Chapter 4

Romance Completed 21572

BAB 4

Aku melayari laman sesawang jodoh.my di laptopku dan memulakan pencarian. Kebanyakan profil yang tertera di hadapanku langsung tidak menarik minat. Aku terus keluar dari laman sesawang tersebut dan membuka Fac yang sudah lama tidak ku sentuh. Aku melihat perkembangan-perkembangan terkini yang mungkin menarik minatku untuk terus menatapnya. Setelah aku puas skrol dari atas ke bawah, namun tiada satu pun yang menarik minatku. Lantas aku tutup laptop dan berbaring di atas katil sambil merenung kipas siling yang laju berputar. Bosan dengan keadaan itu aku lantas mengambil telefon bimbitku dan terus mendail Syaqira atau lebih dikenali sebagai Qira yang merupakan teman rapat aku.

“Qira, kau kat mana? Aku bosan lah kat rumah sorang-sorang ni. Datanglah lepak kat rumah aku,” ujarku selepas memberi salam.

“Aku kat luar ni, beli barang sikit tapi dah nak balik. Haa, boleh jugak. Kejap lagi aku datang rumah kau,” balas Qira.

“Okay. Thanks babe, sayang kau. See ya,” ujarku gembira.

“Alright, see you later,” balas Qira.

Setengah jam kemudian, kedengaran suara Qira menekan loceng dan memberi salam. Aku segera membuka pintu dan mempelawanya masuk. Sementara menunggu Qira sampai, aku sempat membancuh air dan menyediakan sedikit kudapan.

“Babe, kau nak tahu tak tadi aku bukak laman sesawang jodoh.com macam yang kau cadangkan kau tu. Saja je lah tengok-tengok kalau ada yang berkenan di hati tapi hampeh,” ujar aku memulakan perbualan.

“Lol. Seriously kau buat jugak. Aku main-main je hari tu,” balas Qira terkejut.

“Alah, aku mencuba nasib je. Dah aku bosan tak tahu nak buat ape. Aku try lah bukak,” ujarku sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Hah, aku ada satu idea!” ujar Qira teruja sambil memetik jari.

“Apa kata biar aku, Kash dan Syuqri tolong kau nak? Biar kitaorang je yang cari calon yang sesuai untuk kau,” soal Qira sambil mengenyitkan mata.

“Huh? Korang nak buat apa?” soal aku kehairanan.

“Adalah rahsia. Kau tunggu jelah nanti,” balas Qira bersama senyuman misteri.

Kami berbual-bual dan menghabiskan masa bersama-sama sehari suntuk. Dah lama rasanya kami tak menghabiskan masa bersama-sama seperti ini kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Setelah selesai makan malam barulah Qira pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience