BAB 2

Romance Completed 11649

"Ceh, buat terkejut aku jer. Bengong betullah korang nie, kalau yer pun
nak terkejutkan kitaorang, bagilah salam dulu " Balas Linda geram.

"Sekarang sapa yang bengong? Kalau dah elok-elok bagi salam, bila masa
korang nak terkujut?" Soal Afiq.

"Takperla, kami buat2 ler terkujut.. " balas Farisya.

"Adoi, sengal betulla korang berdua ni. malas nak layan." Afiq tersenyum
sinis.

"Apahal dok seru nama kami tadi?" Soal Hakeem.

"Keem, tengok wayang nak petang nanti. Korang ada kelas tak nanti?"

"Wayang? Ko belanja ke Linda?"

"Ah, tak kuasa aku. Nak ikut, sendiri bayar."

"Ooo, pandai korang. Sendiri bayar. Tapi time isi minyak keter nanti,
aku bayar sorang kan." Usik Hakeem.

"Ala, kalo kau tak sudi nak tumpangkan pun, kitaorang boleh pergi naik
bas." Farisya pura-pura merajuk.

"Ala, cik kak comel ni, marajuk pulak. Jangan la gitu, kang elok2 muka
tu comel jadik hijau pulak."

"Apsal lak hijau?" soal Farisya tak mengerti.

"Kang kalau kau dah naik angin bukan kau bertukar ker? Jadi hulk?
Hehhehe" usik Afiq

"Kau ni memang nak kena luku ngan aku kan." Balas Farisya geram.

"Dahler, jomlah masuk dewan. Kang Dr Roziah dah masuk, baru
terkedek-kedek cam mak itik nak cari tempat." Balas Linda.
Mereka bertiga pun menuruti Linda dari belakang bagai itik pulang
petang. Mereka berempat satu fakulti..Tapi mereka berempat berlainan
pengkhususan. Ada subjek yang serupa ada yang tidak. Kebetulan pagi ini,
subjek yang mereka ambil serupa iaitu subjek Numerical Method.

"Adoi, hensem betul Tom Cruise tu kan" Isya bersuara.

"Macam tu kau kata handsome Isya, kau ni memang tak ada taste. Ni abang
Hakeem ni, lagi hadsome tau." Sakat Hakeem.

"Uwek, nak muntah aku dengar." Usik Hidayu.

"Kalau abang Hakeem tak cukup handsome, ni abang Afiq jejaka idaman
Malaya." Afiq pulak taknak kalah.

"Ni lagilah, muka macam cekodok basi. Ada hati nak jadi jejaka idaman
Malaya." Balas Farisya meluat.

"Yelah, Isya. aku tau aku ni tak semacho kekasih hati kau Zafrul tu.
Tapi apa kurangnya sangat aku ni? bukan kurang banyak pun, kurang sikit
jer handsome dari si Zafrul tu." Usik Hakeem.

"Udahlah Hakeem, jangan sebut-sebut nama dia. Malas aku nak dengar."
Balas Farisya. Linda menyinggung perut Hakeem menggunakan siku.

"Apa?" soal Hakeem tak mengerti.

˜Zafrul buat hal lagi. Hidayu berbisik di telinga Hakeem. Farisya
buat-buat tidak dengar.

Mereka semua diam seribu bahasa.
"Apasal korang ni diam? Kena sampuk ke?" Usik Farisya. Yang lain masih
diam membisu.

"Aku okeyla, malas nak layan soal hati dan perasaan ni. buat runsing
kepala otak aku ni. Dia kat sana dok sedap berdangdut bergumbira, aku
nak serabut kepala ngan makan hati buat apa. Baik aku makan Sizzling
Mee. Lagi sedap. Tambah lagi sedap kalau abang Hakeem ngan Afiq yang
handsome ni belanja. "Usik Farisya.

"Keranamu Isya, bulan bintang pun sanggup aku gapai." Hakeem berbahasa.

"Keem, zaman skang owang dah tak main la bagi bulan bintang.. bagi jer
supplementary credit card ker, keter sebijik ker. Baru dahsyat." Usik Linda.

"Kau nak ker Linda? kau mintak kat abang Afiq ekk. Aku kalau nak bagi
pun, aku bagi kat buah hati aku Isya ni jer." Usik Hakeem.

"Korang ni bosan ler, asyik-asyik Linda dengan Isya jer. Aku ni, sapa
pun tak pernah nak offer." Hidayu pura-pura merajuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience