rasa bersalah.

"Zaf, kau tak patut buat Isya macam ni?" Hakeem bersuara.

"Aku buat apa kat dia?" soal Zafrul pura-pura tak mengerti.

"Kau mainkan perasaan dia Zaf. Tak kasihan ke kau kat dia?" Nada suara
Hakeem mula mendatar.

"Bro, soal hati dan perasaan mana boleh paksa-paksa" balas Zafrul selamba.

"Amboi, senangnya kau cakap. Masa kau dok tagih cinta dia kali kedua
hari tu, ada siapa-siapa yang paksa kau ke?" soal Hakeem. Nada suara dia
makin meninggi.

"Itu dulu." Balas Zafrul selamba.

"Habis tu, kenapa kau tak terus terang aja dengan dia. bagitau dia hal
sebenar. Lepaskan dia dengan cara elok?" soal Hakeem tak puas hati.

"Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Kalau aku lepaskan dia kenapa? Kau
pulak nak ambik sisa-sisa aku tu? " Zafrul berkata bongkak.

"Apa yang kau merepek ni Zaf?.Suara Hakeem mula bergetar menahan marah.
Kalau diikutkan hati, sekarang jugak ditumbuknya muka lelaki yang tak
tahu malu itu. Tapi dia cuba bersabar.

" Kalau aku tak ambik Isya tu jadik awek, kau ingat ada orang lain ke
nak ambik dia jadi awek?" soal Zaf sombong.

"Zaf, tak baik kau cakap macam tu. Isya tu budak baik. Dia tu kawan kau
jugak Zaf." Balas Hakeem lagi. Penumbuknya digenggam erat. Tunggu masa
sahaja untuk dilepaskan. Afiq, Hidayu dan Linda merapati mereka berdua.
Afiq memegang erat penumbuk Hakeem. Menahannya dari dilepaskan. Kalau
tidak nanti, ada pulak drama tak berpengarah kat khalayak ramai ni.

"Dahlah, malas aku nak layan korang. Korang kirim salam kat kawan korang
tu. Hakeem, kalau kau nak sangat kat lsya tu, ambiklah. Aku tak kisah."
Balas Zafrul angkuh sambil meninggalkan mereka yang terkial-kial.
"Kurang ajar punya jantan." Getus Linda.

"Budak ni elok terlungkup je tepi jalan." Balas Hidayu.

"Kesian Isya kalau dia tahu orang yang dia sayang cakap macam tu." Balas
Afiq. Hakeem hanya membisu seribu bahasa. Jauh di sudut hatinya luluh
dan pilu. Tak dapat dibayangkan kalau Isya sendiri yang dengar kata-kata
Zafrul tadi. Hujung minggu mereka yang sepatutnya ceria berubah mendung
tiba-tiba. Masing-masing kemudiannya diam seribu bahasa melayan perasaan.

Cuti semester telah bermula. Farisya nekad kali ini. Dalam tempoh cuti
selama tiga bulan ini, dia nekad ingin menurunkan berat badannya dengan
cara yang sihat. Bukan semata-mata ingin tampil menarik, yang penting
dia ingin mengurangkan risiko untuk berdepan dengan penyakit akibat
berat badan yang berlebihan. Dia mengatur semula jadual pemakanannya.
Dia juga mula mengikuti kelas aerobik di sebelah petang setiap 3 kali
seminggu. Di hujung minggu, dia akan berjongging ataupun berlari-lari
anak di taman tasik berhampiran rumahnya. Dia kini rasa lebih cergas dan
sihat. Saban minggu angka di penimbang digitalnya menunjukkan penurunan.
Dia bersyukur usahanya berhasil. Tiga bulan berlalu. Dia akan kembali
semula ke kampus pada minggu hadapan.
Dia mula memilih baju-baju yang ingin dibawanya pada semester hadapan.
Baju-baju lamanya dicuba semula. Kesemua baju kurungnya kelihatan
gelebeh dan agak longgar, namun masih boleh dipakai. Angka 10 kilogram
yang hilang dari badannya dalam tempoh 3 bulan itu bukan sedikit. Dan
sebagai hadiah atas usahanyanya menurunkan berat badan, Isya membeli 5
pasang kain untuk membuat baju kurung yang baru dan meminta ibunya
manjahitkan untuknya. Dia mengacu baju barunya. Dia berpusing-pusing di
hadapan cermin. Dia puas dengan penampilannya kini. Dia masih dia yang
dulu, cuma dia nampak semakin yakin dan kelihatan lebih bertenaga dengan
fizikal barunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience